MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 18 Ogos 2009

SALAHUDDIN AYUB CABAR ZAHID HAMIDI BERDEBAT ISU PEMBATALAN LESEN GUAMAN SIVIL ROHAIZAT PAS BELUM BERSEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA DIPERMATANG PASIR



BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) -- PAS sudah menunjukkan tanda awal bahawa parti itu belum bersedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila menggesa lawannya menarik diri. Calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman berkata parti pembangkang itu sepatutnya bersedia menghadapi mana-mana calon dan bukan meminta BN menarik calonnya daripada bertanding.
Rohaizat, setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas gesaan PAS untuk beliau berundur berikutan pembatalan lesen guaman sivilnya oleh Majlis Peguam. "Alasan mereka membuat komen seperti itu menunjukkan mereka gagal secara moral untuk memberi saingan dalam pertandingan pada 25 Ogos ini," katanya selepas melawat komuniti Cina di Kampung Sama Gagah di sini Selasa.
Katanya beliau berjanji kepada penduduk Permatang Pasir bahawa beliau akan menjadi pengantara antara kerajaan pusat dan rakyat di sini jika dipilih pada pilihan raya kecil itu. Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, akan berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman. Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu. "Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi. Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya. Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka," katanya. Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung.

-- BERNAMA

Komen

Siapa salah siapa betul kita lihat 25hb. ni




2 ulasan: