MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 3 September 2009

NASIB SELANGGOR DAN TERENGGANU DITENTUKAN LEPAS RAYA ?


Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu. Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini.

Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa. Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.

Goyah Di Terengganu

Menariknya kali ini, dalam Najib berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor dengan cara yang tidak diketahui, pada masa yang sama Anwar pula dilaporkan pernah berjumpa dengan ADUN Terengganu yang tidak puas hati kepada MB Terengganu Ahmad Said.

Ada laporan menyebut ADUN tersebut mengugut untuk keluar dari Umno dan menyertai PKR. Sesuatu yang tidak mustahil juga boleh berlaku diterengganu.

Terbaru, seorang Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said.

Khabarnya 9 orang ADUN BN sedang berkira-kira untuk membuat kejutan. Jika mereka menyertai PKR dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS maka kerajaan BN Terengganu akan tumbang dan kerajaan PR Terengganu dapat dibentuk.

Namun jika ianya menjadi kenyataan kerajaan tersebut pastinya kerajaan yang tidak kukuh dan longgar kerana ianya dianggotai oleh ADUN BN yang tidak puashati terhadap Ahmad Said bukannya tidak suka kepada prinsip dan kebobrokan BN. Bila-bila masa mereka boleh berubah.

pertikan dari Sabahdaily

1 ulasan:

  1. Salam,

    Begitulah kalau hati penuh dengan ketamakkan, hasad dengki, menawarkan diri menjadi pemimpin bukan kerana hendak membela nasib rakyat, tetapi untuk kepentingan diri, tak kira datang dari parti mana sekali pun, yang tertipu adalah rakyat juga.....

    BalasPadam