MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 30 September 2009

GEMPA BUMI DIJAMBI INDONESIA


JAKARTA: Sekurang-kurangnya 200 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat ini.

Priyandi Kardono, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini adalah dari kawasan Padang.

Jumah angka korban dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain kerana sistem perhubungan dan komunikasi di kawasan Sumatera barat terputus.

Kardono berkata hampir 500 bangunan runtuh di Padang yang menempatkan kira-kira 900,000 penduduk.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. AP

BERITA TERDAHULU

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 75 orang disahkan mati dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di wilayah Sumatera Barat, Indonesia setakat malam tadi.

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata jumlah sebenar kematian belum dapat dipastikan tetapi laporan awal yang diterimanya daripada Datuk Bandar Padang menyebut semua mangsa mati di hospital. "Mungkin angka kematian akan bertambah kerana masih banyak dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan termasuk hotel," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Kabinet di kediamannya di sini, malam tadi.

Mesyuarat itu, menurut laporan media massa tempatan online dihadiri beberapa menteri kabinet yang berkaitan dengan pengurusan bencana.

Jusuf berkata ketika ini Kota Padang gelap gelita akibat terputus bekalan elektrik dan hujan lebat yang masih turun.

Sementara itu, enam pegawai kedutaan besar Malaysia di sini tidak dapat berangkat ke Padang malam ini kerana Lapangan Terbang Minangkabau ditutup akibat kerosakan yang dialami dalam kejadian gempa pada pukul 5.16 petang Rabu.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar berkata mereka akan berangkat dengan kapal terbang pertama yang dibenarkan terbang dari sini ke Padang esok untuk membantu 330 pelajar Malaysia di Padang, yang walaupun selamat tetapi kehilangan tempat tinggal kerana rumah-rumah mereka runtuh. BERNAMA

DARI BERITA KOMPAS.com

JAMBI, - Sedikitnya 200 rumah warga di Desa Lempur dan Desa Lolo Kecamatan Gunung Raya, Kabupaten Kerinci, rusak akibat gempa berkekuatan 7,0 Skala Richter yang berlangsung Kamis pukul 08.52 tadi. Gempa berpusat pada 46 kilometer Tenggara Kota Sungai Penuh, Kabupaten Kerinci.

Berdasarkan keterangan yang diperoleh dari Sofa, warga setempat, gempa membuat warga panik. Saat mengetahui gempa terjadi, warga langsung berhamburan keluar dari rumah . "Banyak rumah dindingnya retak dan hancur, juga atapnya. Mereka sekarang tidak berani masuk ke dalam rumah, dan memilih membuat tenda," ujarnya.

Kepala Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Provinsi Jambi RL Tobing mengatakan, gempa yang terjadi pagi tadi berdampak menimbulkan kerusakan. Menurut Tobing, kedalaman gempa 10 kilometer pada pada 2.44 LS dan 101.59 BT atau 46 kilometer Tenggara Kota Sungai Penuh, Kabupaten Kerinci, Jambi, tersebut, cukup dangkal.


KOMEN

Takziah kepada yang kehilangan sanak saudara dan bersabarlah menerima dugaan Ilahi AMIN...........




PR AKAN MENANG SORAK DI N31 BAGAN PINANG ?



Pilihan raya kecil ke sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini yang berlangsung semasa bulan Syawal di mana umat Islam berhari raya. Sememangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mesra tarikh dalam menentukan hari membuang undi; sama ada ianya hari bekerja, hari pelepasan mahupun musim hujan. Selain itu,


SPR menggunakan hingga saat-saat terakhir tempoh yang diperuntukkan dalam mengumumkan hari penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Ai tidak berapa lama dahulu semata-mata kerana mungkin member impak kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan lebih awal.

Itulah yang apabila saya sering mengatakan akibat daripada melantik seorang pengerusi dari bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan bukannya bekas hakim yang sudah tentu lebih peka kepada persekitaran dan mengetahui mengenai system perundangan.


Kesemua kawasan kemenangan Pakatan Rakyat dimenangan Pakatan Rakyat dan kawasan didominasi BN di Batang Ai dimenangi BN.


Bagaimana pula Bagan Pinang?

Kawasan yang terletak di bahawa Parlimen Teluk Kemang mengandungi 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Daftar yang digunakan berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan kemenangan Azman. Bukankah undi pos yang menentukan kejayaan di Bagan Pinang nanti?


Borang 2

Borang 2 ialah borang yang diperkenalkan oleh SPR di dalam sistem undi pos yang dijalankan di Negara ini. Setiap anggota tentera yang diminta mencatatkan latar belakang mereka pada Borang 2 ini. Ini menjadikan satu-satu undi itu menjadi tidak rahsia kerana Borang 2 boleh memberikan maklumat mengenai pihak yang dipangkah oleh seseorang pengundi itu.

Pada pilihan raya umum ke-10 di tahun 1999 lalu, setiap undi dikoyakkan dari sebuah buku yang mengandungi nombor rujukan pengundi. Kaedah tersebut dimansuhkan pada pilihan raya umum 2004.


Kelayakan pengundi pos


Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai nombor rujukan berbeza. Bagi anggota tentera yang sudah bersara, mereka akan kembali diberikan noMyKad baru.


Secara teorinya, nombor rujukan anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib. Senarai tersebut hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.


Namun, banyak nombor-nombor tersebut masih wujud di dalam daftar pemilih SPR. Di Bagan Pinang, terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Kemenangan pilihan raya nanti sudah tentu berpihak kepada BN tanpa melakukan sebarang kempen.


Anggota Tentera Bersara


Sekiranya membaca semula arkib berita mengenai pengundi pos ini, banyak kes mengenai bekas anggota tentera yang mempunyai MyKad mempunyai dua nombor pengenalan diri yang melayakkan mereka untuk mengundi dua kali.


Dalam satu kes pada Mac 2008 lalu, seorang bekas anggota bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.


Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan.


Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.


Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.


Di dalam politik, Pakatan Rakyat boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.


Pakatan Rakyat perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos.

Petikan dari http://www.utaraonline.net/v3/

MENTERI BESAR PERAK 5hb. NOVEMBER PENENTU SEGALA-GALANYA


Mahkamah Persekutuan akan mendengar pada 5 November depan, kes pertikaian berhubung siapa menteri besar Perak yang sah.

Leong Cheok Keng, seorang daripada peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu Bernama, firma itu telah menerima sepucuk surat bertarikh 3 September yang difakskan dari Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memaklumkan mereka bahawa mahkamah itu telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar rayuan Mohammad Nizar.


Mohammad Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan Menteri Besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional pada Februari.

Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

Peguam bela Sulaiman Abdullah adalah peguam utama bagi Mohammad Nizar.

BIODATA CALUN PAS SDR. ZULKEFLY MOHAMAD BIN HAJI OMAR




Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak : 6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)

Latar Belakang Pendidikan :
Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporate Communication), Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM

Latar Belakang Politik Dalam PAS :
- Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - sekarang )
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
- Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
- Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
- Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
- Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
- Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)
- Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)

Latar Belakang Kerjaya :
- Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
- Pengurus Kanan (Perniagaan) – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
- Mantan Ketua Bahagian (Market Planning-C & B) – Telekom Malaysia
- Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
- Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom
- Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa

Latar Belakang Organisasi NGO :
- Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
- Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
- Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga)
- Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan
- Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)
- Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jelebu

KITA TENANGKAN OTAK DENGAN POLITIK, KITA CERITA PULA UMIE AIDA PELAKUN MALAYSIA DAH NAK KAWIN


AKTRES ini pernah rasa serik untuk menerima cinta daripada lelaki gara-gara sering kecewa di dalam setiap hubungan yang dijalinkan sebelum ini. Namun, perkenalannya dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda anak dua kira-kira lima bulan lalu nyata telah mengubah pendiriannya itu. Sejujurnya, Umie Aida tidak menyangka hatinya terbuka juga akhirnya untuk menerima cinta yang diberikan oleh Datuk Khairuddin Abu Hassan, 47, dan setelah majlis merisik dibuat pada 17 Mei lalu, pasangan kekasih ini sepakat untuk meneruskan ikatan hubungan mereka dengan tali pertunangan.

Anggun dengan persalinan rekaan Bill Keith, aktres berusia 36 tahun ini akhirnya sah bergelar tunangan kepada Khairuddin yang dipanggil 'Abang' oleh Umie pada majlis pertunangan mereka yang berlangsung malam tadi di I-Zen, Mont Kiara 1 - kondominium mewah yang dihadiahkan oleh Khairuddin kepadanya sempena perkahwinan mereka kelak. Pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak, kenalan terdekat dan pihak media itu, Umie menerima tiga barangan hantaran termasuk set barangan kemas berjenama Chopard seperti cincin, subang dan rantai, tepak sirih dan patchi coklat serta dibalas lima barangan seperti kurma bateel, buah strawberry dan bunga rampai.

Turut hadir menyerikan majlis yang bertemakan warna biru dan putih itu adalah selebriti-selebriti tanahair antaranya dua rakan baik Umie iaitu Erra Fazira dan Zahida Rafiq, Noryn Aziz, Lisa Surihani, Nora Danish, Nasha Aziz, Deja Moss, Linda Onn, Betty Banafe, Iqram Dinzly, Ako Mustapha, Chef Wan, Rebecca Nur Al-Islam, Sofea Jane, Jasmin Hamid dan Sharifah Shahora. Majlis tersebut disempurnakan oleh ibu Khairuddin, Balkish Ahmad, 70, yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Umie. Khairuddin atau turut digelar Datuk K yang dinanti-nantikan kemunculannya oleh para tetamu bagaimanapun tidak hadir pada majlis pertunangan itu.

Ditemui sejurus berakhirnya majlis itu, dalam nada ceria, Umie memanjatkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan lancar meskipun akui, ramai yang bertanyakan mengapa bakal suaminya itu tidak turut serta di dalam majlis tersebut. "Sebenarnya, dia ingin mengikut adat. Lagipun, dia jenis yang tidak suka bergambar sangat. Pada Abang, biarlah saya saja yang berada dalam 'limelight' macam ini. "Tetapi, sekarang ini pun memang ramai yang sudah mengenali siapa bakal suami saya. Cuma dia sendiri belum bersedia untuk tampil berdepan dengan semua. Memang dia seorang yang pemalu.

"Tetapi dua orang anaknya, Mohd Shafiq, 19, dan Mohd Shahir, 16, datang pada malam ini," ujar Umie yang dilamar oleh Khairuddin dua minggu sebelum majlis merisik diadakan. Menurutnya lagi, majlis akad nikah pula akan menyusul sekitar awal Januari depan, namun aktres ini menegaskan majlis bersejarah mereka itu nanti akan diadakan secara tertutup."Saya meminta sedikit ruang untuk kami adakan majlis itu nanti secara privasi. Majlis pernikahan itu akan hanya libatkan keluarga. Ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak sebenarnya. "Saya hanya mampu berkongsi dengan media untuk majlis pertunangan malam ini dan resepsi yang akan diadakan dua minggu selepas bernikah kelak. Tapi apapun untuk media, kami tetap akan edarkan gambar pada majlis pernikahan nanti. "Saya ingin meminta maaf awal-awal dan saya harap semua pihak dapat menerima keputusan ini," kata Umie.

Buat masa ini, tutur Umie, dia masih belum memikirkan konsep majlis perkahwinan yang akan berlangsung nanti. "Saya tidak pernah ada impian bentuk majlis perkahwinan yang ingin saya buat. Maklumlah, selama ini saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Tetapi, saya sudah jumpa tempat istimewa untuk pernikahan nanti. "Cuma untuk resepsi kelak, saya belum pasti sama ada ingin bersanding atau tidak. Lagipun, saya lebih suka buat secara sederhana saja," jelasnya.

Ditanya tentang persediaannya bergelar isteri, sambil tersenyum, Umie akui, dia memerlukan tempoh untuk cuba menyesuaikan diri dengan status baru apatah lagi selama ini dia sering melakukan sebarang urusan seorang diri. "Saya cakap pada dia, saya sudah terbiasa buat semua benda sendiri selama saya hidup. Jadi, kena perlahan-lahanlah untuk sesuaikan diri dengan kehidupan rumahtangga. "Insya-allah, selepas berkahwin nanti kami akan tinggal di rumah ini (I-Zen). Memang ini pemberian Abang, tetapi bukan saja-saja bagi. Sebaliknya, kami akan duduk bersama di rumah ini bersama dua anak angkat saya, Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15.

"Dua orang anaknya pula ketika ini tinggal bersama ibu mereka. Apapun, saya amat mengalu-alukan kehadiran mereka untuk tinggal bersama di rumah ini bila-bila masa saja," kata Umie yang menambah, hubungannya dengan dua anak tirinya itu juga cukup baik. Cuba mengimbas semula detik hatinya kembali terbuka untuk menerima kehadiran lelaki istimewa di dalam hidupnya, kata Umie, semuanya berlaku cukup pantas sehinggakan dia sendiri 'terlupa' bagaimana dia menyatakan persetujuannya menerima lamaran Khairuddin yang baru dikenalinya secara serius selama lima bulan itu. "Saya tidak ambil masa yang lama untuk terima lamarannya. Tapi itulah...saya sendiri tak tahu macam mana saya kata 'yes' kepadanya.

"Sebenarnya, sebelum ini dia adalah rakan kongsi kakak saya, Erma Fatima. Ketika itu memang saya tidak bercakap langsung dengannya. Tetapi sebelum arwah bapa saya meninggal tidak lama dulu, Erma ada meminta bantuannya untuk menguruskan proses pertukaran hospital yang merawat bapa saya. "Dari situlah saya mula mengenali dia. Lama-kelamaan, saya nampak kejujurannya.Saya akui, dia mempunyai karektor yang berbeza dengan saya. Saya jenis yang aktif dan dia agak pemalu.

"Tapi, saya tertarik dengan dia kerana dapat menerima anak-anak angkat saya serta keluarga. Bagi saya, tidak kiralah sekaya mana pun seseorang itu, kalau dia tidak boleh menerima keluarga saya, tidak ada gunanya. "Tapi berbeza dengan Abang. Dia melakukannya secara perlahan-lahan dan sentiasa ambil berat terhadap anak-anak saya dan ahli keluarga yang lain. Dan itulah yang membuatkan saya yakin dengannya," ujar Umie tentang tunangnya yang sebelum ini hidup menduda selama 15 tahun. Dalam pada itu, Umie turut meminta semua pihak agar tidak melabelkan Khairuddin sebagai 'jutawan' seperti mana yang sering diwar-warkan. "Dia sebenarnya adalah ahli perniagaan biasa, bukanlah jutawan seperti yang digembar-gemburkan. Bila timbulnya perkara itu, dia dan keluarganya jadi tidak selesa. "Dan saya juga tidak mahu ada pihak yang ingin memanggil saya Datin. Itu semua tidak perlulah," luah Umie yang akan meneruskan karier seninya seperti biasa selain cuba menjalankan bisnes sendiri seperti mana yang digalakkan oleh Khairuddin.

petikan dari MyStar



Selasa, 29 September 2009

ZULKIFLI BIN OMAR AKAN MENENTANG ISA SAMAD , ADAKAH SEJARAH TERENGGANU DAPAT DIULANGI ?



PAS telah mencalonkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkifli Bin Omar sebagai calon bagi DUN Bagan Pinang menentang calun UMNO/BN Isa bin Samad walau bagaimanapun Bersemperna dengan pilihanraya kecil di Bagan Pinang Port Dickson maka Port Dickson telahpun di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat, perubahan ini di anggap sebagai sagu hati awal kepada jasa tentera dan akan di susuli dengan berbagai kemudahan terhadap tentera termasuklah kenaikan gaji yang akan di laksanakan jika UMNO menang

Satu lagi mungkin akan muncul ialah Bandar Tentera Laut di Lumut jika di Lumut di adakan pilihanraya kecil, demikian juga akan muncul Bandar Tentera Udara yang mungkin akan di adakan di Buterwoth sekiranya di adakan pilihanraya keci di sana, namun walau apapun yang penting bagi tentera ialah kenaikan gaji yang menjamin masa depan mereka