MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 10 Ogos 2009

UMNO DAH MULA DENGAN CERITA SATU KAPAL DUA NAHODA


Umno Kelantan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Mesyuarat Umno Rantau Panjang

KOTA BAHARU, 9 Ogos (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Kelantan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dua persidangan perwakilan Umno Bahagian Rantau Panjang yang diadakan serentak di dua lokasi pada Jumaat lalu.

Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed berkata jawatankuasa itu diketuai timbalannya Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein yang akan meneliti laporan mengenai dua mesyuarat itu.

"Laporan itu kemudiannya akan dipanjangkan ke ibu pejabat Umno untuk mengambil langkah perlu," katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan memorandum sembilan kertas kerja pada Muzakarah Hukum-Hukum Islam di sini, pada Ahad.

Jumaat lepas, kumpulan diketuai Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yasin mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong di Pasir Mas manakala kumpulan yang diketuai Pengerusi Tetap Umno bahagian itu, Che Alwi Che Haron mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Umno Kampung Lati, Rantau Panjang.

Mustapa berkata isu dua mesyuarat itu adalah serius dan akan dijalankan siasatan segera.



Mengenai muzakarah itu, beliau berkata Umno Kelantan akan mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi Umno bagi muzakarah seumpama itu diadakan di peringkat kebangsaan.

Katanya memorandum sembilan kertas kerja itu membincangkan sembilan perkara yang dicanang pembangkang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Umno Kafir yang dibincangkan daripada sudut ilmiah dan Al-Quran.

Lebih 100 ulama menyertai muzakarah sehari itu.

-- BERNAMA


Komen

Cuba anda fikir satu bahagian umno boleh mesyuarat 2 tempat nak utamakan rakyat ke nak rebut jawatan. Dalam keadaan nazak pun tak fikir nak utamakan rakyat, inikan pula bila dah pegang jawatan tentu kocek dahulu baru fikir apa rakyat nak. kalau macam ini slogan rakyat diutamakan boleh letak dalam tong sampan.

Tiada ulasan:

Catat Komen