Translate
INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN
Rabu, 2 September 2009
GEMPA BUMI DI INDONESIA
JAKARTA, 2 Ogos -- Seramai 15 orang disahkan mati setakat pukul 7.30 malam Rabu dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 7.3 pada Skala Richter yang menggoncang sebahagian Pulau Jawa termasuk Jakarta hari ini.
Gempa tektonik yang berpusat kira-kira 142 kilometer ke baratdaya Tasik Malaya, pada kedalaman 30 kilometer itu juga dilapor mengakibatkan ratusan penduduk lain cedera selain ratusan rumah rosak.
Menurut data Badan Nasional Penanganan Bencana Indonesia seramai empat orang mati di Tasik Malaya, di Cianjur 10 orang dan seorang lagi di Sukabumi, Jawa Barat.
Sementara itu, Antara melaporkan dari Cianjur bahawa 12 orang yang mati tertimbus akibat tanah runtuh dalam gempa bumi itu, sudah ditemui iaitu daripada 12 keluarga yang tinggal di kaki Gunung Tujuh.
Mereka dikatakan tertimbus sehingga dua meter ketika berada di rumah mereka.
Berdasarkan laporan yang diterima daripada penduduk mengenai kehilangan puluhan anggota keluarga mereka, pihak berkuasa setempat percaya lebih ramai penduduk yang tertimbus dan belum ditemui.
Laporan media massa tempatan lain menyebut puluhan mangsa, kebanyakannya pekerja di bangunan tinggi terpaksa dirawat di beberapa hospital di Jakarta kerana sesak nafas akibat panik selain terpijak dan tertindih ketika lari menyelamatkan diri dengan menuruni tangga kecemasan.
Seorang pengurus sebuah syarikat yang berumur 50 tahun dilapor mati akibat serangan jantung selepas kejadian gempa bumi pada pukul 2.55 petang dan diikuti dua lagi gempa susulan setengah jam selepas itu.
Banyak lagi kecederaan mungkin hanya diketahui esok kerana masih banyak desa dan kampung terpencil di daerah terlibat seperti Yogyakarta, Cilacap, Sukabumi dan Bandung belum dapat dihubungi pihak berkuasa.
Mengenai kerosakan rumah dan bangunan pula, dipercayai ratusan yang terlibat sama ada membabitkan kerosakan ringan atau runtuh.
-- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan