MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 7 September 2009

MASALAH UNDI POS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak tuduhan beberapa parti politik berhubung tuduhan wujudnya ugutan atau tekanan terhadap pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis sehingga menyebabkan undi mereka berpihak kepada satu pihak sahaja.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tuduhan yang tidak berasas tanpa sebarang bukti-bukti sokongan.

"Saya tak nampak (kebenaran) jika mereka menuduh pengundi pos di kalangan anggota tentera dan polis (diugut) kerana mereka juga mengundi seperti pengundi biasa.

"Tak ada sesiapa yang menekan mereka... mereka mengundi macam orang biasa, undi mereka juga tetap rahsia, hanya mereka yang tahu siapa yang mereka pangkah (undi) dan prosesnya juga sama seperti pengundi biasa pada hari pengundian umum.

"Cuma mereka mengundi lebih awal, namun kertas undi yang mereka masukkan ke dalam karung undi pos hanya akan dibuka untuk dikira selepas tamatnya proses mengundi," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa pemimpin parti politik yang meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota tentera dan polis.

Malah Wan Omar juga menyifatkan keraguan berkenaan timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan mengeluarkan pandangan berdasarkan andaian mereka semata-mata.

Jelas beliau tuduhan dan andaian seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia boleh mencetuskan perasaan curiga di kalangan rakyat terhadap proses pilihan raya di negara ini.

"Perkara ini timbul kerana pemimpin-pemimpin berkenaan membuat andaian semata-mata kerana proses pengundian mereka (pengundi pos) dibuat melalui kaedah biasa, malah wakil setiap parti juga dibenarkan untuk memantau proses pengundian berlangsung.

"Kita sudah beberapa kali berbincang dengan pemimpin-pemimpin parti politik dan menjelaskan kepada mereka, jadi mereka tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh timbulkan kecurigaan," katanya kepada mStar Online.

Isu keraguan undi pos dibangkitkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin berkenaan berkata Pakatan Rakyat akan memberi perhatian terhadap undi pos yang telah memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Kerusi DUN Bagan Pinang kini kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor Jumaat lepas di Hospital Pakar Seremban akibat jangkitan dalam darah.

Azman, 54, yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Tambah Wan Ahmad, pemimpin parti politik tidak seharusnya meragui ketelusan proses undi pos kerana semua proses yang dijalankan adalah berpandukan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

"Kita bukan lakukan prosesnya dengan sewenang-wenangnya, semuanya mengikut undang-undang yang sah.

"Saya nasihatkan supaya keraguan yang berbentuk andaian seperti ini tidak lagi dibangkitkan," katanya.

KOMEN

Pengundi POS hendaklah bebas dari diselia oleh ketua atasan mereka. Mereka hendaklah bebas dari sebarang tekanan pihak atasan dalam dewan ( tempat ) mengundi tidak terdapat pegawai atasan tentera atau polis dan lain-lain yang terlibat dengan kakitangan mereka yang mengundi.

Pegawai bebas yang dilantik oleh SPR ( tidak melibatkan seorang pun kakitangan sesuatu tempat undi POS dalam mengundi dan melaran dari berada didalam bilik atau dewan mengundi) menyelia dan mengawasi pengundi, perjalanan undian seperti orang biasa, pengiraan undian boleh dibuat pada hari yang sama didepan pengerusi Pilihan Raya setempat.

Apa-apa pun terserahlah kepada SPR yang selalu ada perubahan ibarat tukang rumah jika nak buat rumah tukang akan bertanya pelan mati ke pelan hidup, kerana SPR sentiasa berubah dalam setiap pilihanraya.

Tiada ulasan:

Catat Komen