MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 9 September 2009

SIAPA KAH INGIN BERJUANG UNTUK ISLAM/MEALYU


Hari ini saya memetik dua isu yang di terbitkan oleh sinar Harian dan laman blog http://abnnasution.blogspot.com/, untuk renungan dan pandangan seluruh umat Islam dalam Malaysia. Perjuangan Bangsa Melayu dan akidah umat Islam ( Melayu ) dalam malaysia. Apa yang kita lihat sekarang, kemungkinan kita tidak dapat melihat dalam bandar yang yang sentiasa cergas tanpa melihat kiri dan Kanan. Kita masuk sedikit ke pendalaman, kita akan lihat Imam surau bukan lagi dikalangan Orang Melayu, pada dasarnya Kepimpinan Setempat khasnya Orang UMNO akan membiarkan Muslim dikalangan Pekerja Asing dan pendatang lain untuk menjadi Imam asalkan jangan Orang PAS menguasai surau tersebut. Dua cerita dibawah harus menjadi perjuangan parti dan kepimpinan, jika tidak ingin melihat orang melayu terpinggir dengan melayu pendatang, Cuba lihat di Pasar Sehari Melayu mana yang berniaga kain baju, Kalau digredkan kedudukan peniaga ini di Pasar Sehari mereka adalah bertaraf lima bintang. Parti Politik yang ingin berjuang menegakkan Bangsa Melayu harus berfikir lebih jauh, Mealyu kini lemah, lumpuh, longlai dan menderita. Mantapkanlah Ilmu keagamaan kepada Bangsa Melayu dan perjuangkan lah Bangsa Beragama Islam. dengan kemantapan Agama Islam dalam diri setiap bangsa Melayu. Barulah pemimpin-pemimpin melayu boleh mendabik dada.

Bab 1

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang yang menolak dasar Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan sebagai 'setinggan di bumi ini'.

Katanya, sebagai hamba Allah manusia ini tidak boleh buat akidah kerana apabila manusia menolak Islam dia sudah bertaraf setinggan dan Pas sendiri Pas tidak membuat sebarang akidah.

Menurut Nik Aziz, UMNO dianggap sebagai tinggal tanpa izin di atas bumi Allah kerana mereka mencipta dasar yang tidak selaras dengan dasar Islam

“Kalau hukum dunia, setinggan ini perlu dirobohkan, dihalang. Pas satu sahaja yang dibuatnya iaitu meniru keputusan yang dibuat oleh Allah mengenai akidah. Pas tidak ada hak untuk membuat akidahnya sendiri. Jadi Islam ini bukan pandai-pandai buatan Pas.

“Bila UMNO buat akidah yang bernama akidah UMNO, dia sudah buat benda palsu. Tapi kalau pun kita ada dasar iaitu dasar parti dan dasar parti kita itu mesti selaras dengan akidah Islam. Dasar parti yang selaras dengan akidah Islam tidak akan menimbulkan masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pas supaya tidak sepatutnya mempertikai dan mempersoalkan akidah orang UMNO kerana mereka juga sebenarnya adalah orang Islam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, mana-mana dasar yang tidak selaras dengan akidah Islam maka dasar itu hendaklah ditolak.

“Sebab itu saya selalu menegur UMNO supaya mengubah dasar kepada dasar Islam. Dasar Islam itulah yang selaras dengan akidah Islam.

“Percubaan untuk mengajak saya berbincang atau berunding sebab itu saya jawab nak runding apa, ini perkara lama. Kalau runding soal royalti saya setuju la. Setiap orang mukmin itu aktivitinya ialah 'lillah', berdasarkan kepada syahadah," katanya

Petikan dari Sinar

bab 2
Salam

Semangat melayu perlu di tukar kepada semangat islam kerana semangat melayu tidak dapat lagi di pertahankan kerana melayu tiada kekuatan mutlak untuk meneruskan cita-cita membela dan menguruskan bangsa melayu, melayu lemah kerana fitrah bangsa tidak di iktiraf oleh Allah s.w.t kerana ia tiada rukun untuk berbuat sesuatu pembelaan

Orang melayu yang beragama islam sepatutnya menyedari akan diri mereka bahawa mulianya melayu bukan kerana melayu akan tetapi mulianya melayu adalah kerana islam yang di datangkan Allah kepada mereka, islam telah di peruntukkan oleh Allah lengkap dengan rukunnya dan rukun itulah yang menyelamatkan bangsa melayu

Manusia melayu adalah ciptaan Tuhan, islam juga ciptaan Tuhan, bumi tempat melayu berpijakpun adalah ciptaan Tuhan sebab itu tiada sebab melayu tidak mahu mengambil islam sebagai dasarnya sedangankan melayu sendiri mengakui mereka beragama islam jadi tiada sebab mereka menolak islam sebagai dasar perjuangannya

Orang melayu kena tanya diri mereka mengapa mereka menolak islam sebagai dasar memperjuangkan bangsa melayu, Mengapa payah sangat orang melayu hendak mengambil dan menghayati dasar islam yang telah di sediakan oleh Tuhan, Adakah kamu bersifat hendak menentang dasar yang telah di sediakan oleh Tuhan yang kamu sembah sendiri

Apakah orang melayu berfikir bahawa mereka lebih pandai daripada Tuhan atau kamu sememangnya takut hilang pangkat dan kuasa di sebabkan kamu tidak tahu islam atau kamu sengaja hendak menunjukkan kamu keras kepala hendak melawan Tuhan, jika jawapannya ia maka masa bangsa melayu tersungkur hampir dekat dan bersedialah untuk menjadi bangsa yang hina di bumi Allah ini

Bangsa melayu sebenarnya bukan suatu bangsa yang boleh di harapkan memelihara bumi yang di amanahkan oleh Allah kepada mereka malah bumi seperti Singapura yang di amanahkan Tuhan kepada mereka begitu senang kamu gadaikan kepada orang yang menentang Tuhan dan islam dan tiadalah bezanya kamu dengan mereka

Di Negara kita Malaysia melayu di kepalai oleh UMNO iaitu sebuah parti yang menggadaikan pulau Singapura kepada PAP, Apakah kamu belum lagi berpuas hati ? Sekarang kamu pula melalak mahu memperjuangkan ketuanan melayu yang jelas telah melakukan penderhakaan terhadap agama,bangsa dan negara, tidakkah kamu sedar ?

http://abnnasution.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan