MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 31 Mei 2009

TANIAH ATAS PELANTIKAN PENGERUSI MKK DUN GURUN








Beduk ( Gendang ) di Masjid Gurun , Entah ada lagi atau tidak, Jika masih ada usianya menjangkau 40 tahun.








Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan taniah diatas perlantikan Pengerusi MKK bagi Dun Gurun. Lama betul aku tidak menziarahi keluarga di Kampung Sungai Ibor, Gurun, Kedah dan Kampung Pulau Chengai, Gurun. Dalam melayari laman web dan blog dan meraba-raba mencari cerita Negeri Kedah. Aku terjumpa Senarai Nama Pengerusi MKK Bagi DUN Gurun bagi tahun 2008 hingga 2010. Terpandang nama dan kampong dibawah jagaan Pengerusi MKK. Memandangkan Kampung tempat kelahiran aku adalah Kampung Pulau Chengai aku terpandang nama Pengerusi MKK Encik Mohamad Nasir bin Hassan rasanya macam kenal tetapi tak perasan. Bagitu juga Kg. Guar Jumaat yang dipengerusikan oleh Encik Yusof bin Abdullah.

Aku cuba hubungi Mohamad Nasir panggilan terjawab rupa-rupanya si Nasir ini adalah saudara aku, duduk berjiran dengan rumah kakak sepupu aku di Kampung Sungai Ibor. Alhamdulillah jadi Pengerusi MKK dia. Selepas mengucap taniah dan nasihat serba sedikit. Rupa-rupanya Nasir ni merendahkan diri dan penuh keindahan dalam bercakap. Allah selamatkan Nasir dari Godaan Besar darimu.

Perbualan kami tidaklah panjang dan tidaklah terlalu ringkas, kami hanya tertumpu kepada pengenalan diri. Dalam cerita kami berdua terkenang pula kepada Ayahanda kesayangan yang kembali ke Rahmatullah pada bulan December 2003. Ayah adalah salah seorang Tok siak di Masjid Gurun ( Masjid di Pekan Atap ). Ayah akulah yang membunyikan gendang untuk menentukan waktu solat lima waktu, waktu berbuka puasa dan tamat waktu bersahor. Beratus liang lahat di kubur Gurun hasil tangan ayahanda. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Ayah dan Ibu aku dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Setelah selesai perbualan dengan Nasir aku cuba hubungi Encik Yusof bin Abdullah, rasa hati ingin berkenalan atau mengenali siapakah Yusof ini adakah teman sekolah atau Orang baru di Gurun, tetapi malang Telefon tidak diangkat. Insyaallah akan aku cuba lagi disuatu masa nanti.

Jumaat, 22 Mei 2009

ROMPIN FEST 2009 DATANG LAGI DIROMPIN






























Latihan Bola pantai untuk Acara Rompin FEST















Gerai Pameran dan Gerai Jualan sedang dipasang
















Kawasan Rompin Fest tahun 2009 yang dianggarkan lebih dari 20 ekar















Latihan sukan mempertahankan diri yang menjadi salah satu
acara pertandingan dalam Rompin FEST 2009








Kali ini rasanya ingin berihat untuk membincangkan tentang isu isu semasa. Cerita kali ini hanya sekadar positifnya pelancungan. Sempena cuti sekolah saya ingin menjemput saudara-saudara yang menjenguk blog ini datanglah ke Rompin Pahang. Pada 29hb. Mei 2009 hingga 7hb. Jun 2009 Majlis Daerah Rompin dengan kerjasama swasta mana pun tak tau ( malas nak ambil tahu ) akan mengadakan ROMPIN FEST 2009. Acara yang terpapar di kain rentang iklan ialah “ Forum Perdana , Persembahan artis setiap malam, Pertandingan memancing,Pertandingan karaoke dan pertandingan sukan-sukan lain. Dari lawatan yang dibuat ROMPIN FEST 2009 kawasannya lebih besar. Mungkin acaranya lebih besar dari tahun tahun sebelum ini.

Tempat penginapan untuk anda yang ingin datang tidak perlu menginap di Hotel Besar-besar disyorkan anda boleh menginap di Chalet-chelat sekitar Hotel D’Serai Lanjut Golf Resort. Anda boleh menginap di PN Chalet di Kampung Jawa, Rompin disitu suasana Pantai berhampiran sawah padi sewanya agak murah chalet-chalet di Rompin. Sebuah chalet yang boleh diisi seramai 5 hingga 6 orang tidak melebihi RM100.00 semalam.

Jika anda ingin berhibur pada malam di Rompin FEST dan siangnya untuk ketenangan dan damai anda dinasihati bermalam di dalam Taman Negeri Rompin/Endau jaraknya tidak melebihi 40km dari Tapak Rompin Fest 2009. Nasihat saya jika anda ingin bermalam di Taman Negeri Rompin/Endau dan malamnya ingin melawat Rompin Fest. Berhubunglah dengan pengusaha chalet tersebut dan lapurlah kepada mereka pergerakan anda dan balik anda ke chalet. Lebih mudah gunakan kenderaan pengusaha tersebut jika ingin keluar malam untuk ke ROMPIN FEST 2009. Apa-apa pun yang ingin ke Rompin, Pahang untuk melihat Rompin Fest 2009. Saya ingin mengucapkan SELAMAT DATANG KE ROMPIN dan jangan lupa membawa balik udang galah Rompin sebagai ole-ole untuk keluarga yang ditinggalkan

Bagi anda yang ingin membeli udang galah Rompin, gred yang diletakan oleh penduduk Rompin dan tahap sedapnya rasa udang tersebut pertama Udang Galah Sungai Rompin, kedua Udang Galah Sungai Pontian dan ketiga Udang Galah Sungai Endau. Yang pasti dari kefahaman saya udang galah sungai Endau mudah patah tengkok dan rasanya tidak semanis undang galah Sungai Rompin. Apa apa pun tepuk dada Tanya selera.



Jumaat, 15 Mei 2009

Dimana Perjuangan Kita









Kepada Pemimpin, Kepada Umat Islam, kepada Saudara aku, kepada jiran aku dan tidak ketinggalan diri aku sendiri. Sedarkah kamu akan perjuangan kamu yang telah lari dari perjuangan Rasulullah yg sebenar. Janganlah sesekali kamu berjuang di atas nama bangsa. Kerana Rasulullah SAW telah melarangnya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".

Begitu juga dengan kata-kata khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pada hari kedua beliau dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata, “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad SAW dan tiada kitab selepas al-Quran. Aku bukan penentu hukum malah aku adalah pelaksana hukum Allah SWT. Aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah SWT”. Beliau kemudian duduk dan menangis. "Alangkah besarnya ujian Allah SWT kepadaku", sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isterinya, “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” , beliau menjawab, “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah SWT dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan dan para fuqara’ kaum Muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah SAW’’. Isterinya juga turut mengalirkan air mata.

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWT berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Rabu, 13 Mei 2009

Pertandingan Raja Lawak di Mahkamah











Pada tahun 1999 mahkamah kita popular dengan gelaran 'kangaroo court' kerana sering menghidangkan skrip lawak dalam perbicaraan kes DS Anwar Ibrahim. Ini termasuk episod tilam yang diusung ke mahkamah setiap hari selama lebih sebulan, pindaan fakta pertuduhan sebanyak 3 kali dan sebagainya. Ketika itu bukan saja SATU MALAYSIA, tapi SATU DUNIA mentertawakan Malaysia.

Kini episod lawak itu hampir berulang lagi. Salah satunya ialah tempoh masa yang diambil dalam memutuskan kes perbicaraan DS Nizar lawan Zambry:

i) Nizar mengambil masa 3 bulan turun naik mahkamah sebelum MahkamahTinggi memutuskan beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

ii) Zambry pula hanya mengambil masa 3 jam sebelum Mahkamah Rayuan mengisytiharkan keputusan MahkamahTinggi itu ditangguhkan sementara.

iii) Dan kini kes rayuan Nizar untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu akan diputuskan pada hari Isnin depan. Bermakna ia mengambil masa 5 hari lagi sebelum keputusan dibuat.

Mahkamah mengambil keputusan yang lama sebelum membuat keputusan adalah satu perkara biasa. Lima hari, satu minggu, satu bulan, malah bertahun-tahun dibicarakan perkara biasa dan masyarakat boleh menerimanya. Ini kerana masyarakat sedar kes yang dibicarakan perlu dipertimbangkan dengan halus dan teliti demi menampakkan keadilan mahkamah.

Namun apabila dalam kes rayuan Zambry semalam yang hanya mengambil masa 3 jam untuk mahkamah membuat keputusan, ia sangat aneh. Ia cuma tidak dianggap aneh jika kita yakin mahkamah kita memang 'kangaroo court' atau mahkamah lawak. Namun mahkamah lawak sepatutnya hanya wujud dipentas lawak dan hakimnya pula sepatutnya ialah pelawak Nabil atau anggota kumpulan Senario yang tidak perlu memiliki ijazah undang-undang LLB.


Copy dan paste dari pendekar gunung

Selasa, 12 Mei 2009

Majlis Daerah Rompin Pinggirkan Peniaga Melayu































































Gambar 1 ( 4 buah gerai makan yang akan dirobohkan )
Gambar 2 ( Hentian teksi lama dijadikan kedai kereta terpakai )
Gambar 3 ( 5 buah kedai , kedai gunting rambut, kedai jahit dan kedai makan )
Gambar 4 ( Surat notis dari Majlis Daerah Rompin )

Dalam Pembangunan Pesat Bandar Rompin, Pahang. Majlis Daerah Rompin terlupa tentang peniaga kecil melayu yang hanya mengharapkan sesuap nasi untuk meneruskan perniagaan mereka. Tanpa memikirkan kemana arah tuju 10 orang peniaga kecil melayu yang merangkak untuk mencari sesuap nasi. Majlis Daerah Rompin lebih mementingkan Wang segera dengan menyerahkan tanah yang dimiliki kepada pemaju untuk mendirikan rumah kedai dengan harga RM500K keatas. Dengan memberi tanah kepada pemaju Majlis Daerah Rompin dapat duit segera, jika dikira Majlis akan mendapat RM 2 juta atau RM2.5 juta dengan rumah kedai 10 buah.

Dengan cara memajukan tanah bersama pemaju adakah Majlis Daerah Rompin dapat membantu Peniaga Kecil Bumiputera. Mampukah Peniaga Bumiputera dapat membeli kedai tersebut.

10 peniaga yang berniaga sebagai tukang jahit, kedai makan dan sebuah kedai menjual kereta terpakai dahulunya Hentian teksi dapat membeli rumah kedai yang akan dibina. Notis yang diberi yang berakhir Jun 2009 ( Lihat surat Notis yang diberikan diatas ) hanya 2 pemilik kedai yang mampu menyewa kedai lain itu pun kedai yang dibina oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung.

Dimanakah dasar dasar kerajaan untuk membantu peniaga melayu dalam perniagaan. Majlis Daerah Rompin lebih mementingkan perniagaaan Mee segera tanpa memikirkan percambahan peniaga melayu seiring dengan masyarakat lain dalam Bandar Rompin.

Dimanakah pemimpin Rompin , kita tidak boleh menentang arus pembangunan dan kemajuan , dalam mengejar kemajuan dan pembangunan kepentingan gulungan yang baru merangkak dalam perniagaan perlu mendapat pembelaan. Dimana Pemimpin politik yang dilantik sebagai Ahli Majlis yang berjanji ingin membela rakyat yang memerlukan. Jika ingin pembangunan kita jangan menghalau orang yang sedang bertakteh untuk mengejar pembangunan, berilah tempat untuk mereka meneruskan perniagaan sehingga mereka boleh berjalan.

Adakah mereka ini akan diberi kemudahan ,jika gerai Majlis yang baru didirikan. Dalam keadaan menunggu gerai baru apa yang harus dibuat oleh mereka yang diberi noits. Perkara seperti ini harus difikirkan oleh semua, kerana tanpa berfikir panjang Bandar Rompin akan kehilangan peniaga Melayu didalam Bandar.

Kita harus berfikir dan merenungi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Robaii bin Muawiz yang berbunyi “ Sesiapa Pemerintah ( Ketua ) yang memerintah rakyat muslimin lalu mati dalam keadaan menipu mereka itu balasannya tidak lain, melainkan Allah mengharamkan bau syura .“