MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA, KERANA RAYA MENYABUNG NYAWA NAK BALIK KAMPUNG ( pati )

SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR BATIN
DARI BLOG :anakgurun52.blogspot.com

Pekerja Dari Indonesia menyabung nyawa untuk pulang beraya diKampung.

PELABUHAN KLANG: Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah berjaya menyelamatkan 60 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia selepas bot yang mereka naiki hampir karam di Laut Selat Rawa, Pulau Ketam, di sini, pada pagi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, kesemua mangsa iaitu 35 lelaki, 17 wanita dan lapan kanak-kanak, berusia antara sebulan dan 50 tahun, sedang dalam perjalanan dari jeti Pulau Ketam ke Dumai, Indonesia, untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Pelabuhan Klang ASP Nordin Osman berkata berdasarkan maklumat, empat anggotanya yang sedang menjalankan rondaan, menemui sebuah bot tidak bernombor yang sarat dengan penumpang dan hampir tenggelam kerana dimasuki air.

"Siasatan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam sidang akhbar di pangkalan Gerakan Marin di sini.

Nordin berkata kesemua PATI terbabit ditahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu bagi kesalahan masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Katanya mereka turut menahan seorang tekong dan dua awak-awak berusia antara 35 dan 45 tahun yang dipercayai anggota kumpulan sindiket yang membawa keluar PATI secara haram.

"Bot itu sepatutnya hanya boleh memuatkan kira-kira 15 penumpang dan setiap seorang dipercayai membayar kira-kira RM700 sebagai tambang," katanya.

Seorang mangsa, Sisila Kardiman, 25, yang memangku anak lelakinya berusia sebulan, Mohamad Firdaus, ketika menceritakan pengalamannya kesal dengan tekong yang mungkir janji untuk membawa mereka pulang ke Indonesia menaiki sebuah feri.

"Tekong kata feri dah habis dan kami terpaksa naik bot itu. Kira-kira pukul enam pagi enjin bot yang kami naiki tiba-tiba rosak dan ketika itu hujan, cuaca gelap, angin kuat dan laut bergelora.

"Bila air mula masuk ke dalam bot kami semua panik dan ada yang mula menangis. Syukur Alhamdulillah apabila kami diselamatkan daripada mati lemas," katanya.

Suami Sisila, Shahril Masud, 31, berkata selama tiga tahun bekerja di Malaysia, baru tahun ini dia ingin pulang beraya di Indonesia tetapi hasratnya tidak kesampaian berikutan kejadian itu. BERNAMA

KOMEN

Didaerah Rompin saja, hasil bancian pada tahun 2006 jumlah pekerja Indonesia tidak termasuk Negara lain seramai 54,000 orang meliputi tenaga kerja Indonesia ( TKI ) dan Pendatang Tanpa Izin ( PTI ). Kebanyakan pekerja di sektor perladangan sawit, kebun sayur selebihnya menetap di pingir bandar untuk berkerja dengan kontraktor kelas F.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan