MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 4 September 2009

BLOGER UMNO - ISU YANG BOLEH DIGUNAKAN UMNO IALAH MENAKUT-NAKUTKAN ORANG MELAYU



SEORANG blogger Umno yang juga bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (sakmongkol.blogspot.com) membayangkan Umno tidak boleh menggunakan isu ekonomi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Demikian kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di KL hari ini, berikutan pilihan raya kecil N31 DUN Bagan Pinang P132 T/Kemang yang dijangka akan diadakan berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Azman Mohd Noor semalam.

"Jika digunakan isu ekonomi, rakyat akan bertanya mengapa hanya kroni tertentu sahaja yang mengaut sebahagian yang amat besar dari kek ekonomi? Jika digunakan isu demokrasi dan kedaulatan undang-undang, rakyat akan mempersoalkan adakah Umno menjunjung nilai-nilai demokrasi dan kedaulatan undang-undang? Satu-satunya isu yang boleh digunakan oleh Umno ialah menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kepentingan mereka terancam," Salahuddin menjelaskan.

Sebab itulah, kata beliau, Umno mengapi-apikan perkauman.

"Sambil itu, Umno terus menyembunyikan hakikat bahawa Tanah Rezab Melayu susut kira-kira 44 peratus sepanjang pemerintahannya, RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada bumiputera dari 1984 sehingga 2005 hilang entah ditelan kroni siapa, nasib malang orang-orang Melayu di Pulau Pinang, setinggan-setinggan Melayu dizalimi seperti yang berlaku di Kampung Berembang ketika Umno memerintah Selangor dan pelbagai pengkhianatan lain ke atas orang-orang Melayu ketika di bawah pemerintahan Umno dan BN," kata beliau.

Ditanya mengenai 4,925 undi pos di kawasan itu, Salahuddin berkata, PAS akan membincangkan tindakan yang akan diambil mengenai perkara itu. Dalam pilihan raya umum lalu, Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi di mana 66 peratus darinya Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain. Dari carian yang dibuat, kawasan itu mempunyai 4,925 pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Meskipun demikian, dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi, hampir kesemuanya dipercayai dari 9,267 pengundi yang tidak mengundi melalui undi pos. Calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia semalam memenangi kerusi itu dengan mendapat 6,430 undi dengan majoriti 2,333 undi.Salahuddin juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azman dan berharap roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

KOMEN

Kalau 4,925 undi adalah undi POS rasanya satu undang-undang SPR perlu dibuat bagi ketelusan. Kalau kita tanya Askar-askar kita ada yang tidak pernah mengundi, undi mereka akan dibuat oleh pihak atasan. Ketelusan perlu dibuat biar hari mengundi POS dibuat semua wakil parti hendaklah hadir ditempat mengundi POS walaupun didalam hutan belantara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan