MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 14 Ogos 2009

CALUN DAN ADA, PERANG DAH MULA, ALLAH TENTUKAN SEGALA_GALANYA



PAS

P
AS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu.

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.


UMNO

BUKIT MERTAJAM, 14 Ogos (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman percaya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan menjadi titik perubahan untuk BN memenangi semula sokongan rakyat.

Katanya selepas kekalahan tipis BN di pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan, Mel lepas, beliau yakin angin perubahan akan berlaku pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

"Walaupun, saya bertanding buat kali pertama, lebih-lebih lagi di kubu kuat PAS, namum saya yakin dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku," katanya kepada pemberita selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon BN itu di sini Jumaat.

Rohaizat, 38, yang merupakan setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, berkata kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan BN merupakan satu tanggungjawab berat namum yakin BN dapat mencapai kejayaan besar di sini dengan sokongan parti-parti komponen BN.

"Fokus utama kami adalah pengundi muda manakala strategi kempen adalah dari rumah ke rumah," kata peguam yang berasal dari Mengkuang Titi di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS pada 31 Julai lepas.

Allahyarham Mohd Hamdan merupakan ADUN selama tiga penggal dan bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Penamaan calon ditetapkan Isnin ini manakala pengundian ditetapkan pada 25 Ogos ini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pemilihan Rohaizat adalah paling sesuai kerana dia menampilkan imej baru dan lebih dinamik di samping seorang profesional dalam bidang undang-undang syariah.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpendapat Rohaizat mampu menarik ramai golongan muda di kawasan Permatang Pasir kerana beliau mewakili suara orang muda yang mahukan pembaharuan.

"Saya berharap penduduk Permatang Pasir akan memberikan peluang dan sokongan kepada Rohaizat untuk memberikan khidmat terbaik serta ikhlas kepada rakyat," katanya.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi termasuk seorang pengundi pos dan daripada jumlah itu 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

-- BERNAMA

KOMEN

Kita tunggu dan lihat. Hanya usaha bersungguh-sungguh dan yakin pada Allah. Segala-galanya ditentukan Allah yang esa....................

Tiada ulasan:

Catat Komen