MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 14 Ogos 2009

PEJUANG KEAMANAN NEGARA, TERPINGGIR DI RUMAH ANAK

Ayah Ngah ( Hamid bin Dae ) Merenung Masa depannya dari sisa-sisa usia



Hamid bin Dea Tengah ketika bertugas dulu


Haji Abd. Hamid bin Dae dilahirkan pada 16.7.1920. Ketika berusia 18 tahun , sekitar tahun 1948 Beliau telah memasuki Perkhidmatan Polis dengan menyertai SC atau Special Constabel. Beliau telah ditempatkan di Kota Tinggi, Johor.

Dalam Perkhidmatannya beberapa kali beliau bertempur dengan Komunis “ Ayah Ngah telah mengetuai pasukan ayah Ngah dan Berjaya membunuh komunis tidak kurang dari 15 0rang, semasa beroperasi di sekitar hutan selatan Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Pada Tahun 1950, Tuan Haji Abd. Hamid dinaikkan Pangkat sebagai Koperal. Tanggung Jawab yang semakin berat. Tugasnya perlu menghapuskan pasukan Bintang Tiga, Sejarah yang tidak dapat dilupakannya ketika menentang Bintang Tiga di Telok Sengat,Kulai, Johor. Pasukan Beliau telah Berjaya menembak mati 7 orang tentera Bintang Tiga. Saat-saat ini juga beliau berada dalam mati kerana ketujuh-tujuh pengkianat ini berdepan dengan beliau.

Diatas keberanian beliau ini, kerajaan British menaikkan pangkat beliau sebagai Inspektor pada tahun 1952. Belaiu bersara tanpa penchen pada tahun 1960. Namun sehingga kini dia masih berkhidmat dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan sehingga kini.

Dalam perbualan dengannya yang meniti usia 78 tahun, beliau kini menumpang dirumah anaknya, tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, tidak mempunyai rumah. Oleh kerana menantunya telah meninggal dunia dan anak perempuannya tinggal bersama anak di Kuantan, dia menduduki rumah murah yang dibeli oleh menantunya sebagai tempat berteduh sebelum Tuhan memanggilnya. Itulah kelohan seorang Ispektor Polis yang menentang pengganas untuk kedamaian Negara.


Tiada ulasan:

Catat Komen