MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 8 September 2009

SYARAT YANG TUAN GURU NIK AZIZ LETAKKAN MEMANG MUDAH DAN SENANG DIBUAT, KALAU NAK BUAT, CUMA ISU INI AKAN HILANG LEPAS PRK N9.


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tidak perlu mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi ia mengamalkan dasar kebangsaan.

Malahan beliau menganggap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa Umno bersedia berunding dengan PAS atas kepentingan Islam, sebagai isu lama.

Nik Abdul Aziz, yang juga menteri besar Kelantan juga meragui keikhlasan kerajaan pusat dalam membantu negeri Kelantan.

"Kalau nak jaga Islam lebih baik dia buat sebagaimana dia sebut tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib semalam bahawa Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini, tetapi tidak rela jika Umno dihina oleh sesiapa sekali pun.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana menyediakan peruntukan bagi pembangunan negeri ini, khasnya di kawasan DUN Manek Urai.

Beliau berharap peruntukan seperti itu dapat diberikan secara berterusan kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan pusat atas semangat persekutuan.

Semalam, Najib turut mengumumkan kerajaan pusat meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manik Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil DUN kawasan tersebut pada 14 Julai lepas. BERNAMA

komen

Rasanya syarat yang diberi oleh YB. Tuan Guru Nik Aziz beri tu memang mudah diikuti. Tetapi rasanya isu ini akan lenyap dan hilang selepas Pilihanraya Kecil di Negeri Sembilan. ras-rasanya lah sebab selalu macam tu lah.

Tiada ulasan:

Catat Komen