Tidak ada cerita yang indah yang nak dipaparkan, hanya sekadar renungan semua dalam era 1 Malaysia, memang benar era ini orang melayu tetap juara dalam segala segi kecuali bidang ekonomi, pelajaran dan kecemerlangan yang membawa mertabat melayu lebih tinggi. Tanah-tanah kerajaan yang sesuai untuk diberi kepada bangsa melayu telah dijadikan PSK dan pengusaha yang Berjaya bukan dari bangsa melayu. Berita sensasi seperti Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil bin Bahari di London dan lelaki bernama Mohd. Firdaus atau nama lainnya Suezy Amelia Natasha berasal dari Perlis dan masih berada dalam Malaysia.
Dibawah petikan dari ohartis.com untuk renungan bersama.
Tiada apa yang indahnya dalam artikel ini kecuali aksi-aksi dari seorang lelaki bernama Mohd Firdaus atau nama lainnya Suezy Amelia Natasha. Fuh nama ayu tak hengat. Ramai la yang guna nama tu nanti buat nama anak-anak. Firdaus pun ok, Amelia Natasha pun ok.
Kami tertarik dengan gambar-gambar ni bukan kerana lelaki beraksi seperti wanita ini tetapi lebih tertarik dengan gambar-gambar artis yang bersamanya. Tertanya juga, apa hubungan artis-artis ni dengan Suezy Amelia Natasha ni ya? PA artis ke? PA Rosyam Noor ke? PA Rita Rudaini ke? Ada yang tahu siapa?
LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil bin Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.
Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.
Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.
Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.
"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.
Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.
"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.
Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.
"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.
Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian di Malaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".
Bagaimanapun, dia berharap keadaan akan beransur reda.
Fatine "berkahwin" dengan Ian Young, 30, pemilik syarikat penyelenggaraan hartanah dalam satu upacara sivil Mei lalu, menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri ekoran foto "salah".
Permohonan kedua yang disertakan foto berukuran pasport berlatar belakang putih dan bukannya biru telah dikemukakan untuk pertimbangan semula, namun permohonan itu juga telah ditolak Oktober lalu.
Pasangan itu baru mengemukakan permohonan buat kali ketiga untuk mendapatkan 'Right to Family Life (hak untuk kehidupan berkeluarga)' di bawah Akta Hak Asasi Manusia di Britain.
Pada Isnin lalu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Jabatan Imigresen berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fatine.
Ini kerana katanya, pihaknya memandang serius kes rakyat Malaysia tinggal melebih tempoh di luar negara.
Young bagaimanapun menegaskan permohonan Fatine masih sedang diproses oleh Agensi Sempadan UK. Justeru, katanya, Fatine tidak sepatutnya dikategorikan dalam golongan yang tinggal terlebih tempoh di UK.
"Setahu saya, pihak berkuasa tidak dibenarkan menahannya buat masa ini," katanya.
Ekoran laporan tersebut yang tidak memaparkan perkara sebenar, Young mendakwa, orang ramai beranggapan cerita mereka merupakan satu penghinaan kepada Islam sedangkan mereka tidak berniat berbuat sedemikian.
"Kami cuma mahu berkahwin, hidup bahagia bersama. Satu-satunya cara kami dapat berbuat demikian adalah di UK," kata Young.
Tambahnya, laporan tersebut juga seolah-olah menggambarkan mereka menghina undang-undang Islam.
"Ekoran gambaran sedemikian, saya berasa kami akan berada dalam keadaan bahaya jika kami cuba tinggal di Malaysia," ujarnya.
Blog Terurai kata terungkap Bicara menceritakan dalam blognya http://pendikargunung.blogspot.com/ ramainya orang kelantan tak suka TG Nik Aziz. Pada 29hb. hingga 30hb. November 2009 dalam perjalanan ke rumah saudara di Rantau Panjang untuk menghadiri kenduri kawin, kebetulan cerita doa TG NIK AZIZ di kemukakan kepada saudara disana. Di Kelantan tidaklah sehebat gambar yang menceritakan. Kalau 1,000 orang pun mereka tidak kesah. Mereka hanya menceritakan siapa bakal menggantikan TG Nik Aziz yang tertib dan berhemah seperti TG Nik Aziz. Kedua, perbualan tentang Ahli Parlimen Pasir Mas, dia buat kacau sekarang ini kerana dia tahu politiknya di Kelantan di penghujung talian hayat.
Perbualan yang rancak dan panas sepanjang perbualan saya dengan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Kota Bahru dan seorang kontraktor Kelas F di Tok Bali. Dari cerita diatas apa yang berlaku di kelantan hanyalah bermotifkan sesuatu. sama-samalah kita terjemahkan motifnya. Bagi orang-orang di Kelantan masih kekal dengan Tok Guru Nik Aziz. Itulah rumusan yang dapat dibuat dari hasil perbualan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.
"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.
"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.
Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.
Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.
Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA
USTAZ TALIB MENUJU KE LEHIR LEMBU UNTUK MENYEMBELIH
USTAZ IBRAHIM SEDANG MENYEMBELIH LEMBU KURBAN
KERJA KERJA MELAPAH
DUA HARI PENYEMBELIHAN DAN AMALAN KURBAN OLEH JEMAAH DI DUN TIOMAN ROMPIN, PAHANG. SEBANYAK 40 EKAOR LEMBU TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN SELAMA DUA HARI. DISINI DIUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN IBADAH KURBAN.
NEW DELHI: Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.
Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.
Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.
Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top.
Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti AlQaeda atau Taliban.
Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan AlQaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas.-BERNAMA
Ibadah Kurban yang dilakukan oleh Cawangan PAS di DUN Tioman oleh Ahli-ahli PAS dan Cawangan PAS. Markas PAS Cawangan Kampung Sepakat mengadakan ibadah kurban sebanyak 8 ekor. Cawangan Sungai Puteri 4 ekor, Cawangan Pontian seekor, Cawangan Janglau seekor, tidak ketinggalan cawangan Tg. Gemok dan Pianggu.
Tuan Hj. Abdul Majid bin Taib dalam perbualannya beliau tidak pasti berapa jumlah keseluruhan ibadah kurban yang akan dijalankan oleh Ahli PAS dan Cawangan, memandangkan jumlahsebenarnya tidak dapat dipastikan. Jumlah keseluruhan ibadah korban oleh Ahli PAS di DUN Tioman tidak kurang dari 20 ekor lembu. Jumlah ini adalah iktiviti penyembelehan yang dilakukan di pusat-pusat yang ditetapkan seperti Markas PAS Kg. Sepakat, Markas PAS Sungai Puteri dan lain-lain. Tidak termasuk Ahli yang menjalankan ibadah kurban di rumah masing-masing. Sebagai contoh di Kampung Sepakat sahaja 10 ekor lembu akan di kurbankan oleh Ahli PAS di rumah masing-masing.
Bloger AKU ANAK GURUN berdoa agar semua ibadah kurban yang dilakukan akan diterima oleh Allah Amin……………………………………..
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCABUT ILMU DENGAN MENCABUTNYA SERTA MERTA DARI HAMBANYA TETAPI DIA MENCABUTNYA DENGAN MEMATIKAN ULAMA SEHINGGA TIADA LAGI ULAMA, MANUSIA MENGAMBIL ORANG BODOH(JAHIL AGAMA) MENJADI PEMIMPIN , LALU DITANYA KEPADA MEREKA , MEREKA MEMBERI FATWA TANPA ILMU , LALU MEREKA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN.(BUKHARI)