MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 28 November 2009

KURBAN DI DUN TIOMAN



USTAZ TALIB MENUJU KE LEHIR LEMBU UNTUK MENYEMBELIH




USTAZ IBRAHIM SEDANG MENYEMBELIH LEMBU KURBAN




KERJA KERJA MELAPAH





DUA HARI PENYEMBELIHAN DAN AMALAN KURBAN OLEH JEMAAH DI DUN TIOMAN ROMPIN, PAHANG. SEBANYAK 40 EKAOR LEMBU TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN SELAMA DUA HARI. DISINI DIUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN IBADAH KURBAN.

Jumaat, 27 November 2009

LAMAN WEB " RED CORNER MASIH TERSINARAI NAMA NORDIN MOHD TOP PENJENAYAH BERSAMA-SAMA 556 PENJENAYAH ANTARABANGSA


NEW DELHI: Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.

Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top.

Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti AlQaeda atau Taliban.

Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset.Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan AlQaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas.-BERNAMA

Rabu, 25 November 2009

IBADAH KURBAN OLEH PAS DUN TIOMAN


Ibadah Kurban yang dilakukan oleh Cawangan PAS di DUN Tioman oleh Ahli-ahli PAS dan Cawangan PAS. Markas PAS Cawangan Kampung Sepakat mengadakan ibadah kurban sebanyak 8 ekor. Cawangan Sungai Puteri 4 ekor, Cawangan Pontian seekor, Cawangan Janglau seekor, tidak ketinggalan cawangan Tg. Gemok dan Pianggu.

Tuan Hj. Abdul Majid bin Taib dalam perbualannya beliau tidak pasti berapa jumlah keseluruhan ibadah kurban yang akan dijalankan oleh Ahli PAS dan Cawangan, memandangkan jumlah sebenarnya tidak dapat dipastikan. Jumlah keseluruhan ibadah korban oleh Ahli PAS di DUN Tioman tidak kurang dari 20 ekor lembu. Jumlah ini adalah iktiviti penyembelehan yang dilakukan di pusat-pusat yang ditetapkan seperti Markas PAS Kg. Sepakat, Markas PAS Sungai Puteri dan lain-lain. Tidak termasuk Ahli yang menjalankan ibadah kurban di rumah masing-masing. Sebagai contoh di Kampung Sepakat sahaja 10 ekor lembu akan di kurbankan oleh Ahli PAS di rumah masing-masing.

Bloger AKU ANAK GURUN berdoa agar semua ibadah kurban yang dilakukan akan diterima oleh Allah Amin……………………………………..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN DARI BLOG AKU ANAK GURUN



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR BATIN
SEMUGA IBADAH KURBAN DAN LAIN-LAIN AMALAN KITA
DITERIMA ALLAH .............. AMIN

MAJLIS PERUNDING BAGI AGAMA BUDDHA,KRISTIAN,HINDU,SIKH DAN TAO MALAYSIA, BENARKAN S.BANGGARMA MENINGGALAKAN ISLAM ,


Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa S Banggarma dibenarkan menganut Hindu, dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah.

Presidennya Dr Thomas Philips berkata wanita itu harus dibenarkan memilih agama yang diingininya kerana pertukaran kepada Islam dibuat semasa beliau masih kecil dan tidak pernah menghayati agama barunya itu.

Banggarma, juga dikenali Siti Hasnah Vengarama Abdullah, mendakwa agamanya ditukar sewaktu berada di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu sewaktu usianya masih 7 tahun.

Sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mendakwa agama wanita 27 tahun itu ditukar oleh bapanya sendiri di Rompin, Pahang sewaktu usianya setahun.

Jawapan JKM ini berhubung perkara tersebut bagaimanapun dipertikaikan oleh Banggarma, antaranya kerana beliau tidak mempunyai dokumen seperti didakwa jabatan tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Thomas, dalam satu kenyataan hari ini, berkata apabila cukup umur, Banggarma perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih agamanya

Katanya, Banggarma sendiri telah menegaskan bahawa sepanjang hidupnya, dia mengamalkan agama Hindu.

Oleh itu, katanya, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa ke atas 'mereka yang mengamalkan agama Islam'.

Petikan dari Malaysia Kini




Selasa, 24 November 2009

ADAKAH CERITA DI PERAK AKAN BERULANG DI KOTA SIPUTEHI


KUALA LUMPUR, Nov 24 — Mahkamah Rayuan sebentar tadi membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Ia diputuskan oleh panel tiga hakim yang bersidang sejak 2.30 petang tadi untuk mendengar serentak rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif yang kerusinya diisytiharkan kosong.

Panel hakim terdiri daripada Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim.

Terdahulu pagi tadi, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mendengar rayuan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) yang minggu lalu diisytiharkan sebagai bukan lagi wakil rakyat Kota Siputeh pada pukul 2.30 petang.

Pada masa yang sama, wakil dari Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md Said yang bertindak bagi pihak SPR mengesahkan Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agar diadakan pilihan raya kecil.I

Dalam pada itu, pasukan peguam yang mewakili Speaker Kedah ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan tersebut.

Peguam Edmund Bon yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, perkembangan tersebut itu menyamai situasi ketika kes krisis Perak awal tahun ini.

“Pasukan yang sama, sifat kes yang sama,” kata Bon sambil menambah beliau terpaksa membatalkan segala temu janji sepanjang hari ini untuk bergegas ke Putrajaya.

Petikan dari http://www.themalaysianinsider.com

Isnin, 23 November 2009

SIPUTEH OH SIPUTEH KAULAH MENENTUKAN SEJARAH


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan yang tinggi kepada panel hakim Mahkamah Rayuan yang akan mendengar rayuan mereka esok berhubung kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang diisytiharkan kosong.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihakanya berharap Mahkamah Rayuan akan meneliti kes ini dengan sebaik mungkin kerana ia pertama kali berlaku di negara ini.

"Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita.

"Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia... sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang," kata .

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini yang menolak permohonan SPR untuk mendapat perintah menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.

Selain itu Wan Ahmad berkata, SPR berharap Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan dengan segera berhubung kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh kerana pihaknya hanya mempunyai masa kurang sehari bagi mengeluarkan writ untuk memanggil pilihan raya.

"Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu).

"Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu," katanya.

Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 12(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, writ perlu dikeluarkan dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh kekosongan.

Pada 16 November lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Ditanya sama ada SPR bersedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat esok, Wan Ahmad berkata: "SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil.

"Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini... esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR."

Jumaat, 20 November 2009

DENGAR CERITA TAN SRI MUHAMMAD MUHD. TAIB KELUAR UMNO ?


Berita ini tercetus rentetan dari kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di konvesyen PKR Selangor Ahad lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang baik yang telah dilakukan di negeri itu oleh pemimpin Pakatan, ketika mereka bertemu minggu lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.".

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengamanahkan tugasnya sebagai ketua Umno bahagian Kelana Jaya kepada timbalannya, Datuk Yahya Bujang sejak bulan Mei tahun lalu (2008)

"Saya kenal sangat Tan Sri Muhammad. Dia tu bekas bos saya, saya tak fikirlah dia akan keluar umno. Sangat susah untuk percaya dia akan buat begitu." katanya lagi.

Menurut Datuk Seri Khir Toyo selaku bekas MB Selangor pula berkata, "Dia sedang berehat tapi masih lagi ketua bahagian,"

Shukor Idris selaku ketua penerangan UMNO negeri pula berkata beliau masih gagal menghubungi Muhammad."Dia sedang bercuti. Mungkin sekarang tengah sibuk dengan aktiviti keluarga. Setakat yang saya tahu, dia juga sudah lama tidak aktif dengan aktiviti dan di bahagiannya di Kelana jaya."