MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 13 Ogos 2009

SATU LAGI KAPAL UMNO TERGENDALA TANPA NAHODA


Laporan polis dibuat terhadap ketua bahagian dan setiausaha Umno Tanah Merah berhubung dakwaan gagal memberi notis bertulis dalam tempoh 14 hari kepada cawangan untuk mengadakan mesyuarat tahunan peringkat bahagian itu. Aduan ketua cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai, Amran Abdul Rahman, Sabtu lalu, turut dibuat terhadap ketua dan penolong setiausaha kesemua tiga sayap Umno bahagian - Wanita, Pemuda dan Puteri - yang gagal memberi notis kepada ahli pergerakan masing-masing dalam tempoh yang sama sebelum mesyuarat pergerakan bahagian itu bermula.
Amran membuat aduan tersebut pada 8 Ogos lalu di balai polis Tanah Merah Kelantan.
Beliau sehingga hari aduan itu dibuat, pihak bahagian masih gagal mengadakan mesyuarat perwakilan serta mesyuarat ketiga sayap pergerakan tersebut. Sedangkan, dakwanya, tarikh akhir untuk semua bahagian Umno untuk mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing ialah 16 Ogos ini.

Oleh itu, Amaran mendakwa, bahagian berkenaan tidak layak lagi mengadakan mesyuarat perwakilannya kerana ia perlu memberi notis panggilan mesyuarat sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan. "Cawangan dan juga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan masih belum menerima sebarang surat daripada setiausaha bahagian serta penolong setiausaha Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian bagi memberitahu bilakah mesyuarat perwakilan bahagian serta mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian akan diadakan," kata Amran dalam aduan polis itu. Menurut Amran lagi, mengikut pekeliling daripada ibu pejabat Umno - perkara 2.3.4 dan 2.4.3 - setiausaha bahagian dan penolong setiausaha bagi ketiga-tiga sayap dikehendaki memberi notis bertulis dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh bersidang.

Sehari selepas membuat laporan polis, Amran juga membuat aduan yang sama - melalui sepucuk surat - kepada pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berhubung perkara itu. "Sehingga jam 12 tengah hari 9 Ogos 2009, setiausaha Umno bahagian serta penolong setiausaha pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, masih belum menghantar notis bertulis bagi memaklumkan kepada cawangan/ahli bilakah mesyuarat perwakilan bahagian dan mesyuarat pergerakan itu akan diadakan". Sehubungan itu, tulis Amran dalam surat itu, beliau bercadang untuk menghantar laporan lengkap berhubung kegagalan pucuk pimpinan bahagian dan sayap-sayap terbabit, mematuhi perlembagaan dan peraturan parti.

"Aduan secara bertulis juga akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan di atas keingkaran pihak terbabit mematuhi perlembagaan Umno dalam mentadbir urus parti," kata Amran. Salinan surat itu turut dihantar, antaranya kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan parti; Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan. Datuk Norzahidi Omar.
"Amatlah diharapkan agar badan perhubungan Umno Kelantan di bawah kepimpinan YB Datuk (Mustapa) tidak akan bersikap menyokong sebarang bentuk pentadbiran kepimpinan Umno bahagian yang bertindak ingkar terhadap Pekeliling Ibu Pejabat Umno. "Sekaligus bertentangan dengan perlembagaan Umno serta peraturan persidangan perhimpunan agung perwakilan bahagian dan persidangan cawangan Umno," katanya.Amran turut melampirkan salinan laporan polis bersama suratnya tersebut. Ketika dihubungi Malaysiakini, Amran mengesahkan membuat aduan polis tersebut serta surat berkenaan kepada Mustapa. Petikan dari Malaysia Kini.

Tiada ulasan:

Catat Komen