MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 1 September 2009

KOTA SEPUTEH KEPUTUSAN SPR DAH LETIH, ERA ADUN PERAK DAH MULA DIKEDAH,


ALOR SETAR, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu Selasa.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan berkata SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Datuk Abu Hassan Sarif.

Azizan berkata kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

"Kita mahu kepastian sama ada SPR (keputusan) betul tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker," kata beliau.

Baru-baru ini, Speaker DUN Dr Abdul Isa Ismail mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong ekoran ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab.

Katanya arahan untuk mengosongkan DUN itu adalah berlandaskan perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan beliau menghantar notis mengenai kekosongan itu kepada SPR minggu lepas.

Abu Hassan bagaimanapun mendakwa beliau tidak dapat hadir ke persidangan DUN kerana masalah kesihatan dan lewat menyerahkan sijil cuti sakit kepada Speaker DUN atas masalah teknikal.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan