MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 3 Ogos 2009

ANAK ROMPIN CIPTA SEJARAH LAGI



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Jaguh angkat berat negara, Amirul Amizan Ibrahim memperbaharui rekod kebangsaan bagi kategori 56kg lelaki apabila berjaya membuat angkatan beban 146kg dalam acara Clean & Jerk pada kejohanan Mini Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil Isnin.


Dalam acara tersebut, Amirul Amizan memperoleh dua pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 115kg bagi acara Snatch dan 146kg bagi acara Clean & Jerk. Beliau yang sebelum ini mencipta rekod kebangsaan bagi kategori yang sama ketika beraksi dalam temasya Sukan Komanwel, Manchester pada 2002 dengan angkatan 145kg. Amirul berkata beliau rasa gembira kerana hasratnya untuk memperbaharuhi rekod tercapai hari ini.

"Sejak daripada awal lagi saya telah dapat menjangka dapat perbaharuhi rekod hari ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Amirul berkata walaupun mengalami kecederaan di siku kiri, beliau masih gigih membuat persiapan bagi menghadapi Sukan SEA di Laos pada awal Disember ini.

"Persaingan di Laos nanti amat mencabar kerana ramai atlet angkat berat Asia akan turun padang namun demikian saya akan cuba untuk melakukan angkatan yang terbaik di sana nanti," katanya.
Sementara itu, dua pingat emas bagi kedua-dua acara dalam kategori 52kg lelaki menjadi milik Mantin Guntali setelah beliau berjaya mengangkat beban seberat 97kg bagi acara Snatch dan 130kg bagi acara Clean & Jerk.

Bagi kategori lelaki 62kg, atlet kebangsaan Arico Jumith berjaya memungut dua pingat emas bagi kedua-dua acara. Arico berjaya mengangkat beban 121kg bagi acara Snatch dan 145kg bagi acara Clean & Jerk.
Bagi kategori 69kg lelaki pula, atlet kebangsaan Mohd Hafifi Mansor memperoleh pingat emas dalam kategori Snatch apabila berjaya mengangkat beban 132kg.

Pingat emas bagi acara Clean & Jerk kategori tersebut menjadi milik Mohd Faerul Taib dengan angkatan 165kg. Bagi acara wanita, kategori 48kg dikuasai oleh atlet kebangsaan Zaira Zakaria yang memperoleh pingat emas bagi kedua-dua acara setelah berjaya membuat angkatan 67kg bagi acara Snatch dan 86kg bagi acara Clean & Jerk.

Seorang lagi atlet kebangsaan Raihan Yusof pula menyapu bersih dua pingat emas bagi kedua-dua acara untuk kategori 53kg wanita apabila berjaya membuat angkatan 75kg bagi acara Snatch dan 90kg bagi acara Clean & Jerk.

-- BERNAMA


CATATAN

Amirol di Lahirkan di Kampung Sepakat, Rompin, Pahang. Anak Jati Rompin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan