MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 8 Ogos 2009

AWAS KALAU DATANG KE ROMPIN ORANG BERASAL DARI KEDAH ADA DUA ( ORANG KEDAH DAN ORANG KEDAH ( B )

WALAUPUN RUMAH KECIL KERETA ADALAH SATU BARANG WAJIB.
DAPAT PULANG KE KEDAH DENGAN SENANG.


SAWAH PADI DI PIANGGU, ROMPIN, PAHANG



Terlanjur bercerita tentang kedudukan penduduk Rompin didalam blog ini . Bab pertama ini biarlah diceritakan kedudukan Melayu Kedah di Rompin atau Orang Melayu yang berasal dari Kedah. Di Daerah Rompin Khasnya dan beberapa daerah lagi, yang paling banyak di Daerah Pekan. Melayu Kedah di Pahang terbahagi kepada 2, orang kedah dan orang kedah (B).

Orang Kedah di Rompin memang berasal dari Kedah kebanyakan datang dari sekitar Kodiang, Air Hitam, Gunung Keriang, Sungai Limau, Kepala Batas,dan Jitra. Boleh dikatakan mereka ini dari kawasan utara kedah. Kedah (B) pula semuanya dari Pulau Langkawi bila ditanya Langkawi dekat mana, mereka ini akan mendiamkan diri, bila kita Tanya Kuah mereka menganggukkan kepala tanda betul. Mereka ini di panggil Kedah (B) oleh orang Kedah di Rompin. Kedah ( B ) adalah Rakyat Burma (Myanmar )yang padai sikit-sikit bertutur dalam lograt bahasa melayu kedah. Paling ramai di Daerah Pekan.

Kedatangan orang Kedah ( Bukan orang Kedah ( B ) orang ini ditempatkan di Ladang Tabung Haji sahaja) ke Daerah Rompin bermula sebagai Peneroka di Felda Keratong 1 hingga ke Keratong 10. Sebahagian besar atau 45% dari Peneroka di Felda terdiri dari Anak Kedah. Pada tahun 1978 kedatangan orang kedah ke Rompin bagitu ketara dengan pembukaan tanah sawah di Mukim Endau, seperti Kg. Hijrah, Kg. Perlis, Kg. Sarang Tiong, Kg. Kasing, Kg. Lantang dan beberapa kampong lagi.

Kemajuan Pesat membangun dari hutan belantara di tebang di rucun di tebas diratakan sehingga menjadi sawah seperti mana pandangan sawah di Tepi lebuhraya utara selatan berhampiran Bukit Pinang, Jenun Kedah. Bagitu juga dari segi pembahagian geran tanah, Janji pertama 12 ekar seorang, kemudian turun ke 9 ekar seorang akhirnya bukan geran yang diberi hanya TOL seorang petani yang membuka hutan pada tahun 1978 diberi 3 ekar seorang. Tanah-tanah diagih-agih yang tidak memajukan tanah tersebut pun dapat habun hasil titik peluh orang kedah yang datang.

Orang Kedah ( B ) tidak sederita orang Kedah Asal mencari kesenangan dibumi sendiri, kemudahan disediakan rumah, perniagaan dan lain-lain, mereka akan berselerak di pasar malam dan pekan sehari atau bercucuk tanam dengan bantuan FAMA, keistemewaan orang kedah (B) anda akan lihat di Kg Sungai Miang, Pekan. Mereka diberi kemudahan berniaga hasil tanaman mereka.



Replika di Batu Caves dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
Aktiviti menghalalkan cara.



3 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
    sedikit info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
    klik disini.

    i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..

    Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    wassalam

    BalasPadam
  2. waalaikum salam. tq ziarahi blog yang takseberapa ni

    BalasPadam
  3. Abah sy pon cerita lagu tu jgk kat saya.dulu kawan2 dia dr kola kedah bnyk p bukak bendang kat endau/rompin..ms tu org belah sana xpercaya hutan tepi laut tu buleh buat bendang..bila dh jadi padi..pakat berebut nk tanah..mau x mau kena bg..bila dh depa dpt bahagian yg depa nak..last2 bendang terbiaq lagu tu saja sbb depa xtau cara nk tanam pagi lagu mn.

    BalasPadam