MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 1 September 2009

LAGI KES NEGERI SELANGOR DI SIASAT SPRM



Seorang kontraktor pembinaan dipanggil untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung peruntukan bagi kawasan DUN Seri Kembangan yang diwakili exco negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Kontraktor Lee Wye Wing, yang mengusahakan sebuah firma kecil pembinaan, WSK Services, dilihat masuk ke ibupejabat MACC di Putrajaya pada jam 12.40 tengahari.

Yong memberitahu pemberita bahawa Lee telah dipanggil untuk membantu siasatan SPRM minggu lalu, kerana Lee keberatan untuk memberi kenyataan.

Lee mengendalikan beberapa projek kecil pembinaan kemasyarakatan dalam kawasan pilihan raya Yong di Seri Kembangan.

Ini adalah kali kedua Lee dipanggal untuk memberi kenyataan.

Kali pertama ialah pada 15 Julai di mana beliau dan beberapa lagi kontraktor, bersama dengan setiausaha politik Yong - Teoh Beng Hock - diminta pergi pejabat SPRM.

Teoh ditemui mati keesokannya di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor.

"Pada kali pertama Lee dipanggil, dia tidak menerima sebarang notis tetapi nampaknya kali ini, SPRM telah belajar untuk mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang," kata Yong yang menemani Lee.

Turut hadir ialah peguam Lee - Loi Kwong Fon dan Tiew Way Key.

Merampas sama seperti mencuri

Yong juga berkata pihak berkuasa telah merampas komputer Lee pada 16 Julai tanpa memberi sebarang notis.

"Ini melanggar Seksyen 33 (3) Akta SPRM, yang menetapkan senarai barangan yang dirampas mesti disediakan kepada pemiliknya," kata Yong, yang tidak senang dengan tindakan pegawai penguatkuasa SPRM.

"Adakah ini bermakna SPRM dengan mudah boleh masuk ke rumah saya dan rampas barang-barang saya tanpa memberi sebarang resit bagi barangan yang mereka ambil? Apakah bezanya antara mencuri dan merampasnya?" soal Yong.

Menurutnya, rampasan komputernya menyebabkan kerja-kerja Lee terhenti kerana dia tidak dibenarkan membuat salinan bagi fail dalam komputernya.

"Nampaknya SPRM lebih berminat dan lebih agresif dalam menyiasat kes-kes yang bernilai RM2,400 untuk membeli 1,500 bendera Malaysia dan RM112 yang digunakan untuk membeli satu sepanduk.

"Manakala (mereka) mengabaikan tuduhan yang lebih serius seperti istana (Datuk Seri Mohd) Khir (Toyo) yang bernilai RM24 juta dan PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) yang bernilai RM125 juta," kata Yong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan