MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Rabu, 12 Ogos 2009

LAGI KES BN AKAN DIHURUNG LALAT DIPERMATANG PASIR


Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tindakan untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap dirinya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Berikut adalah terjemahan jawapan penuh Ong yang juga menteri pengangkutan tersebut dalam blognya hari ini.

"Saya tidak terperanjat bahawa taktik untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap diri saya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru oleh Pasukan Petugas PKFZ.

Sekiranya saya telah menerima habuan dan faedah kewangan bagi dirinya atau bagi pihak parti, maka sudah tentulah saya akan berusaha melindungi kepentingan pemberinya, dan bukan sebaliknya dengan meneruskan usaha mendedahkan salahlaku mereka. Dengan berbuat demikian, saya membahayakan keselamatan diri saya dan keluarga saya serta kredibiliti saya.

Dakwaan Datuk Seri Tiong King Sing bahawa saya telah menerima "pinjaman" RM10 juta dari beliau untuk kegunaan bahagian-bahagian parti, jelas dibuat dengan beberapa motif, termasuk mengalih perhatian dari dakwaan penyelewengan yang didedahkan oleh pasukan petugas.

Ia juga boleh membawa maksud untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakan-rakan dalam parti saya bahawa saya telah membolot wang yang sepatutnya untuk bahagian-bahagian parti. Hakikat bahawa beliau berkata ia merupakan satu pinjaman, boleh membawa maksud yang beliau mahu opsyen untuk mengheret saya ke mahkamah untuk memalukan lagi saya.

Tempoh yang disebut oleh Dato' Seri Tiong ialah 2008, ketika saya menjadi naib presiden sehinggalah saya menyandang jawatan presiden pada bulan Oktober. Tidak timbul keperluan bagi saya sebagai naib presiden untuk mengumpulkan dana untuk bahagian. Kemudianya, apabila menjadi presiden, kita sudah mempunyai akses kepada dana dan peruntukan parti. Saya tidak rasa ada mana-mana orang yang waras sanggup menyerahkan RM10 juta berasaskan kepada cerita seumpama itu.

Saya amat gembira Dato' Faisal Abdullah telah mengakui bahawa jet-jet tersebut telah disewa oleh pejabat saya. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa saya tidak menerima sebarang keistimewaan. Jika saya terpaksa, dan saya bersedia untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan pesawat tersebut, Saya dengan jelas tidak menerima rasuah atau layanan istimewa.

Lagi pula, pejabat saya belum menerima sebarang invois untuk perkhidmatan yang diberikan itu. Jika syarikat tersebut lebih cekap, saya pasti pejabat saya telah pun menjelaskan bayarannya dengan segera. Saya pasti urusan perniagaan tidak mengeluarkan invois melalui akhbar.

Saya akan mendapatkan pandangan peguam saya dan nasihat perundangan terhadap dakwaan yang berunsur fitnah itu.

Saya melihat halangan terbaru ini sebagai satu cabaran yang perlu saya hadapi. Ia tidak akan menghalang saya daripada memastikan bahawa isu PKFZ diselesaikan demi kepentingan kerajaan dan rakyat. Saya juga minta saya dihakimi berdasarkan tindakan-tindakan saya."

-malaysiakini.com-


KOMEN

Apalah susah-susah Dato' Ong ikutlah jejak Dato Chua Jui Meng senang semua. tak pening kepala




Tiada ulasan:

Catat Ulasan