MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 31 Oktober 2009

IBU TUNGGAL TERBELA - EXCO WANITA KELANTAN PUAN WAN UBAIDAH OMAR


Golongan ibu tunggal yang perlu dibantu hendaklah diletakkan di bawah satu kategori khas supaya golongan lelaki tidak mengahwini mereka semata-mata untuk "mencukupkan kuota poligami", kata seorang pemimpin pertubuhan Islam.

Setiausaha agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang menyarankan demikian sebagai mengulas kenyataan exco wanita Kelantan, Wan Ubaidah Omar supaya wakil rakyat yang mengahwini ibu tunggal sebagai isteri tambahan diberi "anugerah."

Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN kelmarin bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.

Mengulas lanjut, Musa berkata pewujudan kategori tersebut akan dapat memastikan golongan ibu tunggal dibantu melalui poligami.

"Pertama kena tengok kalau ibu tunggal itu tidak bekerja atau sekiranya dia ada ramai anak yang perlu dibesarkan.


"Jadi mungkin kita boleh letakkan kategori itu untuk ibu tunggal, contohnya, yang berpendapatan rendah dan juga anak yang ramai, hingga lima orang anak.

"Inilah kategori yang perlu dibantu," katanya


Dianjurkan agama

"Kalau yang cantik, yang tak ada anak dan yang ada pekerjaan bergaji besar, itu sudah kategori lain," tambahnya.

Pendekatan itu, katanya, akan membolehkan masyarakat menghayati amalan Nabi Muhammad yang berkahwin dengan ibu tunggal.

"Antara semua orang isteri nabi, hanya Siti Aisyah seorang yang anak dara. Yang lain kesemuanya ibu tunggal, kebanyakannya yang kehilangan suami akibat perang," katanya lagi.

Sementara itu, ketua setiausaha Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) juga menyambut baik saranan itu dan berkata amalan berkenaan sememangnya dianjurkan oleh Islam.

"Memandangkan poligami amat biasa di Kelantan berbanding negeri lain di Semenanjung... Ini bukan sesuatu yang memeranjatkan," kata Mohamad Raimi.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan amalan tersebut perlu diberi perhatian dan perancangan khusus.

"Pasangan tersebut perlulah mendaftarkan perkahwinan dan walaupun ia sampai ke peringkat di mana pasangan itu perlu bercerai... ia mesti diselia," katanya lagi.

Jadi calon isteri

Menurutnya lagi, ia untuk memastikan poligami diamalkan dengan adil dan saksama kepada semua pihak.

Kebajikan ibu tunggal itu juga, katanya, mesti dipastikan walaupun mereka tidak dikahwini.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin juga mengalu-alukan cadangan tersebut dan menambah langkah itu sememangnya selari dengan ajaran Islam.

"Mula-mula mungkin orang akan hairan kerana penyelesaian yang dianjurkan ialah poligami, tetapi saya boleh faham sebab di sebalik cadangan ini," katanya kepada Malaysiakini.

"Jika seorang lelaki ingin ambil seorang lagi isteri mengikut cara ini mungkin boleh dijalankan dan ia patut dipertimbang kerana jika seseorang ingin mengamalkan poligami, ia sepatutnya memberi keuntungan kepada seseorang," katanya.

Bagaimanapun, Zaid menambah keprihatinan terhadap kebajikan ibu tunggal ini tidak hanya perlu setakat menjadikan mereka isteri kedua, ketiga atau keempat tapi mereka perlu juga dipertimbang oleh lelaki yang baru hendak berkahwin.

Khamis, 29 Oktober 2009

LOMPAT SIKATAK LOMPAT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkandirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Beliau berkata keputusannya keluar dari PKR itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

"Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri. "Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang kerana beliau dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata tindakan keluar PKR dan menjadi Adun bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping dapat mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata setakat ini beliau belum memikirkannya.

"Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang. "Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang," katanya. Badrul Hisham berkata keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolaholah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain. Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai Adun kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah. "Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya. "Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR," katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009.





Selasa, 20 Oktober 2009

PEMANGKU SULTAN KELANTAN TANYA ROYALTI PETROLEUM NEGERI KELANTAN



Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.
Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.
"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usahausaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.
Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.
"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.
"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan Pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.
Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.
Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.
Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA

tak dapat nak buat apa

masalah internet

Sabtu, 10 Oktober 2009

TUHAN MENENTUKAN SEGALA-GALANYA



BAGAN PINANG, 11 Okt - Hari ini 9,060 pengundi di Bagan Pinang akan menentukan wakil rakyat mereka yang baru. Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar. Suasana mendung dan hujan renyai sesekali, menjadikan suasana agak sejuk dan becak.

Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dalam UPU Bagan Pinang kelihatan bergerak lancar dengan bantuan anggota polis trafik. Seawal jam 7.30 pagi, para petugas kedua-dua parti bertanding telah mengambil tempat masing-masing untuk merayu undi.


Kehadiran petugas yang ramai memeriahkan lagi proses merayu undi. Pelbagai cara digunakan bagi memancing undi. Pelbagai gelagat para perayu undi kedua-dua belah parti menjadikan suasana hangat sekali sekala.


Kelihatan penyokong Umno menggunakan sorakan dan mengata untuk menaikkan semangat disamping menyanyikan lagu patriotik. Sementara penyokong PAS pula yang tidak mahu terikut-ikut dengan permainan BN mengalunkan selawat dan zikir.


UPU Bagan Pinang adalah UPU yang paling ramai pengundi iaitu seramai 2,412 pengundi di empat saluran. Ini menjadikan tempat mengundi ini adalah paling sibuk.


Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson bagi pengundi UPU Taman Eastern agak tenang dan lalu-lintas berjalan lancar.


Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson bagi UPU Si Rusa. Tinjauan awal pagi sehingga jam 9.30 pagi menyaksikan suasana kempen dan mengundi berjalan dalam keadaan yang terkawal dan tenang. Suasana mendung dan hujan renyai nampaknya membantu meredakan sedikit kehangatan hari mengundi.


komen

Allah menentukan segala-galanya, berusaha, tawakal dan yakin Insyaallah kejayaan menanti, kerahmatan Rakyat menjelma kelak. ................................ AMIN




Jumaat, 9 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA PAS CAWANGAN SUNGAI PUTERI ROMPIN, PAHANG




JEMPUTAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 2009
&
JAMUAN RAKYAT
PAS CAWANGAN SUNGAI PUTERI
TARIKH : 11 OKTOBER 2009 ( AHAD )
MASA : 1.30PTG HINGGA 5.00PTG
TEMPAT : PERKARANGAN PASTI AT TAQWA SUNGAI PUTERI
NO. A-2 PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH, SUNGAI PUTERI, KUALA ROMPIN.

SEMUA DIJEMPUT HADIR
PAS FOR ALL

PAS GESA SPR HENTIKAN UNDIAN POS, PERATURAN 14A PILIHAN RAYA ADA KAITAN



PORT DICKSON: Setelah usaha untuk menangguhkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang gagal, PAS hari ini menggesa supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghentikan proses pengundian pos bagi mengelakkan keseluruhan pilihan tersebut terbatal.

PAS mendakwa SPR telah melanggari Peraturan 14A Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) Peraturan 1981, apabila menggunakan daftar pemilih yang berbeza di antara daftar pemilih yang diberikan kepada calon pada hari penamaan dan daftar pemilih yang digunakan di hari pembuangan undi pos.

"Semasa pengundian pos semalam, kita dapati SPR tidak menggunakan daftar pemilih yang sama semasa proses penamaan calon.

"Tindakan tersebut bertentangan dengan Peraturan 14A Pilihanraya dan kegagalan untuk mengikuti peraturan ini akan menyebabkan pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang terbatal," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun Salahuddin berkata proses pengundian awam pada Ahad ini boleh diteruskan seperti yang dijadualkan.

"SPR sebagai pelaksana pilihan raya wajib menghentikan semua proses yang terdapat dalam pengundian pos dengan segera dan meneruskan pengundian awam pada 11 haribulan ini seperti yang telah dijadualkan.

"Jika proses undian pos ini tidak dihentikan, maka keseluruhan pilihan raya kecil Bagan Pinang boleh terbatal dan menyebabkan pembaziran wang rakyat," katanya.

Proses pengundian pos melibatkan anggota keselamatan iaitu tentera dan polis telah bermula semalam.

Anggota tentera mengundi di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa manakala anggota polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Port Dickson.

Sehingga semalam seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem telah keluar mengundi manakala pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama.

Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.


Petikan Mystar

Khamis, 8 Oktober 2009

UNDI UMNO/BN DAPAT BALA


YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah beliau sebentar tadi di sini menggesa pengundi Bagan Pinang menolak Umno-BN. Kerajaan BN yang ada sekarang bukanlah sebuah kerajaan yang berteraskan Islam yang sebenar. Mengimbau kembali 19 tahun dahulu apabila Pas memerintah Kelantan perkara pertama yang dilakukan beliau ialah memindahkan semua duit kerajaan negeri dari bank konvensional ke Bank Islam sebagai menuruti kehendak syariat Islam.

Pada majlis penerangan sempena PRK Bagan Pinang ini YAB MB Kelantan sudi melawat tapak Expo Kenali Kelantan yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan yang diadakan di perkarangan rumah Pak Din di Kg. Bagan Pinang. Tujuan pameran ini sebagai menunjukkan bukti pembangunan negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah pemerintah kepimpinan ulama.

Di akhir ceramah Tuan Guru Nik Aziz sempat berpantun "Undi Pas dapat pahala, undi Umno dapat Bala"

6 PETUGAS PAS DIKEJAR DAN DITETAK




BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Bercakap pada sidang media tergempar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut siang tadi, Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Sekumpulan 100 lelaki bermotosikal dikatakan memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut. Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Ekoran itu DPP pusat akan membuat laporan polis jam 6 petang ini di Balai Polis Port Dickson. "Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini," Ujar Nasaruddin lagi.

Nasarudin turut mempersoal sikap pihak keselamatan yang lambat bertindak sedangkan semalam insiden serupa telah berlaku dan telah dimaklumkan kepada pihak polis. "Semalam sudah berlaku perkara ini, kita dah maklum kepada pihak polis supaya ketatkan keselamatan, tapi malam tadi berlaku lagi, yang ini kita sangat kecewa," katanya. Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP. Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. Suhaizan juga kesal di atas kejadian itu menganggap penyokong Umno BN tersebut bertindak membelakangi undang-undang. "Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya. Ekoran kejadian tersebut juga, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini.

Satu taklimat khas kepada pemuda yang hadir akan di adakan malam ini di markas induk mereka. "Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, seorang saksi mendakwa dia melihat kumpulan samseng tersebut menggunakan senjata semasa melakukan serangan di beberapa tempat lain. "Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan. Selain mengoyakkan poster dan kain rentang PAS, samseng terbabit juga dikatakan turut memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik penyokong Pakatan.

Petikan dari Harakah