MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 30 Jun 2009

BETULKAH DUN PERAK AKAN DIBUBARKAN.























Berita mulai tersebar bahawa dua ADUN (Bukan-PR) Perak akan menyokong PR dalam masa terdekat. Berikutan itu BN Perak telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam.

Namun, dua ADUN bebas tidak hadir dan tidak dapat dihubungi oleh BN. Desas-desus mengatakan, mungkin seorang dari mereka akan berpaling-tadah kepada PKR.

Maklumat yang baru diterima mengatakan BN sedang bersiap-sedia sama ada akan memohon perkenan Tuanku supaya DUN Perak dibubarkan.

Hah Pilihanraya lagi di Perak nampaknya. Jika berita angin ini benar barulah betul 1 Malaysia Rakyat diutamakan.

Biarlah cakap serupa bikin Kah Kah Kah

Apa apa pun semuanya pekerjaan dari yang esa.

Jumaat, 26 Jun 2009

FAUZI BIN ABDULLAH CALUN PAS MANEK URAI




































MANEK URAI LAMA, 27 Jun -
Teka teki siapakah calon PAS di Manek Urai akhirnya terjawab sudah. Pengumuman tersebut disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tepat jam 11.30 malam tadi, dekat sini. Keterangan lanjut klik peti Undi " Undilah PAS " disebelah


PELAJAR SEKOLAH AGAMA DIBELASAH


















Sebelum ini Pelajar sekolah Agama banyak berlaku di dalam Malaysia. Pada Mac 2004, Seorang Pelajar Tingkatan empat sekolah Agama di Seremban, Negeri Sembilan mati akibat mengalami kecederaan. Pada Fabruari 2009 seorang Pelajar mengalami pendarahan limpa di Kemaman Terangganu, Mac 2009 Klip vedio memaparkan pelajar dibuli Ola Dalat, Serawak. April 2009 Sekolah di Raub Sembilan pelajar membuli tiga pelajar. 24hb. Jun 2009 Seorang Pelajar, anak Peneroka di Buli disebuah Sekolah Agama di Rompin, Pahang.

Seorang Pelajar tingkatan tiga Mohd. Ashraf Abdul Aziz berumur 15 tahun, di belasah oleh pelajar senior sehingga pengsan didalam surau. Pelajar itu menganggung kesakitan seharian di Asrama. Petangnya barulah pihak sekolah menghantar beliau ke salah sebuah Klinik Swasta di Rompin untuk menerima rawatan. Kecederaan yang dihadapi oleh Ashraf lebam biru dibahagian belakang, pipi nya lebam dan calar akibat di belasah.

Selalunya bila kes mendera, belasah atau buli aku hanya membaca berita atau menonton dalam TV, Kali ini berlaku boleh dikatakan berhampiran rumah. kenapa, mengapa benda ini terjadi, adakah ia berpunca dari ibu bapa. Itu adalah sebahagiannya. Tetapi lebih nyata dan dapat dikesan perkara perkara ini bersebabkan.

1. Guru-guru sekolah Agama ditempatkan disatu-satu sekolah terlalu lama, guru tersebut tidak ada perubahan dan jumut dengan keadaan persekitaran.

2. Guru-guru yang ditempatkan disekolah Agama tidak ada pendedahan pembelajaran dan kursus.

3. Guru-guru yang mengajar di Sekolah Agama juga terdapat Guru berkelulusan SPM mengajar pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Dah berakar umbi di sekolah tersebut tidak ditukarkan kesekolah lain untuk pendedahan dan pembaharuan.

4. Kebanyakan Sekolah Agama, guru-guru membiarkan pelajar –pelajar bertindak sendiri untuk membuat sebarang program atau menyelesaikan masalah.

5. Sikap Warden yang tidak tinggal di Asrama.

6. Guru yang berjawatan Sambilan atau sementara berkhidmat terlalu lama.

Itulah masalah yang dihadapi di Sekolah yang berlaku Buli di Rompin. Diharap agar pihak yang terlibat dapat membuat sesuatu demi memertabatkan sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Agama.





Khamis, 25 Jun 2009

Michael Jackson kembali kerahmatullah


















LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted "King of Pop" who emerged from childhood superstardom to become the entertainment world's most influential singer and dancer before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.



























BAPA Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah.

AL-FATEHAH..

ALLAHUMMAGHFIRLAHU WARHAMHU HA'AAFIHI WA'FU'ANHU..

ALLAHUMMAJ'AL QAOBRAHU RAUWDHATAN MIN RIYAADHIL JANNAH...


PEMUDA PAS PAHANG SOKONG PR












Mohd. Fadzli bin Mohd. Ramly
Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Pahang.










Kuala Rompin – Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Menyokong penuh keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang menolak perbincangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO atau Barisan Nasional. Ketua Penerangan Mohd. Fadzli bin Mohd. Ramly berkata “ isu kerajaan perpaduan itu dimanipulasikan UMNO yang semakin terdesak bagi menarik semula kepercayaan kaum melayu terhadap parti itu.

Menurutnya isu itu memperlihatkan kepura-puraan UMNO kononnya untuk berkerjasama dalam membentuk kerajaan perpaduan. UMNO antarayang paling kecewa dengan keputusan PAS dan PR yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan bermacam-macam tohmahan termasuk mengatakan PAS penakut.

Malah UMNO tahmah kita mengatakan kita takut dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka beria-ria sangat hendak wujudkan kerajaan perpaduan. “ katanya.

Mohd. Fadzli percaya dengan keputusan itu juga melegakan semua pihak di peringkat akar umbi berikutan UMNO sengaja mahu melihat PR berpecah.

Keputusan ini sekali gus menyatupadukan semula Pas dan PR termasuk ahli dan penyokong PAS di peringkat bawahan hingga keatas.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan bergerak member penerangan dengan jelas dan difahami dengan itu rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana keikhlasan UMNO dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau menyifatkan BN hanya menjadikan PAS sebagai “TALIAN HAYAT” UMNO melalui penubuhan kerajaan perpaduan dengan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keikhlasan hati.

Bila mereka ( UMNO ) tersepit barulah mereka mahu berkerjasama dengan PAS, tetapi sejauh mana keikhlasan mereka itu boleh ditafsirkan.





UMNO Sedang Membuat post mortem kekalahan di PRK yang lalu bagi memastikan kemenangan bergaya di Manek Urai kah kah kah





















































Adakah ini Calun yang akan menentang PAS di Manek Urai
dari MSO blog

Rabu, 24 Jun 2009

SEMBAH DURHAKA DARI BN SELATAN SEMENANJUNG










NUSAJAYA: Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dengan Timur Johor kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari negeri ini ke negara jiran hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan.

Datuk Abdul Halim Suleiman (BNPuteri Wangsa) berkata sebuah negara tidak sepatutnya mempunyai terlalu banyak pintu keluar masuk ke negara jiran kerana menyukarkan kawalan keselamatan hingga boleh menjejaskan ketenteraman rakyat.

"Saya menyokong pembinaan jambatan ini kerana banyak manfaatnya daripada segi ekonomi. Tetapi, kerajaan perlu berfikir panjang dengan mengadakan rundingan pelbagai pihak terutama sekali Sultan Johor sebelum meneruskan pembinaannya," katanya dalam perbahasan usul menjunjung titah ucapan Sultan Johor pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ketika menyampaikan titah perasmian Sultan Johor, Sultan Iskandar menyatakan bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor seperti diumumkan kerajaan bulan lalu.

Beliau berkata perkara yang turut perlu difikirkan kerajaan untuk membina jambatan tersebut adalah bagaimana kapal dagang hendak berlabuh di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.

"Ini semua muslihat yang perlu difikirkan demi kepentingan generasi masa depan. Saya tidak mahu generasi masa depan menyalahkan kita atas apa yang berlaku," tegasnya. BERNAMA

Isnin, 22 Jun 2009

KALAU BERANI SAHUTLAH CABARAN

KENYATAAN MEDIA


MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


ANWAR IBRAHIM DATO’ ABDUL HADI AWANG LIM KIT SIANG

Ahad, 21 Jun 2009

PERASMIAN KELAB PENYOKONG PAS, PERINGKAT NEGERI PAHANG

















Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz dato` Tuan Ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz Dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah ba


Baginda Nabi Muhammad s.a.w.?

Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslimkepadanya.

Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Masya Allah, selepas Ustaz Dato` Tuan Ibrahim memberithahu didalam ceramahnya saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.

Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.

Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.

Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.

Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah al-Nasr (Kemenangan)

-http://dupahang.wordpress.com

Sabtu, 20 Jun 2009

MCA NAK BINCANG DENGAN DAP, PULAK DAH





















Menurut Soi Lek, MCA bersikap terbuka terhadap usaha pemimpin Melayu atau Cina yang duduk berbincang mencari jalan menstabilkan perpaduan rakyat dan ekonomi negara. Oleh itu dalam masa yang sama kita (MCA) pun boleh jumpa Pas, jumpa DAP.

Bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang sedang dicanang antara Pas dan Umno, Soi Lek beranggapan perbincangan tersebut tidak seharusnya terhad kepada kepentingan Melayu semata-mata, ia wajar untuk kepentingan bukan Melayu juga sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata MCA tetap yakin dengan keupayaan PM, Najib yang mahu melihat konsep 1Malaysia dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat, pelbagai kaum.

Oleh itu, MCA percaya UMNO tidak mungkin membentuk satu kerajaan bersama Pas dan membiarkan parti kaum Cina menjadi pembangkang.

Sumber dari kedahLanie

Dan UMNO dah Rebah layari http://nasilemakbungkus.blogspot.com/

Jumaat, 19 Jun 2009

ISU KERAJAAN PERPADUAN, ISU BESAR UMNO/BN DI MANEK URAI





















DAH AGAK DAH, ITULAH POLITIK UMNO/BN BILA ADA PELUANG, MEREKA AKAN GUNAKAN. ISU KERAJAAN PERPADUAN ADALAH ISU BESAR MEREKA UNTUK MEMANCING UNDI. PAS HARUS BERTINDAK. MEREKA CAKAP LAIN BUAT LAIN. TIMBALAN PERDANA MENTERI DAH MULA MEMBAWA ISU KERAJAAN PERPADUAN DI MANEK URAI. SIAPA SALAH " ITULAH CAKAP ORANG TUA TAK NAK DENGAR ".

Kenyataan yang akan menggigit jari.

Difahamkan bahawa 1 delegasi Pusat yang diketuai oleh Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah berjumpa TGNA pada pagi tadi hari ini. Alhamdulillah, nampaknya TGNA nampak 'sejuk' setelah selesainya pertemuan itu di Kota Bharu.

Dan dijangkakan beberapa perjumpaan juga akan dibuat oleh pimpinan yg akan didahului oleh Dato' Harun Din dan TGNA pada malam ini. Manakala esok TGNA akan mengadakan perjumpaan dengan Ayah Chik serta Ustaz Nasha.

Albanjari Online mengharapkan sesi-sesi perjumpaan yg dibuat pada hari ini dan juga esok diharap dapat membuka ruang penyelsaian dan isu UG dapat ditutup dari terus membarah khususnya di kalangan jamaah dan bukan jamaah yg telah keliru bagaimana isu besar ini dimainkan oleh pemedia-pemedia dan berniat jahat, dengan tujuan untuk memecah belahkan PAS./ Albanjari



DIMANA NASARUDDIN MENGHILANG






















DIMANA NASARUDDIN BIN MD ISA MENGHILANGKAN DIRI, SEBAGAI ORANG MUDA PERGILAH BERJUMPA TUAN GURU NIK AZIZ, BERJUMPA DAN MEMOHON MAAF, JIKA TUAN GURU YANG SALAH MAAFKAN. JANGAN SAMPAI ORANG BACHOK MARAH. BUANG YANG KEROH AMBIL YANG JERNIH.

Rabu, 17 Jun 2009

ADAKAH TUAN GURU NIK AZIZ AKAN MELETAKKAN JAWATAN MENTERI BESAR KELANTAN















Fasa 1:


“Malaysiakini jarang bohong!” demikian komen seorang bloger melalui SMS kepada saya apabila saya melepas senak kepala dan sesak nafas apabila membaca berita dalam Malaysiakini 17 Jun 2009, jam 11.14 pagi tentang press conference Dato’ Mustafa Ali kata tentang Kerajaan Perpaduan mesti libatkan DAP dan PKR.

Saya telah SMS kepada semua pemimpin Pas, AJK, Menteri Besar dan ahli semampu yang saya dapat nombor telefon. Saya tulis begini:

“Jika betul berita Malaysiakini, Mustafa Ali kata libatkan sama PKR,DAP dalam Kerajaan Perpaduan , ertinya Pas nak juga berpadu dengan Umno? Cis! Tahi kucing lebih wangi” -Azizi Hj Abdullah.

Saya dapat jawapan. Di bawah saya perturunkan komen mereka:

1. ‘Ustaz Hadi lantik Cikgu Pa bukan nak menangi hati rakyat, tapi nak jadi ayam tambatan hadapi Nik Aziz. Apa punya visi pemimpin Pas sorang ni? Ahli jadi pening. Terasa sangat kehilangan Ustaz Fadzil Nor.”’1:26 ptg.

2. “Ana rasa maklumat Malaysiakini pun jangan dipercayai penuh. Fitnah ke atas PAS n PR yang akan datang lebih dahsyat. Umno-BN berhempas pulas nak wujudkan supaya PR hancur. Baru depa puas.”-1:29 ptg.

3.’Harap baca Berita Harian muka depan. Pelag punya Pas.’ 1:08 ptg

4. Jarum Halus Umno sudah jalan- jaga-jaga.’-2:02 ptg.

5.Betul Dato’ Pa buat PC tanpa consult naib-baib presiden.’ 2:39 ptg.

6. ‘Aku tak faham sesetengah sikap pemimpin. Lagi pun kita tidak dapat maklumat tepat. Surat khabar semua pro Umno. Nanti laporan Harakah dan Keadilan.’-1:13 ptg.

7. ‘Nanti nak baca dulu, tak buka internet lagi kalau betul memang karut betul.’ 2:28

8. ‘Silat pulut saja.’-1:15 ptg.
9.’ Pas akan hancur selagi ada Hadi, Nasha dan Pa Ali. Puak-puak ni jugalah yang hancurkan kerajaan Pas Terengganu…mangkok hayun semua tu. Pakat-pakat gila kuasa.’ 1:16 ptg

10. ‘Cakap kat Mustapa Ali, hebah kepada seluruh negara saya teringin nak jadi menteri. Habis cerita. Kita boleh buka buku baru tentang puak-puak yang kelihatan begitu laparkan pangkat ni. Dan jangan teruskan semua lagak dan perangai Mustapa Ali dan kroni ni. Sekarang pun dah timbul rasa was-was dan pelbagai fitnah. Boleh kalah Manik Urai.”

Catatan: Semalam jumpa Khalil Idham Lim, solat maghrib di surau saya. Katanya, ada perentah tertinggi, orang lain dari Kelantan tak boleh kempen di Manik Urai. Takut cakap lain dari loghat Kelantan, orang Manik Urai tak faham.

11. ‘Bagus cakap macam tu. Puak-puak ni lapar nak jadi menteri.’ 1:15 ptg.

12. ‘Ingat kot orang Kelantan saja yang meluat, rupa-rupanya orang Kedah juga serupa,’ 1:26

Fasa II:

Kerana saya bukan Subky Latif, saya tak mampu ingat tarikhnya. Tapi saya masih ingat peristiwa. Satu hari saya membawa Almarhum Tn.Hj Yusuf Rawa, Presiden Pas ketika itu hendak solat Jumaat di Masjid USM. Saya tak buka pintu kereta ketika beliau hendak turun. Dengan berseloroh beliau buat-buat marah kepada saya:
‘Bukalah pintu . Perdana Menteri ni nak turun!’ katanya dengan ketawa.

Saya berkata; ‘ Maaf ustaz, saya tak suka Pas menang. Biar macam ini pun cukup.’

Hj.Yusuf Rawa marah. Katanya: ‘Awat, hang pikiak Islam ni hak Pas sajakah?’ (Ketika itu pun ada ura-ura tentang perpaduan macam inilah)
Saya jelaskan, saya mahu jihad orang Pas berterusan dan berkobar-kobar. Kalau menang, kita tak mahu berjihad lagi, asyik rebut kuasa nak jadi pemimpin.

Fasa III:

Memang media menjadi kesangsian kita hendak percaya jika ada laporan dari Pas. Tapi jika di antara kita yang meneliti laporan media, seperti kata pengulas salah seorang bloger kepada saya, Malaysiakini agak boleh diterima.
Soalnya seperti yang saya pernah tulis dulu. Pemimpin Pas, lambat sua mikrofon, ada-ada saja nak buat kenyataan. Adakah kenyataan Mustafa Ali tentang Kerajaan Perpaduan ini dikilas atau tak betul. Kalau tak betul bacam mana berita ini boleh keluar dan dari kenyataannya juga?
Mustafa Ali pernah beri amaran, soal Kerajaan Perpaduan jangan ditimbul lagi sebelum Manik Urai selesai. Tiba-tiba beliau yang gatal mulut.

Kita bukan menentang perpaduan. Tidak. Tapi sejarah dan pengalaman sudah mengajar kita. Apapun buatlah keputusan secara berjemaah, bukan seorang, bukan dua orang. Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama.

Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai.

Dengar khabar, kerana angkara ini Pas mungkin mengadakan Muktamar Khas. Bayangkan kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru.

Perpaduan memang bagus tetapi apa yang digila-gilakan oleh kumpulan ‘G7’ ini tidak mengikuti dasar. Lakukanlah kalau dasar begitu dan lakukanlah jika keputusan berdasarkan dasar Pas.

Memang tidak ada apa-apa kenyataan akhbar itu. Tapi bacaan politik lain. Disebalik itu ada sesuatu dan yang jelas Mustafa telah termakan puji bajak wangkang Perdana Menteri yang mengatakan niat Pas ikhlas.

Kita sebenarnya masih bangang dalam helah politik. Kononnya kerana Islam itu baik, telus, tidak dendam, baik sangka, pemaaf, berpadu, maka kita boleh buat apa saja kerana kita ini Islam.

Betulkah? Yang betul ialah bagi mereka yang tidak mahu Islam, melakukan sesuatu yang tidak Islamik dan yang tak betul ialah kita yang mahukan Islam, tetapi tidak Islamik.

Kita selalu membuat ukuran dalam politik mestilah ulama maka atas nama ini ditekanlah pula mesti kena walak. Walhal berapa ramai pemimpin yang tidak ulama, tidak Islam yang melakukan kerja politiknya lebih dari ulama.

Yang penting dalam politik ialah cerdik, bervisi, berwawasan manakala agamanya yang penting ialah mengawal visi, wawasan dan cerdiknya, diperkuat dengan kealimannya dan kewarakannya. Bukan kealiman dan keulamakan tetapi tidak punya wawasan, cerdik dan pintar.


Sekarang berlaku satu fenomena tradisi, iaitu apabila soal-soal kepincangan dalam Pas selalunya pemimpin menyalahkan media. Di pujuk ahli-ahli bawahan, jangan percaya media. Media musuh kita. Tetapi dalam masa yang sama beberapa hal yang berlaku, yang boleh melemahkan perjuangan dan semangat ahli dilakukan oleh mereka yang berpesan kena berhati-hati dengan media jugalah..

Jangan percaya kepada mediakah, kalau pihak atasan panggil media buat kenyataan. Jangan percaya kepada mediakah, kalau ada pemimpin yang sengaja tarik tangan repoter, minta siarkan kenyataan mereka? Tak percaya kepada media lagikah, kalau ada pemimpin yang syok nak jengol muka dalam TV walaupun ruangan itu perangkap atau menjeratkan mereka?

Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan kepusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.

Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin ( bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?

Ditakdirkan jika diseret sama PKR dan DAP, redakah Pas dengan hati telus mulus, mardhotillah melihat Dato’ Sri Anuar Ibrahim jadi TPM, Karpal Sing jadi Ketua Hakim Negara, Lim Kit Siang jadi Menteri Undang-undang. Ketika itu Pas akan berontak lagi. Ketika itu tentu ayat Qur`an tentang amanah, zalim dan munafik terus di baca.

Mahukah dan relakah pula dengan hati yang bersih, atas nama berjuang kerana Allah, Setiausaha Agung Pas akan jadi Setiausaha Agung Kerajaan Perpaduan manakala yang lain menjadi timbalan menteri? Atau bermimpikah Presiden Pas akan menjadi Perdana Menteri?

Hua...hua...hua....demikian ketawa Etong dalam Wayang Kulit Asun.

Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.


Perkembangan terakhir yang kita dapat tahu, alangkah kecewannya sebanyak 8 cawangan di Perak yang hendak menyerah borang keahlian Pas, ditangguh kerana ‘Chaos’ kerana pengamal ‘Chaosophy’ kerana ‘Criminalis Perfectus’ yang membawa kepada ‘Ekstasi’ dan akhirnya menuju kepada konsep ‘Libodo politik’.

Tuhanku, maafkan hambaMu jika pemikiran ini salah.



Kali ini saya malas nak bercerita dan mengetuk panjang hanya copy dan paste dari block saudara Azizi bin Abdullah untuk renungan semua.