MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 5 September 2009

KEJUJURAN , UNDI POS, DAN ISA SAMAD


Kejujuran Suruhanjaya Pilihan Raya kita harus mertabatkan jika Undi Pos yang bagitu besar dapat diubahsuai oleh mereka, memandangkan Saudara-saudara kita berada di Kem masing-masing tidak menjadi kesalahan memanggil wakil dari parti-parti yang bertanding melihat sistem pembuangan undi Pos di Kem-kem yang terlibat. Bagitu juga saudara-saudara askar yang mendaftar di kem-kem yang terlibat telah berhenti dari jawatan dan kini berada di seluruh negara bagaimana undi mereka dijalankan, malah terdapat saudara askar kita tidak pernah mengundi seumur hidup sehinggalah berhenti dari askar.

Kecuali saudara askar kita yang telah mendapat kad pengenalan asal, dan mendaftar semula dengan suruhanjaya Pilihan Raya. Saya kurang pasti nama yang didaftarkan di Kem-kem terbatal atau tidak. Satu kajian oleh parti-parti yang bertanding harus dibuat keatas Suruhanjaya Pilihan Raya kemungkinan besar nama seorang akan berlaku dua tempat mengundi.

Bagan Pinang bukan tempat menguji kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN. Tetapi adalah menjadi kekuatan PAS di Negeri Sembilan jika peratus undian meningkat walaupun satu undi. Undi Pos sudah menunjukan UMNO/BN akan menang. kerana pekerja Pilihanraya sejak zaman berzaman memahami apa itu undi POS.

Jika keadaan masih ditakok lama Suruhanjaya tidak menunjukkan kejujuran dalam soal ini menentukan undi pos, kerana sejak akhir-akhir ini suruhanjaya akan membuat perubahan demi perubahan apabila tiba PRK berlaku, kenapa kali ini undi Pos boleh dibuat.

PAS pula harus bertindak terhadap undi Pos, Pas boleh mengesan nama-nama undi POS dan cuba siasat dimana mereka tinggal, pastikan adakah mereka mengundi atau tidak.

Bagi saya siapa saja yang akan menjadi calun sama ada Isa Samad atau siapa pun kekuatan, usaha, tawakal, ikhlas dan menyerah kepada Allah selepas semua dilakukan, sebagai contah jika muncung senapang di kepala jika tuhan mengatakan kita tidak mati , maka kita tidak akan mati, jika Allah mengatakan gagal tetap gagal , jika Allah mengatakan berjaya ia tetap berjaya. JIHAD, BERUSAHA, IKHLAS DAN TAWAKAL hanya itu sahaja yang boleh dilakukan oleh manusia.

2 ulasan:

  1. Saya pernah menjadi tentera selama 22 tahun namun tak pernah mengundi. Setelah setahun bersara namun nama saya masih ada dalam senarai pengundi pos. Kalau anda masih ragu dengan kenyataan saya cuba anda tanya rakan2 atau saudara mara terdekat yang telah setahun berpencen dari tentera. Anda boleh semak dengan menggunakan nombor tentera mereka pada laman web spr. Nombor tentera bermula 1068xxx dan 1069xxx. Anggota ini telah bersara mulai Nov 2008 tetapi nama masih calon undi pos. UMNO-BN sedar ini adalah talian hayat mereka.

    BalasPadam
  2. terima kasih, maklumat ini harus dikumpul oleh PAS untuk membuktikan ada penipuan

    BalasPadam