MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 31 Ogos 2009

PESERTA DEMONSTRASI KEPALA LEMBU JUMPA MENTERI DALAM NEGERI ESOK

Penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang menyertai demonstrasi dan perarakan kepala lembu kerana membantah pemindahan kuil Hindu ke situ - akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein esok bagi menyuarakan masalah yang mereka hadapi berhubung isu tersebut.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Hishammuddin berkata, penduduk di situ yang membuat temujanji dengannya, terdiri daripada penyokong 'berlainan ideologi politik' walaupun ada spekulasi yang mendakwa mereka semuanya dari Umno.

Hishammuddin juga berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap mereka yang menyertai protes tersebut, berdasarkan kepada 52 laporan polis yang dibuat setakat ini.

Menurutnya, siasatan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum sebarang tangkapan dibuat.

"Tetapi kita tidak akan menyembunyikan apa-apa daripada rakyat... Kita akan ambil tindakan terhadap mereka (yang membangkitkan isu senstif) tetapi pada masa yang sama, kita perlu bersikap adil kepada mereka yang berkaitan (penduduk)," katanya.

Ahad, 30 Ogos 2009

KEPUTUSAN DUN KOTA SEPUTEH AKAN DIKETAHUI SELASA INI.... SPR


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah iaitu sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek dengan tumpuan kepada soal perundangan sama ada kerusi itu perlu dianggap kosong, sekali gus mengadakan pilihan raya kecil.

SPR mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan diadakan pilihan raya kecil.

"Kita akan bincang semua aspek secara menyeluruh, mempertimbangkan dari segi perundangan dan dari segi moral tetapi lebih kepada soal undang-undang," katanya lagi.

Jika diputuskan wujud kekosongan sudah pasti pilihan raya kecil akan diadakan, kata beliau.

SPR telah mengadakan pilihan raya kecil yang kelapan pada 25 Ogos lalu - sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Sehubungan itu, kata Aziz, pihaknya akan memaklumkan keputusan SPR kepada Speaker Kedah.

"Oleh kerana Speaker telah menulis surat kepada kami, kami akan memaklumkan Speaker hasil keputusan mesyuarat khas ini... mesyuarat ini hanya membincangkan isu kerusi Kota Seputeh," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi.

Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif - dari Umno-BN - digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUNtanpa kebenaran Speaker.

Oleh itu, SPR telah meminta pandangan penasihat undang-undangnya dan juga Jabatan Peguam Negara mengenai isu berkenaan.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan harapan agar SPR akan mempertimbangkan keadaan Abu Hassan yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Muhyiddin berkata, SPR yang mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah bahagian pilihan raya, sebagaimana disaksikan di Perak Februari lalu, akan ambil kira pertimbangan itu.

"Bagaimanapun kita akan akur dengan keputusan SPR, kita selalu akur dengan keputusan SPR, mana ada yang kita tidak akur," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Wan Ahmad ketika dihubungi pagi tadi memberitahu mStar Online bahawa semua dokumen berkaitan dengan isu berkenaan sudah sedia ada.

"Semua dokumen, pandangan dan maklum balas sudah diterima. Kita hanya perlu mengadakan mesyuarat dan menentukan status kerusi ini," katanya.


Petikan dari mystar


KOMEN

MUNGKIN keputusan dah dapat diramalkan oleh semua. Saya serahkan pada pembaca untuk mentafsirkannya.....


AWAS PDRM BERANGGAPAN SIDANG DUN PERAK LEBIH BAHAYA DARI DEMO KEPALA LEMBU, 1000 ANGGOTA PDRM AKAN DITEMPATKAN DI DEWAN UNTUK HALANG MESYUARAT


Kita sama-sama tengok dan lihat, Demo bersama kepala lembu, satu demo boleh terlibat 2 agama dan 2 bangsa , Melayu Islam dan India Hindu, Lembu adalah lambang kesucian bagi mereka. Polis tidak ambil kesah dan bertindak selepas

selesai acara yang tidak sesuai dalam Negara Malaysia yang berbagai Kaum.Hari rabu nanti kita akan lihat di Perak seolah-olah satu Demo oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang boleh memecah belahkan rakyat Malaysia, Agama dan bangsa kerana datang untuk bersidang Dewan Undangan Negeri Perak. PDRM akan menempatkan anggotanya melebihi ADUN yang Hadir

RUMUSANNYA ANDA YANG MEMBACA HARUS MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MANA PDRM HARUS BERTINDAK LEBIH TEGAS ANTARA 2 PROGRAM INI.




Sabtu, 29 Ogos 2009

KITA SAMA-SAMA TUNGGU YANG MANA YANG AKAN LOMPAT DI JOHOR



Nama-nama yang disenaraikan akan berundur dari BN

P142 Labis MCA - Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
P144 Tangkak MCA - Goh Tee Tee
P148 Ayer Itam MCA - Wee Ka Siong
P149 Parit Yaani MCA - Ng See Tiong
P150 Penggaram MCA - Koh Chee Chai

P152 Kluang MCA - Hou Kok Chung

Ahli Parlimen BN dari parti MCA akan melompat ke PKR, adakah berita ini benar

Kita sama-sama lihat pada tarikh.


6/9/2009 - AHAD (10.00mlm)

Pidato Khas Ramadhan

N0.6,Pekan Parit Sulong,Batu Pahat,Johor.

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Dato' Chua Jui Meng

Sdr Hasmi Hashim


Ia disahkan lagi apabila salah seorang ahli UMNO turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap 2 Ahli Parlimen bukan dari UMNO itu.


Keterangan lanjut layari :


http://umnojohor.blogspot.com/2009/08/ahli-parlimen-johor-masuk-pkr.html


KOMEN

Tunggu dan lihat weeeeh

BUBAR SEMUA NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT YANG BERMASALAH, SERAH PADA RAKYAT BARU SENANG


PUCUK PIMPINAN KENE SEPAKAT...SATU HATI...KALAU BN TAKNAK BUBAR DUN PERAK....KITE BUBAR SEMUA DUN NEGERI2 PR YANG BERMASALAH SEPERTI KEDAH,PENANG DAN SELANGOR...KELANTAN MASIH LAGI SELAMAT DAN KUAT..BIAR MENGGELUPUR SEMUA YB2 YANG TERINGIN NAK JADI KATAK..KITE BUAT RE-ELECT CALON..BERSIHKAN SEMUA CALON2 ESPECIALLY DARI PKR DAN DAP....APA NAK TAKUT..GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT MENYEBELAHI KITA...BIAR KITE MENANG DGN MAJORITI YANG LEBIH BESAR....

KEPADA YB2 YANG DIKENALPASTI PRO PERPADUAN DGN UMNO,TEIRNGIN NAK JADI KATAK,GILA KUASA,GILA DUIT KIT CANTAS AWAL2...PILIH CALON YANG LEBIH BERKALIBER,BAIK DAN WARAK..PKR HARUS BELAJAR DARI PAS...

KITE TAK BOLEH NAK PEJAM MATA LAGI....
PERAK DAH JAHANAM...KEDAH SEKOR2 BUAT HAL...SIAP PANCING ADUN LAIN SUH JADI KATAK
SELANGOR PUN ADA KONSPIRASI LAIN PULAK....JGN TUNGGU NASIK JADI BUBUR...YERR..BERDEMO ITU SALAH SATU CARA TAPI PUAK2 UMNO BN NI AWAL2 DAH TONGGANG POLIS FRU..KITE KENE LANYAK SAJA..DAH PENAT KENE LANYAK DAH...KITE KENE BERTINDAK DGN PINTAR..WORK SMART ORG CKP...

UMNO ADA STRATEGI JAHAT MEREKA,KITE KALIH DGN BUBAR DUN..SURE MEREKA AKAN TERPERANJAT DAN MENGGELUPURRRR....

PULANGKAN KUASA KEPADA RAKYAT
KEMBALIKAN HAK RAKYAT
RAKYAT TIDAK RELA DIPERMAINKAN OLEH YB2 SPESIS KATAK SIAL INI...
DEMI RAKYAT..MINTAK DATO SERI FIKIRKAN

Petikan dari : http://bloglistpolitik.blogspot.com/


KOMEN

Jika direnung dalam kancah politik malaysia kini rasanya cadangan bolglistpolitik patut diambil kira biar bubar semua Negeri yang di perintah oleh pakatan rakyat serah kepada rakyat menentukannya, jika UMNO ingin juga membuat berbagai cara untuk mengambil negeri lain seperti Negeri Perak. Cadangan ini memang tepat pada masanya.bukan sahaja DSAI semua kepimpinan DAP, PAS dan PKR harus berbincang dan bubarkan semua negeri-negeri yang diperintah sebelum mereka membubarkan Perak. Cadangan ini tak semestinya betul, Politik adalah politik, sebahagian pendapat mungkin tak masuk akal oleh ahli politik.

MUSA HITAM - UMNO DAH LAPUK


Tun Musa Hitam bosan dengan politik yang berlaku dalam negara.

Itulah ungkapan bekas Timbalan Presiden Umno itu dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Tun Musa pernah berkata Umno sudah tua. Tetapi malangnya, tiada usaha dalam Umno untuk "meremajakan" parti yang sudah tua ini.

Beberapa nasihat dan ungkapan Tun Musa pasti sukar diterima atau mungkin tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Umno. Malah ada di kalangan ahli-ahli Umno termasuk pemimpin generasi muda tidak mengenali Tun Musa.

Kata Tun Musa: "Saya ingin bercakap terus terang, saya bosan dengan apa yang terjadi di kalangan Umno sendiri yang mana saya sendiri pernah memegang pelbagai jawatan dan menjadi ahli berpuluh-puluh tahun dan masih menjadi ahlinya hingga kini."

"Kebosanan saya ini adalah bagaimana kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan kepada Umno dan Barisan Nasional berkecamuk begitu teruk hinggakan kita kalah banyak sama ada di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri."

1) Kecaman Tun Musa terhadap Umno kerana gagal mengawal negara.

"Keadaan politik negara sangat berkecamuk. Satu sebabnya ialah Umno tidak dapat mengawal Malaysia yang jauh bertukar dalam jangka masa pendek. Dan pemimpin-pemimpin Umno masih lagi berfikiran dengan cara dahulu. Iaitu andaian kita sentiasa menang dan berkuasa"

"Kita ada kuasa, kenapa kita tidak buat macam-macam. Inilah andaian dan pemikiran pemimpin Umno dari dahulu. Ini yang telah memusnahkan kita. Ada kuasa disalahgunakan kuasa atau membuat sesuatu tidak mengambil kira akibat serta pandangan masyarakat. Pada pendapat saya ia begitu teruk keadaannya."

2) Kecaman Tun Musa kepada mereka yang tidak mahu menerima kritikan.

"Tetapi kita masih alpa bahawa perkara yang sering kita hujahkan masih lagi berteraskan isu lama. Malah makin lama makin lapuk.

"Kita masih tidak sedar malah sesiapa yang menyatakan orang Umno telah lapuk akan dicap sebagai anti-Umno. Mereka terus tenggelam dalam dalam pemikiran bahawa kita akan memperjuangkan hak Melayu bermati-matian. Tetapi golongan baru dan terpelajar tidak berfikiran begitu. Logik mereka adalah lebih sofistikated dan pendedahan mereka kepada dunia luar lebih luas."

3) Kecaman Tun Musa terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Minta maaf saya sebutkan, selama 22 tahun di bawah kepimpinan Dr Mahathir perkara ini tidak disedari kerana beliau memimpin sebuah kerajaan yang kuat. Beliau dapat menjayakan pembangunan dari segi fizikal dan menjadikan kita berbangga dengan pelbagai pembangunan yang dilakukan."

4) Kecaman terhadap ketamakan ahli-ahli Umno.

"Malangnya yang masuk Umno itu pula kerana hendak dapat tempat. Ramai mereka beranggapan masuk Umno dapat bisnes, jawatan dan sebagainya. Ini sudah jadi budaya. Jika mereka sudah tanam modal untuk bertanding atau mendapat jawatan maka mereka ini akan mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas jawatan yang dimenangi.

"Saya sedih dan bosan dengan perkara ini. Ada juga yang pada awalnya dilihat menonjol dan radikal namun bila masuk Umno sudah bertukar."

5) Rasuah, nepotisme dan kronisme dalam Umno.

"Akibat dari merasa kuasa itu kita punya telah mengakibatkan Umno dalam keadaan yang begitu tenat. Implikasi dari ayat kita berkuasa itu telah mengakibatkan kita membolehkan nepotisme, rasuah dan kronisme. Itu mentaliti yang menghantui kita sekarang. Perkara ini ada berlaku dahulu tetapi tidak seteruk sekarang."

"Tiap kali orang kritik, kita akan kutuk mereka. Kita langsung tidak mahu melihat sama ada kita salah atau tidak. Bila kita tengok dahulu orang Umno ini pakai kereta biasa sahaja tetapi bila dilantik menjadi ahli Parlimen ataupun Adun, rumah dan kereta pun bertukar. Bila ditanya mana dapat duit, mereka akan menjawab jangan tuduh tanpa bukti. Kemudian orang yang bertanya ini akan dicap anti Umno. Ini yang dinyatakan oleh golongan muda yang saya jumpa dan mereka ini ramai yang anti Umno."

CUBA SELIDIK PESERTA DEMO BERSAMA KEPALA LEMBU TU AHLI PARTI MANA, PERTUBUHAN NGO MANA




Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua P
olis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan
) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu,"katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.msiakini


KOMEN

Kita sebagai umat islam harus menghormati Agama lain selagi dia tidak memburukkan Agama Islam, Tunjuk perasaan ini adalah satu perkara yang paling malang k

erana polis tidak ambil tindakan segera, berdemo bersama kepala lembu ini lebih hebat tekanan kepada masyarakat Malaysia dari berdemo hapuskan ISA , Hapuskan ISA tidak bertindak menghina Agama lain. Siapa yang pandai cuba check Keahlian parti mana yang berdemo ni, Kalau Ahli Pertubuhan PEKIDA itu dah salah...... entahlah


Adakah orang Islam ini bebal?
Atau orang Melayu itu sangat bengap?
Sama-samlah kita fikirkan !