MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 26 September 2009

PAS SELANGOR KELUAR PR ?

25hb. September 2009, terdengar berita di radio, PAS Selangor akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Nampaknya PAS Selangor kini sudah jadi macam DAP di Kedah mengugut mahu keluar PR bila berhadapan dengan isu Selcat.

Isu Selcat menjadi panas ekoran kritikan terbuka Hasan Ali yang mendakwa bahawa “sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.” [Lihat kenyataan resmi Hasan Ali di sini]

Walau bagaimana apa pun alasannya , kalau benar bahawa pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan oleh Hasan itu bertujuan demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri , kenapa ianya perlu dibuat secara terbuka hingga timbul persepsi tidak baik dikalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap Hasan sendiri sehinggakan ada yang mencadangkan agar beliau keluar sahaja dari PAS.

Tetapi Hasan tidak akan meninggalkan PAS dan masuk semula ke dakapan Umno. Mahathir sendiri lebih suka jika Hasan terus berada dalam PAS dan menjadi duri dalam daging. Berjayakah Hasan membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat Selangor? Khir Toyo tentu mengharap sangat!

Petikan dari http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/09/hasan-ali-mahu-bawa-pas-selangor-keluar.html




3 ulasan:

  1. Salam, ala........ berlakon je tu....... pasai nak dekat PRK Bagan Pinang, lepas tu baiklah bila dah dapat upah dari DAP dan PKR sebagai pelakon utama....kah.....kah....kah....kah....

    BalasPadam
  2. pandailah awak, saya malas nak komen hanya copy dan paste aje tugas blog ni

    BalasPadam
  3. KAH...KAH... YANG GAMBI MEMANG MACAM TU....KUTUK JER...

    BalasPadam