MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 23 Ogos 2009

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKANNYA


ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah displinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.
“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.

“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.
“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.

Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.

Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.


KOMEN

Jika anda seorang ahli politik tegar, sudah pasti perkara ini adalah perkara biasa dalam politik Malaysia. contohnya Semangat 46 , PKR yang jangka hayatnya agak panjang, mereka ini adalah dari kalangan ahli UMNO yang kecewa, apabila mendapat peluang menjadi wakil rakyat mereka akan mengambil kesempatan ini, apabila menjadi wakil rakyat pembangkang kemudahan, susun kerja dan hubungan agak susah, dalam kesuntukan masa dan kewangan dan hati mereka yang masih berjiwa UMNO, mereka sentiasa rindukan kembali ke perjuangan asal mereka tetapi bagaimana cara dan gaya. Politik sekarang bukan mudah untuk melompat terus ke dalam sangkar, pihak pemimpin tertinggi juga tidak semudah memakan kacang menerima wakil rakyat PKR. Calun atau wakil Rakyat PKR tidak mampu untuk bersama-sama berjuang dengan PAS. Apa yang dirasakan jika pilihan raya Umum ke 13 masih jauh lagi dirasakan lebih ramai wakil rakyat PKR akan menjadi calun bebas. Kekuatan, ketahanan diri, sikap bertanggung jawab tidak ada pada wakil rakyat PKR.
Jika godaan yang kita lakukan kepada calun PKR, seperti mana cabaran, godaan yang diterima oleh orang yang berpuasa ( puasa biasa ) ketika ini rasanya 3/4 dari wakil rakyat PKR akan kembali ke pangkuan UMNO/BN kalau tidak percaya cuba. Lubuk hati ini bagitu yakin PKR akan menjadi Semangat 46 dalam jangka masa terdekat jika godaan godaan yang diturunkan bersesuaian dengan kehendak mereka kerana mereka adalah UMNO/PKR bukan UMNO/BN

2 ulasan: