MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 25 Ogos 2009

APAKAH INI PENDERITAAN CALUN PKR DALAM MENERAJUI KEPIMPINAN . APAKAH PERLU PAS, DAP DAN PKR MENJADI SATU PARTI ?


Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.
Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".
Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.
Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!
Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.
Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.
Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.
Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.
Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).
Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.
Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.
Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.
Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, insyallah!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009


KOMEN SAYA SETUJU DENGAN YB.

parti melayu yang terdapat dalam Malaysia yang saya iktiraf adalah UMNO dan PAS, jika kita hayati perjuangan antara umno dan pas, parti inilah yang harus dikekalkan dalam Malaysia, jika si A membuat kesalahan menyimpang si B harus menegur. demi kita katakan perjuangan melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Cuma percanggahan pendapat yang nyata antara PAS dan UMNO tentang menegakkan Islam, masing-masing mengaku merekalah yang membela Islam, Malangnya masing-masing angkuh bersebab, Jika UMNO dan PAS menuju kearah yang sama dirasakan Islam dan Melayu menuju kearah cemerlang dalamsegala segi. Tapi apakan daya semut-semut yang menulis blog hanyalah satu luahan untuk melepaskan sebak didada mengenangkan nasib anak bangsa akan datang. maaf jika komen ini tidak menyenangkan sebahagian pihak yang berkepentingan, sebagai contoh lompat melompat parti biarlah bersopan jangan rosakkan kepimpinan yang sedia ada jika pentadbiran tersebut masih segar dan berhemah. Apa apa pun seperti komen yang lalu UMNO/PKR bukan UMNO/BN perubahan dan lompat melompat tetap berlaku antara mereka. Bagi PAS ahli dan wakilnya tetap utuh kecuali perubahan dalam UMNO sebagai kerajaan perlu dibuat demi menyatukan melayu UMNO dan Melayu PAS. Beralah tidak semestinya gagal, berlembut tidak semestinya lemah, berubah tidak semestinya bacul dan mengikut tidak semestinya pak turut.
Terima kasih dan maaf.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan