MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 8 Mei 2010

ZAID SEDIA MENGADAP SULTAN... 3 CALUN BERENTAP DI SIBU


SIBU: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional(BN), DAP dan Bebas.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan ditentang calon DAP Wong Ho Leng yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Assek dan calon Bebas Narawi Harun.

Senarai calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng, yang juga Pegawai Daerah Sibu di Dewan Suarah di sini pada 11.25 pagi.

See Meng menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon berikutan tiada isu dibangkitkan sepanjang tempoh bantahan selama satu jam.

Hui Yew merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi diikuti Wong pada 9.03 pagi dan Narawi pada 9.25 pagi.

Ribuan penyokong bagi calon BN dan DAP, termasuk kira-kira 5,000 dari BN, berhimpun di bandar ini sejak awal pagi ini, menyebabkan kesesakan trafik di jalan-jalan yang menuju ke pusat penamaan calon.

Mereka melaungkan slogan parti masing-masing tetapi keadaan adalah terkawal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengetuai penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon sepanjang kira-kira 2 kilometer dari Estet Delta.

Kem DAP pula diketuai Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail manakala Narawi hanya diiringi dua individu - pencadang dan penyokong pencalonannya.

Kawalan keselamatan oleh anggota polis di sekitar pusat penamaan calon dipertingkatkan bagi mengawal lalu lintas dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.- BERNAMA


PETALING JAYA: Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sedia mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memperjelaskan isu yang mendakwanya menghina baginda melalui laman blog baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedia mengadap Sultan Sharafuddin sekiranya diperkenankan baginda.

“Saya sentiasa taat dan hormat pemimpin tertinggi termasuk Sultan Selangor. Tiada niat untuk menghina sesiapa, saya sekadar membuat tafsiran tentang undang-undang negara.

“Saya juga bukan mahu mencabar sesiapa, tetapi sekadar mahu mendapatkan kesahihan undang-undang itu serta penjelasan mengenainya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Kelmarin Zaid melalui kenyataan terbukanya berkata bahawa titah Sultan Selangor agar masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan berpolitik hanya sebagai pandangan peribadi baginda dan bukannya satu arahan.

Kenyataan Zaid itu adalah untuk mempertahankan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mempertikaikan larangan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan berpolitik.

Sementara itu Zaid memberitahu, beliau menulis artikel itu bahawa kuasa Sultan dalam membuat arahan dan perintah tentang hal-hal agama Islam mesti tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Majlis Agama Islam sesebuah negeri.

Jelasnya, keputusan tersebut perlu diwartakan sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang negeri yang sah.

Tambahnya, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib memberitahu dalam surat kepadanya bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya sesiapa mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor merujuk kepada Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

“Saya faham mengenai perkara itu (Seksyen 12 Enakmen), namun sebagai peguam saya tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah itu adalah kuasa mutlak yang tidak perlu dirujuk kepada DUN.

“Jika kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal-hal agama Islam itu boleh dibuat oleh Raja-Raja Melayu, tanpa merujuk DUN dan berkuat kuasa sebagai undang-undang serta-merta tanpa diwartakan, maka ia beerti kita kembali ke zaman khalifah dulu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak bertujuan untuk menghina dan mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu.

Katanya, konsep Raja Perlembagaan itu sebenarnya bermaksud Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa tertentu, namun pelaksanaannya tertakluk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan Pesekutuan atau Negeri.

“Saya bersedia bersama MAIS merujuk perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan untuk menentukan maksud sebenar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peranan DUN dalam hal itu,” katanya.



Khamis, 22 April 2010

DATUK ZAID KEMUNGKINAN MENANG DI HULU SELANGOR


Hasil kajian Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.

“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.

Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.

Demografi gender juga menjadi faktor penentu dalam PRK kali ini kerana pengundi wanita yang akan menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor.

Selain itu, di Hulu Selangor wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada yang sama akan menghadapi tentangan golongan lama.


JADUAL HARI INI DI HULU SELANGOR

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P94. 10.00am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berdialog dengan peneroka Felda di Sungai Buaya, Rawang. 11.00am: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim menghadiri sidang media harian parti itu di Kuala Kubu Bharu sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid Bandar Utama di Batang Kali (12pm). Beliau dijadual melawat Taman Sungai Buaya (4pm), Pekan Rasa (8pm), Pangsapuri Teratai (9pm), Sg Tengi, Hulu Bernam (10pm), Hulu Rening, Batang Kali (11pm) dan Kg Melayu Rasa Tambahan (11.30pm).


11.30am: Calon BN Kamalanathan akan berkempen di Taman Golden Wood sebelum bergerak ke Kg Hasan/Changkat Asa (12pm), Dia juga dijadualkan melawat Kg Orang Asli Pertak (1.30pm), Kg Orang Asli Garachi (2.30pm), Kg Baru Ulu Yam (4pm, bersama perdana menteri), MRSM Ampang Pecah (5pm, dengan timbalan perdana menteri), SJKC Khing Ming in Kuala Kubu Bharu (6pm, bersama timbalan perdana menteri), Kg Orang Asli Serendah (7pm), Pekan Ulu Yam (8pm), Kuil Hindu di Kerling (9pm). 1.00pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Buaya. Beliau kemudiannya akan makan tengah hari dengan imam dan jawatankuasa masjid di Kampung Sungai Buaya (2pm) sebelum mengumumkan insentif kepada masjid dan surau di Ulu Yam (2.30pm). Najib juga dijadual bermesra dengan penduduk Kampung Ulu Yam Barat (4.30pm). 4.30pm: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan ahli Rela Hulu Selangor di MRSM, Kuala Kubu Bharu. Belia

u akan makan malam dengan usahawan Cina dan NGO di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Bharu (8pm) 8.30pm: Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkempen untuk calon PKR, Zaid Ibrahim. Beliau akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).


Petikan dari Malaysiakini

Khamis, 15 April 2010

CALUN PKR DI HULU SELANGOR

Nama: Mohd. Zaid Ibrahim
Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan
Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974)
Barrister at Law Inner Temple 1975
Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)
Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim
Facebook: Datuk Zaid Ibrahim


Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986
melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.
2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.
2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.
2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan
digugurkan sebagai calon 2008.

Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri
sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka
kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik
sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR,
AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.


Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.

Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.

Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.

Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.

Kerja-kerja kebajikan & penerbitan

Pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.

Buku

Dari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009

Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal

Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.

Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.

Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Pendidikan Tinggi

Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung.

Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar. Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Kerjaya Guaman

Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.

Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Politik

Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.

Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.

Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip.

Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial

Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.

Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.

Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.

Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat

Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.

Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini. Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus.

Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.

Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.

Keadilan dan Kebajikan untuk Semua

Penglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

Politik Hak, Demokrasi & Kebajikan

Keadilan itu untuk Semua: Penolakan politik perkauman

Kita mesti menolak politik perkauman dengan sekeras-kerasnya. Ini hanya akan dapat dilakukan dengan baik jika kita bersungguh-sungguh menghargai keragaman kebudayaan rakyat kita. Kita mesti menghormati dan mempertahankan hak saksama setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tanpa mengabaikan kumpulan-kumpulan terpinggir yang perlu diberikan bantuan. Inilah tuntutan agama Islam dan inilah tuntutan Perlembagaan Malaysia.

Ketuanan Rakyat & Keluhuran Perlembagaan

Kita mesti membela ketuanan rakyat dengan memartabatkan kuasa rakyat dan memelihara proses-proses dan badan-badan yang menjaga demokrasi. Beliau percaya bahawa pilihan-pilihan politik yang bijak hanya akan diambil oleh rakyat yang mempunyai kuasa. Jika mana-mana perkumpulan rakyat ada mengemukakan permasalahan dan tuntutan-tuntutan yang wajar, samada Melayu, Cina, India, Orang Asal atau apapun kaum dan pekerjaan mereka, Kerajaan yang ihsan wajib membantu mereka.

Reformasi Politik & Kepemerintahan Negara

Proses politik kita mestilah memerdekakan dan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu kuku besi, perkauman, gejala rasuah dan ketidakadilan.

ISU

Kontroversi tentang keistimewaan kaum Bumiputra

Kerana kritikannya terhadap UMNO yang sudah tenat dengan budaya-budaya tidak sihat, Datuk Zaid Ibrahim memang sudah sering diserang oleh kumpulan-kumpulan yang menggunakan unsur-unsur perkauman untuk melindungi kepentingan-kepentingan politik dan ekonomi mereka.

Sebagai seorang Bumiputra yang berasal dari keluarga miskin, beliau sudah tentu tidak menentang dasar untuk membantu kaum Bumiputra yang memerlukan. Apa-apa juga dasar yang membantu membasmi kemiskinan dan memberi keistimewaan terhadap orang-orang miskin dan terpinggir, mestilah diteruskan. Namun, kebimbangan beliau terhadap kesan buruk penyalahgunaan ‘keistimewaan’ ini kepada negara kita sering diwar-warkan oleh pihak BN sebagai ‘bukti’ beliau mempersoalkan peruntukan perlembagaan terhadap kaum Bumiputra.

Dasar apa pun tidak boleh disalahgunakan untuk membolehkan penerimaan faedah tanpa usul periksa tentang latarbelakang ekonomi seseorang. Datuk Zaid sebenarnya amat bimbang bahawa Dasar Ekonomi Baru telah menjadi ‘Dasar Ekonomi UMNO’, yang mana ia menggalakkan pemberian subsidi dan bantuan melampaui batas, yang memberikan projek-projek besar negara untuk memperkayakan Bumiputra yang sudah cukup serba serbi dan untuk jentera parti, tanpa memerlukan si penerima faedah berusaha gigih dan berdikari.

Dasar yang disalahgunakan bukan sahaja merugikan negara, tetapi boleh merugikan kaum Bumiputra itu sendiri. Datuk Zaid mahu melihat generasi muda kita memahami bahawa tidak ada jalan mudah dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan. Para jutawan Melayu yang cuba diwujudkan oleh Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah berjaya hidup dengan kemewahan melimpah ruah tetapi kerana menerima habuan dengan mudah dan tanpa ketelusan, mereka tidak mengenal erti susah payah menguruskan perniagaan, dan akhirnya di ambang krisis ekonomi 1998, banyak syarikat mereka lingkup – malah ada yang terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan wang rakyat yang datang dari semua kaum. Ini belum lagi kita bercerita tentang budaya ali-baba yang ‘menjual’ nama Melayu untuk habuan sendiri tanpa apa-apa usaha. Tabiat-tabiat seperti inilah yang sebenarnya memalukan bangsa.

Semua rakyat harus memahami hakikat ini sedalam-dalamnya. Kejayaan hanya akan dapat diperolehi dengan peningkatan ilmu dan keupayaan secara gigih. Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini dengan pertolongan kerajaan semata-mata. Jika kita benar-benar berasa gusar tentang nasib dan masa hadapan bangsa, jalan terbaik kita adalah mempertingkatkan ilmu, berusaha dan bersaing dengan cekal dan tulus, bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan, sindiran dan rintangan serta menolak budaya rasuah dan mengampu.

Kegemilangan bangsa tidak akan dapat dicapai dengan menyemburkan api perkauman dan menyalahertikan ‘keistimewaan’ sebagai ‘ketuanan’ mutlak. Kedua-dua ini adalah perkara yang mempunyai implikasi yang jauh berbeda. Jika kita mahu menjadi Tuan, kita mesti bekerja keras, itu sahaja caranya. Melaungkan tuntutan-tuntutan tanpa janji untuk berusaha keras dan dengan nada berbaur perkauman pula, disertai adegan mencium-cium keris, tidak akan merubah nasib sesebuah bangsa itu. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu sendiri jika sesuatu bangsa itu sendiri tidak berubah.

Seseorang yang menyuarakan pandangan mereka dengan jujur dan tenang, walaupun kedengaran kritis, bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan negara. Orang-orang yang berbahaya kepada bangsa dan negara sebenarnya adalah mereka yang meletakkan kepentingan diri di atas kepentingan rakyat. Inilah orang-orang yang menjual nama bangsa untuk mendapatkan habuan tanpa bekerja keras, orang-orang yang merompak harta kekayaan negara, orang-orang yang tidak menghormati hak-hak rakyat, orang-orang yang menahan warga tanpa membenarkan mereka dibicara, orang-orang yang menggubal undang-undang yang tidak adil dan mereka-mereka yang senang menggalakkan prejudis perkauman.



dipetik dari http://alhusseyn51.blogspot.com/

Jumaat, 9 April 2010

DATUK ZAID IBRAHIM CALUN PKR HULU SELANGOR?


PETALING JAYA: Ahli Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang disebut-sebut sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini belum membuat keputusan untuk menerima tawaran atau tidak jika dicalonkan.

Beliau menegaskan perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan jika namanya dicalonkan.

"Tengok dulu, saya fikir dulu," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Menurut Zaid, beliau tidak tahu mengenai namanya disenarai pendek oleh PKR untuk dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

"Tidak, saya tidak dicalonkan. Malah saya tidak tahu mengenai perkara ini," katanya.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pemerhati politik sebagai calon yang paling sesuai untuk mewakili kawasan tersebut kerana pemilihannya dilihat akan menyelesaikan 'banyak masalah' dalam PKR.

Namun Zaid yang mempunyai begitu ramai rakan dari kalangan peguam dan juga usahawan Cina mungkin menjadi satu aset kepada PR untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 16,900 orang atau mewakili 26.3% daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 64,500 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor (P.094) ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

Jumaat, 2 April 2010

PRK PARLIMEN HULU SELANGOR P.094


PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor (P.094) ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.
Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi
Terdahulu, Abdul Aziz mempengerusikan mesyuarat pagi ini yang turut dihadiri bersama-sama ahli lembaga pengarah suruhanjaya itu untuk menetapkan tarikh tersebut.
Bagi menjalankan pilihan raya kecil itu, Abdul Aziz berkata, SPR bersetuju untuk melantik seorang Pegawai Pengurus dan tujuh Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya bagi menjalankan pilihan raya kecil itu.
Pegawai Pengurus ialah Tuan Nor Hisham Ahmad Dahlan yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor.
Katanya, ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 3(c) Akta Pilihan Raya 1958.
SPR telah menentukan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan kali ini ialah Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.
Abdul Aziz memberitahu, daftar pemilih itu bagi P.094 mengandungi 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pemilih biasa dan 709 pemilih pos.
“SPR telah memutuskan untuk menggunakan Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
“Bagi urusan pengundian pos pula, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Hulu Selangor,” katanya.
Sebanyak 48 pusat mengundi dibuka dengan melibatkan 47 sekolah dan sebuah dewan orang ramai manakala terdapat 136 tempat mengundi (saluran). Seramai 1,343 petugas SPR terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil ini.

Sabtu, 13 Februari 2010

AKU MULA PENING LALAT



Lama betul tidak menulis dalam blog ini dan lama juga tidak pernah membuka blog-blog pilihan, hari ini tergerak hati ingin membuka blog-blog pilihan. Setelah membaca dan menghayati sedalam dalamnya dan menghayati cerita lama dan baru hati mulai panas kepala mulai pening dengan 2 YB PKR ini. dengan berani mereka meluahkan rasa hati. Terkenang aku cerita zaman dahulu Semangat 46. Orang sibuk dengan perancangan untuk menghadapi pilihanraya Parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebuk mendedahkan kepincangan dalam parti. Bagitu juga cerita Semangat 46 dulu, akhirnya semuanya kembali kepada UMNO. Dari awal lagi telah saya katakan PKR ini adalah pecahan dari UMNO, Badan mereka adalah PKR tetapi jiwa mereka adalah UMNO. yang menerima bahananya adalah YB Tan dan YB Zul. Setelah membaca blog YB Zul dan sejarah Semangat 46 ceritanya hampir sama. Apakah parti yang disayangi PAS akan terus mengikut arus PKR dan DAP dalam menghadapai pilihanraya akan datang. Isu yang didedahkan oleh YB Tan dan YB Zul sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi atas pagar. Adakah pengundi yang bukan Islam akan mengundi PAS. jika kekecuhan ini berterusan. Saya mulai pening lalat dengan masa yang bagitu dekat untuk pilihanraya 13. Apakah isu ini juga akan berlarutan sehingga PRU 13 dan berpihak kepada Barisan Nasional. adoh pening lalat aku.
Selalunya jika isu berpihak kepada BN tup tup piliharaya. apakah Pakatan tidak faham faham lagi......... aduh pening ku bertambah..... dah mls nak edit cerita ini, siapa yang faham faham lah..... pening dan marah.......

Khamis, 28 Januari 2010

UNTUK RENUNGAN


"Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan) . Seorang sahabat bertanya “apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ... Paparan Lanjutramai tetapi kamu adalah ghutha` (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabt bertanya pulak ” Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?” Jawab Rasulullah “cinta dunia dan takut mati" HR. Abu Daud

Ahad, 24 Januari 2010

OSAMA BIN LADEN MASIH HIDUP


KAHERAH - Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup dan mengaku bertanggungjawab ke atas cubaan meletupkan sebuah pesawat yang menuju ke Detroit dari Amsterdam ketika Krismas, tahun lalu.

Dalam rakaman audio yang disiarkan Al-Jazeera semalam, Osama juga berikrar untuk meneruskan serangan ke atas AS.

Osama menerusi rakaman itu dipercayai mahu menunjukkan beliau masih mengetuai kebanyakan cawangan al-Qaeda di seluruh dunia.

“Amerika tidak akan selamat selagi keadaan di Palestin tidak berubah. Serangan akan diteruskan selagi anda terus menyokong Israel,” katanya.

Sementara itu, bekas pembantu Osama, Sheikh Rashad Mohammed Saeed Ismael atau Abu al-Fida berkata, Osama masih hidup dan sihat serta tidak bergantung kepada ubat-ubatan seperti yang dilaporkan media Barat.

Selepas insiden serangan 11 September 2001, Sheikh Rashad ditangkap di Yaman dan ditahan selama dua tahun.

“Osama masih hidup dan sihat. Dia tidak perlu mengambil sebarang pil dan ubat. Dia menggunakan herba dan sumber asli selain makan makanan sihat dan sangat berhati-hati mengenai kesihatannya,” kata Abu al-Fida.

Menurutnya, kebanyakan isteri Osama dan 23 anaknya dilaporkan berada di sekitar Timur Tengah.

Petikan dari http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6441033.asp

Sabtu, 16 Januari 2010

SELATAN THAILAND BERGOLAK LAGI


Di Pattani, beberapa penyerang tidak dikenali menembak mati dan membakar mayat pasangan beragama Buddha yang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan motosikal.

Penyerang membawa mangsa ke tengah jalan raya, mencurah minyah tanah dan membakar lelaki berusia 51 tahun itu dan isterinya yang berusia 42 tahun.

Dalam satu lagi serangan di wilayah sama, satu keluarga beragama Buddha seramai tiga orang termasuk budak perempuan 12 tahun cedera ditembak penyerang bermotosikal.

Kelmarin, sekumpulan juruelektrik kerajaan diserbu ketika mereka sedang memasang wayar elektrik di sepanjang jalan juga di Pattani. Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera.

Sebutir bom kemudian diletupkan di luar sebuah kedai minuman di wilayah sama, mencederakan empat orang awam manakala di wilayah berdekatan, sebutir lagi bom meletup di luar sebuah pasar yang mencederakan tiga anggota tentera dan tiga orang awam.

Lebih 3,900 orang terdiri daripada penduduk Buddha dan Islam, terbunuh dalam tempoh enam tahun kekacauan di rantau kaya tanaman getah itu.

Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian wilayah kesultanan bebas dikenali sebagai Pattani sebelum diambil alih Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha, pada 1909.

Kira-kira 80 peratus daripada penduduk rantau itu beragama Islam yang bercakap dialek Melayu sebagai bahasa pertama dan sekian lama mengadu mengalami diskriminasi, terutama dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan.

Penyerang, dipercayai pemisah sering menyasarkan penduduk Buddha dan Islam dikaitkan dengan kerajaan Thailand seperti pegawai polis, tentera, pegawai kerajaan dan guru.

Satu usaha menentang pemberontakan besar-besaran tidak banyak membantu menamatkan keganasan membabitkan pelan rangsangan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.34 bilion) untuk mengurangkan jurang ekonomi dan meminimumkan pengaruh pemberontakan. - Reuters

Rabu, 13 Januari 2010

POLIS AKAN PANTAU BLOG BLOG





Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

Beliau berkata, polis menyedari akan hakikat bahawa kes-kes sedemikian perlu ditangani dengan adil dan segera.

Mohd Bakri menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin mengenai kejadian seumpamanya, sebaliknya menyerahkan kepada polis melaksanakan tugas mereka.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan tampil membantu polis.

Beberapa buah gereja diserang dengan bom api baru-baru ini termasuk Gereja Assumption, The Life Chapel di Petaling Jaya, dan Gereja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata, siasatan kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin dan kes kehilangan Sharlinie Mohd Nashar masih belum ditutup dan memerlukan maklumat baru.

"Polis terus berusaha dengan semua petunjuk yang ada, tidak mengira kecil dan tidak penting petunjuk berkenaan. Amat mengecewakan kerana tiada petunjuk baru ditemui. Kami tidak akan berhenti dalam usaha menyelesaikan kedua-dua kes dan membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan mereka," katanya. - BERNAMA

Ahad, 10 Januari 2010

GULA OH GULA


KUALA TERENGGANU: Sudah ada peniaga minuman di sekitar bandar ini dikesan menaikkan harga jualan mereka dengan alasan harga gula dinaikkan baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.

"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.

Harga gula naik 20 sen sekilogram bermula 1 Januari lalu.

Abdul Ghani berkata, operasi semalam melibatkan 30 pegawai penguatkuasa dibuat di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan bandar dan akan diteruskan ke seluruh negeri.

Beliau meminta pengguna membuat aduan segera ke pejabat KPDKK jika mendapati peniaga menaikkan harga minuman. - BERNAMA

Jumaat, 8 Januari 2010

Orang Islam Yang Faham Agama Tidak Mungkin Bakar Gereja - Dr Asri


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini berpendapat insiden membakar tiga gereja pagi semalam, tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam erti kata yang sebenar.

"Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini," kata Dr Asri ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi.

Kata beliau, jika insiden tersebut ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas diperdebatkan sekarang, kemungkinan ia dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut: pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain, pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi atau pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

"Tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama lain tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni.

"Mendahulukan demonstrasi, jeritan dan slogan yang keras hanya akan menimbulkan lagi ketegangan dalam isu-isu antara agama bagi rakyat yang hidup dalam negara yang mengiktiraf kebebasan beragama," kata Dr Asri yang mengesyorkan agar ruang perbincangan dan dialog dibuka untuk setiap pihak memahami antara satu sama lain.

Dr Asri berkata beliau khuatir, ada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan ini dengan tujuan-tujuan politik seperti untuk mengaut pengaruh dan menjuarai isu untuk mendapatkan nama dan kuasa.

"Perkara yang penting adalah mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan rakyat jelata secara adil dan menentang apa bentuk kezaliman serta pencemaran hak asasi setiap individu dan pihak yang dijamin oleh agama ini," kata Dr Asri ketika diminta mengulas lanjut mengenai tiga insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara semalam.

Insiden bakar gereja dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, jalan yang baik ialah seperti dalam firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri". (Surah al-Ankabut: 46).

Kata Dr Asri, Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini kerana al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah.

Jelasnya lagi, ini seperti firman Allah: (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 251). Ini menunjukkan walaupun Islam hanya mengiktiraf dirinya sebagai agama yang diredhai Allah, namun dalam masa yang sama Islam menghormati hak beragama dan melindungi mereka.

Pada masa yang sama juga, orang bukan Islam dalam negara ini, kata Dr Asri, hendaklah akur bahawa negara ini mempunyai identiti Islamnya, maka mereka hendaklah menjaga perasaan dan sensitiviti umat Islam.

"Ini amat penting dalam keadaan umat Islam mempunyai rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, China, Filiphina, Selatan Thailand dan lain-lain negara yang membabitkan penindasan penganut agama lain ke atas umat Islam. Dibimbangi prejudis dan salahfaham boleh membawa kepada keburukan yang tidak berkesudahan," jelasnya.

Beliau mengesyorkan para sarjana Islam memainkan peranan penting dan para pemimpin umat Islam di Malaysia mempamerkan ketinggian nilai Islam ini.

"Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan kita memiliki berbagai-bagai peruntukan dan ruang.

"Saya amat bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam pergolakan yang akhir ini. Rakyat dalam negara ini hendaklah berhati-hati," kata beliau yang akan menghadiri "Makan Malam Amal Bersama 1000 Penyokong Dr Asri" yang bertemakan 'Perubahan Minda' bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam selepas Maghrib malam ini.

Isnin, 4 Januari 2010

HAJI HADI PULA BERKATA


PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Selain itu PAS juga menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Pendirian itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui kenyataan yang dibaca Ketua Penerangannya, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik di ibu pejabat parti itu di sini malam tadi.

Mesyuarat lebih tiga jam itu adalah bagi membincangkan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitan mereka.

Abdul Hadi juga berkata, PAS menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

"Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama," katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Katanya lagi setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

"Pas ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

"Walau bagaimanapun penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini," katanya.

Tambah Abdul Hadi lagi, PAS bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan dijamin oleh Islam

MANA-MANA YANG MENYOKONG KALIMAH "ALLAH" DIGUNAKAN DALAM Herald-The Catholic Weekly MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN




Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.