MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 11 September 2009

KALAU MACAM NI, SAH UNDI POS BOLEH DIPERTIKAIKAN



Dalam pemantauannya, penyelaras Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) wilayah utara, BK Ong mendapati semua anggota tentera dan polis dikehendaki mengisi satu borang pengisytiharan berasingan yang mengandungi butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi, sebelum mereka membuang undi.


Setiap pengundi perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan tersebut ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi. Apabila memeriksa sampul surat tersebut, borang pengisytiharan tersebut akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi. "Kerahsiaan undi adalah antara prinsip asasi dalam proses demokrasi. Ia tidak boleh dikompromi," kata Ong.

Mafrel mendapati "pencemaran" proses pengundian itu ketika memantau pengundian undi pos di kem tentera Bukit Gedung di Bayan Lepas dan di ibu pejabat polis daerah Timur Laut di Georgetown. Buat pertama kali Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi akreditasi kepada Mafrel untuk menjadi pemerhati pilihanraya umum ke-12.


Suruhanjaya tersebut membenarkan 333 sukarelawan Mafrel menjadi pemerhati rasmi di pusat-pusat pengundian kali ini. Akreditasi itu membuahkan hasil apabila sepasukan empat sukarelawan yang diketuai oleh Ong, menemukan insiden tersebut. "Kita tidak tahu sama ada SPR, pegawai pois atau tentera di belakang pengenalan borang pengisytihran tersebut. Tetapi isu yang paling penting ialah pengundian dan kerahsiaan undi telah dikompromi. Ia satu kesalahan pilihanraya," tegasnya.

Kekurangan penguatkuasaan undang-undang pilihanraya oleh SPR, telah gagal menjamin kerahsiaan undi seseorang dan mempermainkan proses demokrasi di negara ini, kata Ong.
Timbul kebimbangan. Bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.


"Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman setahun penjara atau didenda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali. Selama ini, sering timbul keraguan mengenai proses pengundian pos untuk anggota polis dan tentera. Negara ini mempunyai 220,000 undi pos.

Pendedahan Mafrel hari ini nampaknya telah mengesahkan kebimbangan bahawa undi polis telah dimanipulasikan dan kerahsiaannya tidak terjamin. "Borang pengisytiharan identiti itu menimbulkan kebimbangan di kalangan anggota polis dan tentera yang mahu mengundi calon pilihan mereka," kata Ong.

Di samping itu, proses pengundian bagi anggota tentera dan polis pula dikendalikan sendiri oleh pegawai mereka. Walaupun pegawai SPR dan ejen yang dilantik mesti mengendalikan proses pengundian, Ong terkejut kerana mereka tidak ada sewaktu pengundian pos berjalan di balai polis dan pangkalan tentera. "Tidak ada pegawai SPR dan para ejen," dakwanya.

Petikan dari Malaysiakini.

KOMEN


Entahlah sama-samalah kita fikir.





Tiada ulasan:

Catat Komen