MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 6 Ogos 2009

UMNO/BN PERLU NASIHAT JJ LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN ROMPIN.



Rompin Pahang, itulah nama tempat , sebelum ini sukar untuk melihat nama Rompin disebut dalam kebanyakan blog. Terima kasih kepada bloger yang prihatin dengan rakyat di Rompin. Untuk maklumat semua Rompin adalah salah satu Kubu kuat UMNO/BN semasa PRU12. Cara dan gaya berkempen UMNO/BN seperti biasa semua orang Tahu.

Penduduk di Rompin kebanyakan adalah Peneroka dari Felda Keratong satu hingga Felda Keratong 10 dari Felda Selancar 1 hingga Felda Selancar 6, dari Felda Selendang 1 hingga Felda Selendang 4, Terdapat penduduk Orang Asli tidak kurang dari 2,000 orang yang mendaftar sebagai pengundi. Selain dari penduduk Bandar seperti Kuala Rompin, Tanjung Gemuk dan Muadzam Shah penduduk Kampung Tradisional yang terdiri dari Rakyat yang berhijrah dari Johor, Kedah, Trangganu dan sedikit Kelantan. Kalau dikira taburan Penduduk Melayu Felda mengguasai jumlah terbesar, dituruti jumlah Melayu Kampung Tradisional dan Bandar. Ketiga teramai Orang Asli disusuli tangga ke empat Cina dan India.

Apakah perlu Pilihanraya di Rompin. Kalau mengikut dari segi logiknya memang amat diperlukan kerana kemajuan, kepimpinan dan tugas seorang Ahli Parlimen tidak berfungsi setelah dilantik sebagai Duta. Bagi Pakatan Rakyat jika Perletakan Jawatan Jamaluddin Jarjis sebagai seorang Ahli Parlimen menjadi kenyataan satu kerja yang amat sukar dan membebankan, jika PRU 12 kerja-kerja berkempen 100%, Jika berlaku perletakkan jawatan berlaku Pakatan Rakyat terpaksa berkerja 500% untuk menentukan tahap kemenangan 50/50.

Walau apa pun percubaan perlu dibuat menang atau kalah itu semua dari Allah. Jika menang Alhamdullilah jika kalah suara-suara kegembiraan UMNO/BN akan terpampang didada akhabar. Jika perletakan jawatan di lakukan oleh JJ satu pengorbanan yang bagitu berharga bagi Najib kerana peluang kemenangan UMNO/BN didepan mata dan UMNO/BN boleh berbangga. Saya sebagai Penduduk Rompin dapat meramalkan siapa calun UMNO/BN jika JJ meletakkan Jawatan. Beliau adalah Hasan bin Arifin pengaruhnya bagitu kuat dari dahulu hingga sekarang.

AWAS PAS/Pakatan Rakyat Bersedia dari sekarang. Apa-apa mungkin terjadi di Parlimen Rompin. Berjuanglah hingga akhir hayat.




1 ulasan:

  1. memang wajar jj letak jawatan. takkanlah dah dok di amerikana, nak berulang setiap hujung minggu balik lawat kawasan parlimen di malaysia. walaupun jadi mp rompin, jarang juga jj balik ke kawasannya. maklumlah banglo di kl. boleh dihitung dengan jari, berapa kali dalam sebulan yb kita tu balik ke rompin jika tak ada apa-apa program yang diatur. betul kata `aku anak gurun' tu, jika jj letak jawatan, sah umno/bn akan menang besar. berat sikitlah bagi pkr/pas/pr yang pasdang impian nak bertanding di kerusi rompin itu. tak payah lah masuk, buat dikalahkan oleh orang asli saja!

    BalasPadam