MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 30 Julai 2009

ADUN PERMATANG PASIR PP ( PAS ) Meninggal


ADUN N 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang, Hamdan Abdul Rahman, 60 (foto) telah kembali ke Rahmatullah di Institiut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini, demikian menurut dua SMS yang mengkhabarkan berita itu kepada saya.

Jenazah akan dibawa ke pulang ke kawasannya dan dijangka dikebumikan lewat petang ini.

Dalam pilihan raya lalu Hamdah berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon UBN Ahmad Sahar Shuib.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun tahun 1999. Tahun 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal Pas dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Rabu, 29 Julai 2009

ULAMA HARI INI MEMBERI LEBIH TUMPUAN HANYA SOAL REMEH.



KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ulama hari ini memberi lebih banyak tumpuan kepada isu-isu remeh berkaitan individu berbanding masyarakat, sekaligus membantutkan kemajuan dunia Muslim, kata Ketua Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (Ikim) Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Beliau berkata daripada memberi tumpuan kepada fardhu kifayah, ulama ini sebaliknya menghadkan pandangan mereka kepada fardhu ain, atau memberi tumpuan kepada "apa yang perlu dibuat dan yang dilarang" oleh kaum Muslim.
"Dalam dunia Muslim, apa yang dibangkitkan mereka ialah isu yang tidak penting, isu pakaian, apa itu pakaian Islam, dan kemudian muncul banyak pihak yang beritahu macam-macam mengenai apa yang perlu dipakai, dan apa itu kod pakaian Islam mengikut pandangan mereka.

"Ini bukan isu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, ia akan menguntungkan sesetengah individu sekiranya anda ingin memakai pakaian ini. Ia sebenarnya terpulang kepada individu, jika tidak mahu berpakaian begini juga ia terpulang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai "Umat Islam dan Ruang Ilmu Abad ke-21: Isu, Prospek dan Cabaran" di sini.
"Jangan salah anggap, saya bukan katakan yang fardu ain tidak penting; kedua-duanya fardhu ain dan kifayah adalah penting, tapi fardhu ain lebih berupa individu," katanya.

Beliau berkata dari satu sudut, pandangan sempit ulama ini turut melahirkan kumpulan ekstrem dalam masyarakat.
"Mereka (ekstrem) terpukau oleh simbol-simbol seperti McDonalds, k-Mart, Disneyland, internet...semua ini adalah simbol, simbol teknologi dari barat, dan mereka diberitahu yang ini tidak boleh, ini tidak baik, perlu ditampilkan yang Islam.
"Hasilnya muncul kumpulan dalam masyarakat yang mendengar kata-kata ulama ini, yang menjadi ekstrem, dan mereka inilah yang membangkitkan masalah, yang membunuh orang, mereka inilah pengganas. Mereka dipukau oleh simbol-simbol, mereka berjuang menentang simbol dan melupakan asasnya," katanya.

Syed Ali juga berpendapat bahawa pemimpin politik mengabaikan ulama sebenar, manakala barat mempergunakan sepenuhnya pengetahuan ulama sebenar ini.
"Contohnya di mana pemenang hadiah Nobel untuk fizik ketika ini? Dia berada di University of California, dia seorang Muslim dari Mesir, tapi mereka (Mesir) tidak mempedulikannya, sebab itu dia ke sana," katanya.
"Barat bergantung kepada Muslim. Barat sering bergantung kepada dunia Muslim, dan mereka masih bergantung kepada Muslim sekarang ini. Sekiranya Muslim ingin maju, mereka perlu bergantung kepada ulama sebenar ini," tambahnya.

Beliau berkata ketika ini ulama dilihat bergantung kepada pemimpin politik sebelum memberikan pendapat.
"Mereka tidak seharusnya merujuk kepada pemimpin politik, sebaliknya pemimpin-pemimpin politik ini yang perlu merujuk kepada ulama... ulama sebenar. Pemimpin politik seharusnya mendapatkan nasihat daripada para ulama, bukan sebaliknya," .




Selasa, 28 Julai 2009

BERNAS OOO BERNAS DIMANA KAU BERAS.


Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot
KUALA LUMPUR: Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).



Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas. Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.
Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.
Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.
Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.
Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.
Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,
"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.
Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.

Dipetik dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20090728232838/Article/index_html

LEPAS CERITA PANAS POLITIK, CERITA SEDIH KEMATIAN DAN KECURIAN KINI KITA CERITA KAWIN. JOHAN RAJALAWAK DAH KAWIN


Tidak ada berita yang agar panas nak dimuatkan, tidak ada cerita setempat nak diceritakan disini dipaparkan cerita Johan Raja lawak dah kawin.

PASANGAN kekasih ini memang tidak lekang dengan pelbagai cerita yang kurang enak. 'Kemesraan' yang sering ditunjukkan oleh Johan Raja Lawak, 25, dan pelakon Ozlyn Wati, 28, di hadapan khalayak adakalanya kurang disenangi oleh banyak pihak.Namun, baik Johan mahupun Ozlyn, walau dilihat cukup 'mesra', mereka akui masih tahu batas-batasnya. Dan kerana tidak mahu masyarakat terus mengecam, mereka merasakan ikatan perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mengakhiri kata-kata negatif itu.

Akhirnya, dengan sekali lafaz, Johan dan Ozlyn sah bergelar suami isteri pada 25 Julai lalu di Masjid Lembah Jaya, Ampang. Majlis pernikahan tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak."Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk berkahwin...sebelum timbulnya segala kontroversi itu. Tetapi, kesibukan nampaknya membataskan perancangan itu.

"Kami kemudiannya rancang untuk bernikah pada 13 Jun lalu, bersamaan dengan hari lahir Johan dan adakan majlis persandingan pada hari lahir saya pula iaitu 22 September.

"Tetapi sekali lagi, masa nampaknya tidak sesuai. Akhirnya kami nekad memilih tarikh 25 Julai lalu untuk bernikah dan mengadakan resepsi pada 26 September pula. "Alhamdulilah, majlis pernikahan berjalan lancar. Saya berharap, selepas ini tidak lagi ada kisah kontroversi yang akan singgah pada kami," kata Ozlyn dalam nada ceria.

Pada majlis yang menyaksikan pasangan tersebut mengenakan busana ala-padang pasir itu, Ozlyn menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Ozlyn juga berkata, dia berharap tidak ada pihak yang berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis pernikahan mereka tempoh hari di atas faktor-faktor tertentu."Ahli keluarga saya dan Johan cukup besar. Memandangkan kami hanya bernikah secara kecil-kecilan di masjid, jadi kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat saja."Malah, ada juga saudara-mara yang tidak sempat kami undang. Begitu juga dengan pihak media. Insya-allah, majlis resepsi yang akan menyusul selepas hari raya nanti, saya akan mengundang rakan-rakan artis, saudara-mara dan media.

"Apa yang menariknya, saya juga akan adakan rumah terbuka sempena raya pada resepsi itu nanti. Ala-ala konsep 2 dalam 1."Dan pada majlis itu nanti, saya akan mengundang tetamu 'istimewa'. Tunggulah nanti," kata Ozlyn yang akui tertarik dengan sikap Johan yang tidak hipokrit. Ditanya tentang kehidupannya sebagai isteri kini, tutur Ozlyn, dia akui tidak ada apa yang berubah kerana masing-masing masih meneruskan karier sendiri. Namun, ujar Ozlyn, dia tidak menafikan wujudnya perasaan kekok apatah lagi baru menjadi isteri selama empat hari.

"Sekarang ini masih kelam-kabut, baru nak cuba serasikan diri sebagai suami isteri. Saya pun masih belum sempat memasak untuk suami kerana selepas bernikah, kami sudah kembali sibuk dengan kerja masing-masing."Kalau saya tidak ada 'shooting' pun, saya akan ikut dia ke lokasi. Begitu juga dengan Johan. Sebab itu sehingga sekarang pun kami masih belum fikir destinasi berbulan madu."Tengoklah, mungkin selepas raya nanti baru akan kami fikirkan tentang berbulan madu," kata Ozlyn yang pernah dilanda gosip mengatakan dirinya pernah berkahwin sebelum ini. dari mstar



Sabtu, 25 Julai 2009

DUA BERITA SEDIH. DARI DIA KITA DATANG KEPADA DIA KITA KEMBALI




RUMAH MAWI DI FELDA TAIB ANDAK KECURIAN

JOHOR BARU:Empat perompak telah memecah masuk rumah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi di Felda Taib Andak, Kulai Jaya pada pukul empat pagi semalam.Dalam operasi susulan, pihak polis telah menembak mati dua suspek lelaki Indonesia manakala dua orang suspek lagi berjaya melarikan diri.Ibu Mawi, kakak, abang ipar dan lima ahli keluarganya sedang tidur ketika rumah mereka diceroboh.Perompak-perompak tersebut berjaya melarikan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas.Salah seorang ahli keluarga yang sedar akan kejadian itu telah menelefon pihak polis.Polis berjaya mengesan suspek tersebut di sebuah ladang kelapa sawit yang berdekatan kira-kira 5km dari rumah Mawi.Perompak tersebut keluar dari kenderaan mereka dan menyerang pihak polis menggunakan parang.Pihak polis terpaksa menembak mati dua suspek untuk mempertahankan diri, manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

PENGARAH TERKENAL YASMIN AHMAD KEMBALI KERAHMATULLAH

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

SIAPA YASMIN AHMAD

Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK

Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER

Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH

* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN

1975 Naib Johan, Bintang RTM '75

2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur

2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)

2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)

2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo

2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands

2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)

2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta

2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57

2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN

Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT

Keluarga;Bapa - Ahmad HashimIbu - Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;

2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura

2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi

2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali

2005 Sepet, Festival Filem San Francisco

2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona

2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis

2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57

2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia... Ke Arah Mana Sinema Malaysia

2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie's)

2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece

2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58

BLOG RASMI YASMIN AHMAD

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/




PULAK DAH MIC PULA BUAT HAL !


PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Ia diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.

Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR."Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya.

"Keputusan muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau ketika ditemui wartawan sambil menambah bahawa "keputusan mereka tidak dipengaruhi semangat adik-beradik."Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa.

Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC hari ini.Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru.

Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan.

MENYUSUL?

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama."

"Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar.



Berita mstar