MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 5 Ogos 2009

Korban pertama di Pahang (SWINE INFLUENZA )



Pahang Catat Korban Pertama H1N1

KUANTAN, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menjadi korban pertama jangkitan influenza A (H1N1) di Pahang, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kepada 13 setakat ini.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, tengah hari tadi.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai "Tia" berkata anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Bukit Setongkol, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lepas setelah mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Katanya anak tunggalnya itu yang dikuarantin di HTAA sejak 1 Ogos disahkan meninggal dunia 12.40 tengah hari tadi selepas mengalami radang paru-paru.

"Sepanjang tempoh kuarantin itu, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak saya sehinggalah dimaklumkan dia sudah meninggal tengah hari tadi," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini.

Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi pada 5.30 petang tadi, bersebelahan pusara ayahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan