MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 29 Ogos 2009

CUBA SELIDIK PESERTA DEMO BERSAMA KEPALA LEMBU TU AHLI PARTI MANA, PERTUBUHAN NGO MANA




Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua P
olis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan
) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu,"katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.msiakini


KOMEN

Kita sebagai umat islam harus menghormati Agama lain selagi dia tidak memburukkan Agama Islam, Tunjuk perasaan ini adalah satu perkara yang paling malang k

erana polis tidak ambil tindakan segera, berdemo bersama kepala lembu ini lebih hebat tekanan kepada masyarakat Malaysia dari berdemo hapuskan ISA , Hapuskan ISA tidak bertindak menghina Agama lain. Siapa yang pandai cuba check Keahlian parti mana yang berdemo ni, Kalau Ahli Pertubuhan PEKIDA itu dah salah...... entahlah


Adakah orang Islam ini bebal?
Atau orang Melayu itu sangat bengap?
Sama-samlah kita fikirkan !











Tiada ulasan:

Catat Komen