MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 13 Ogos 2009

AYAHANDA TETAP DIHATI


Hari ini 15hb. Ogos adalah hari terakhir aku bersama ayahanda, kami bagitu mesra. Hari ini adalah hari terakhir bagi ayahanda menaiki kereta aku paling jauh perjalanan yang telah aku serahkan kepada adik aku untuk digunakannya. Ayahanda telah menetapkan di Rompin Pahang bersama keluarga aku selama 6 bulan sebelum dia meninggal dunia bulan December 2003.

15hb. Ogos 2003 dia beria-ria nak balik ke kedah, lama tidak tengok adik aku katanya. Semasa datang ke Rompin aku membawanya melalui Lebuhraya utara/selatan. Ayah tidak tidur walaupun seminit. Dia melihat kiri dan kanan jalan. Inilah perjalanan yang paling lama dalam sejarah perjalanan dari Kedah ke Rompin, Pahang. Aku perlahankan kereta apabila bertemu bandar. Perbualan dan pertanyaan tidak terkeluar dari mulutnya, hanya aku seorang saja yang membebel ayahanda hanya berbunyi hem hem hem. Ayah itu menara berkembar, itu ....... , itu......... .

Ketika bersiap pada pagi 15hb ogos ayahanda panggil aku kedalam biliknya yang kami sediakan khas. Ayahanda bertanya " hang kata hang penah balik kot kelantan " aku mengangguk "jom kita balik kot kelantan ". aku ngangguk tanpa melawan tanpa berbincang dengan isteri tersayang. Keluar dari bilik aku memberitahu isteri ku " Ayah ajak kita balik ikut Kelantan ", Tanpa berkata isteri aku mengemas pakaian untuk dibawa, walaupun perjalanan melalui kelantan meletihkan hampir 13jam baru sampai ke rumah kami di Kedah.

Ayah bagitu gembira sekali kali ini dia meminta ditunjukkan bermacam-macam, nak tengok Masjid Terpung di Terangganu, nak pergi tengok tempat orang jual kain batik, untuk menyeronokkan hati Ayahanda aku melalui jalan Pantai. Perjalanan dari Rompin ke Jeli ayahanda tidak tidor walaupun seminit. Di Jeli kami makan, Apablia melalui Lebuhraya Timur/Barat Ayahanda baru tertidur. Aku malas nak kejut sehinggalah perjalanan sampai ke Tasik Banding untuk berhenti Solat.

Kini hanya tinggal sejarah 4 bulan selepas dari tarikh ini ayahanda telah kembali kepada Allah Yang Maha esa tanggal 7hb.12.2003.

Aku memohon dan terus memohon agar ayahanda dan bonda dicucuri rahmat di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin....................... makbulkanlah permohonan ku ini

Tiada ulasan:

Catat Komen