MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 24 Ogos 2009

STATUS DUN KOTA SEPUTEH AKAN DIKETAHUI MINGGU DEPAN


Status sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh di Kedah akan menyaksikan pilihan raya kecil - yang kesembilan sejak Mac 2008 akan diketahui minggu depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat minggu depan.

"Mungkin depan kita akan mengumumkan," kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Kata beliau, soal sama ada ia perlu diisytiharkan kosong ataupun sebaliknya sedang dikaji.

"Kita kaji dari semua sudut," kata beliau sambil menambah, biar pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berakhir dulu.l

Beliau diminta mengulas perkembangan isu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Awal minggu lalu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.


PETIKAN DARI MYSTAR


KOMEN.

Kes macam ini susah nak di komen kerana politik Malaysia lain dari yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Komen