MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 17 September 2009

ISU SANA SINI DI BAGAN PINANG


ISU 1

Shahrudin Abdul Hamid, yang ingin bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, mungkin menghadapi masalah dengan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan skim insurans khairat kematian.

Beliau – yang pernah bertugas di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas – turut dikaitkan dengan beberapa masalah tuntutan skim tersebut, satu projek kebajikan PKR di situ.
Selepas diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, skim itu didakwa mendapat rungutan penduduknya yang mendakwa tertipu kerana gagal mendapat tuntutan yang dijanjikan. Sumber-sumber PKR berkata, Shahrudin, yang terlibat dalam bahagian pentadbiran di pejabat itu, didakwa dipersalahkan masyarakat ekoran masalah projek itu.

Sumber yang lain pula menyatakan, bekas pemimpin Umno cawangan itu dipersalahkan bukan angkara masalah skim tersebut, tetapi prestasi kerjanya. Sumber itu menjelaskan, skim tersebut tidak gagal, cuma pernah terdapat kes penduduk yang mengambil kesempatan dengan menyeleweng nama waris si mati bagi mengaut keuntungan segera, antaranya memalsukan maklumat permohonan.
"(Pemohonan) yang asli itu diteruskan macam biasa," kata sumber kepada Malaysiakini.

Shahrudin, ketika dihubungi kelmarin, enggan mengulas lanjut dakwaan itu. "Saya tidak terlibat (dalam skim itu). Saya tidak pegang duit. "Saya hanya terlibat dalam pentadbiran pejabat macam uruskan aduan rakyat dan sediakan surat dan fail sahaja," katanya. Menjangkakan isu tersebut akan digunakan terhadapnya, Sharudin berjanji tidak akan menggunakan pendekatan serangan peribadi sebagai sebahagian daripada strategi kempennya jika bertanding di kerusi tersebut, yang bermula 3 Oktober nanti.

"Saya tidak guna serangan peribadi. Tetapi mengalah bukan bererti kalah. Saya mengalah demi kebaikan," katanya. Setiausaha PKR Teluk Kemang, Rusli Abdullah dan beberapa pembantu khas Kamarul kelmarin ketika dihubungi untuk penjelasan lanjut isu tersebut turut enggan mengulas perkara itu. Skim yang diusahakan dengan dengan kerjasama sebuah syarikat insurans terkenal itu dalam tiga polisi – pulangan RM1,000, RM3,000 dan RM5,000. Difahamkan, ratusan penduduk di kawasan parlimen tersebut menyertainya kerana skim tersebut menawarkan "pelaburan yang minimum tetapi memberikan pulangan yang maksimum". Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Kamarul berhubung masalah skim insurans tersebut.



ISU 2

Pemuda Umno Negeri Sembilan tidak dimaklumkan penambahan nama baru untuk dikemukakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Batang Pinang selain Tan Sri Isa Samad. Ketuanya Mohd Helmy Din berkata beliau "tidak tahu-menahu" berhubung perkara tersebut – susulan desakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hanya nama mantan menteri besar itu, yang juga ketua bahagian Teluk Kemang, diusulkan. "Mungkin ketua bahagian ada hantar kepada menteri besar (Datuk Seri Mohamad Hassan), dan beliau hantar kepada (Umno) pusat. "Ahli jawatankuasa perhubungan lain tak tahu," kata Mohd Helmy kepada Malaysiakini.
"Soal calon, kita tak jadi masalah. Terpulang kepada pucuk pimpinan, kita sokong. Yang penting parti, bukan calon." Beliau diminta mengulas kenyataan ketuanya Khairy Jamaluddin yang meminta disegerakan pemilihan calon BN bagi pilihan raya kecil itu untuk mengelakkan timbulnya spekulasi yang tidak sihat di kalangan ahli parti dan pengundi. Dihubungi hari ini, Mohd Helmy menyambut baik gesaan Khairy itu kerana ia boleh menamatkan spekulasi dan tanda tanya. "Apa yang diutarakan oleh Khairy adalah satu pandangan yang baik. Kata orang, penantian satu penyeksaan. Mungkin orang kata, si polan ini jadi calon, si A jadi calon, atau si B jadi calon," katanya.
"Ada kebaikannya ditentukan segera, supaya kita lebih bersedia, dan untuk menghentikan spekulasi.

"Kita dapat menggerakkan kerja dengan lebih awal dan boleh melihat isunya semasa berkempen."
Sebelum ini Teluk Kemang sebulat suara mencalonkan Isa, bekas naib presiden yang digantung susulan dakwaan mengamalkan kes politik wang, satu-satunya nama yang dibawa oleh badan perhubungan Negeri Sembilan kepada pucuk pimpinan Umno. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Helmy berkata jentera pilihanraya Pemuda di peringkat negeri, bahagian dan cawangan berkenaan telah digerakkan.
Mereka akan memberikan tumpuan kepada pengundi bawah 40 tahun dengan mengambil pendekatan "penerangan secara hati ke hati" dan "sentuhan peribadi" berhubung masalah yang mereka hadapi dan kepentingan anak muda menghayati perjuangan Umno dan BN. "Orang muda ni, tidak setia kepada sesuatu jenama (parti politik), mereka mengikut trend," katanya.

ISU 3

Pemuda PAS menuntut parti yang bertanding di dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dibenarkan bertemu dan berkempen di kalangan pemilih pos di kem-kem tentera.
Tuntutan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu memorandum dewan tersebut yang diserahkan di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi ini.


"Apa yang menjadi masalahnya selama ini ialah parti-parti pembangkan langsung tidak diberikan ruang untuk berkempen kepada angota-anggota tentera, sedangkan BN menggunakan Kementerian Pertahanan untuk menemui dan menjalankan aktiviti di kalangan anggota tentera," memorandum itu dipetik. "(Keadaan) ini telah mewujudkan suasana yang amat tidak adil kepada parti-parti pembangkang kerana tidak dapat menyampaikan maklumat kepada para pengundi tersebut." Jika isu keselamatan dijadikan alasan untuk tidak membenarkan akses tersebut, Pemuda PAS menyarankan SPR membantu menyediakan ruang kepada calon-calon untuk bertemu dengan para pemilih pos di kem tentera.

"Adalah tidak munasabah apabila undang-undang pilihanraya memberikan tempoh berkempen kepada setiap calon, tetapi ia tidak dibenarkan untuk dilaksanakan kepada para pengundi pos yang merupakan pengundi di dalam pilihanraya tersebut," kata Pemuda PAS dalam memorandum tersebut.

Daripada 13,664 pemilih berdaftar di Bagan Pinang yang layak membuang undi pada 11 Oktober ini, 4,604 terdiri daripada pemilih pos - kumpulan terbesar yang sering dicurigai pembangkang.


PAS sejak awal minggu lepas membangkitkan kembali isu undi pos, termasuk penggunaan Borang Lampiran 2 yang mendedahkan butiran peribadi pengundi dan nombor siri kertas undi. Parti itu malah mendakwa mantan pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman pernah berjanji untuk mengkaji semula prosedur undi pos. Selain isu ruang berkempen dan borang tersebut, Ketua Penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menyerahkan memorandum itu, PAS juga mendesak SPR menetapkan mekanisme iaitu pengundi pos hendaklah mengundi di tempat berdekatan dengan mereka seperti pejabat kedutaan, pejabat daerah, kem tentera, balai polis atau pejabat-pejabat kerajaan. Mengisi borang berkenaan seperti dikehendaki dalam Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pengundian Pos) 2003 dianggap mencabuli prinsip kerahsian undi - piawaian asas kebebasan pilihan raya di seluruh dunia. "Pemuda mendesak supaya keperluan (mengisi butiran) Borang 2 dihapuskan dalam sebarang pilihanraya bermula dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang," memorandum itu dipetik.
Dewan itu turut menggesa SPR meminda peraturan terbabit.




1 ulasan: