MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 5 September 2009

ISA SAMAD CALUN UMNO/BN DI BAGAN PINANG


Dalam teraba-raba mencari calun yang berwibawa dan bersih, tidak seperti calun Permatang Pasir beberapa nama telah dipilih. Berita tersebar kencang bahawa calun UMNO/BN tidak lain dan tidak bukan Isa Samad. Dari segi pandangan UMNO/BN ketokohan dan sokongan tidak lain melainkan Isa Samad. Tetapi dengan terlantiknya Isa kekecohan pentadbiran Negeri Sembilan akan berlaku atau Isa akan dilantik sebagai menteri besar untuk mengelak dari NS kekal terus dibawah UMNO/BN pada PRU13 nanti. Apakah Menteri Besar sekarang akan menyerahkan jawatan dengan mudah. Apakah kroni-kroni Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang akan menyerahkan kemewahan dan kesenangan yang diperolehi sekarang dengan mudah. Dengan penyerahan kuasa kepada Isa, peluang kroni-kroni menteri besar sekarang akan terputus mata pencarian dan kesenangan.

Dalam keadaan politik sekarang apa-apa pun boleh terjadi, jika UMNO/BN berjaya mempertahankan kerusi Bagan Pinang kita tidak hairan, kita juga tidak merasakan perumahan dan penerimaan rakyat terhadap UMNO/BN kerana jelas undi POS akan membantu kejayaan. Bagi PAS kejayaan sokongan bertambah sudah memadai kerana disitu adalah kubu kuat BN. Tetapi jika menang walaupun 1 undi ini menunjukan PRU13 adalah cerah bagi PAS dan rakan-rakan. Walau apa-apa pun untuk menyelamatkan UMNO/BN di Bagan Pinang UMNO/BN terpaksa mencalunkan Isa Samad ( menyelamatkan NS dalam jangka masa pendek ).

Apabila PRK di Bagan Pinang teringat saya seseorang yang pernah menjadi Pemuda PAS Rompin disatu ketika dulu beliau ialah seorang Guru bernama Encik Bakar, adakah dia di Melaka atau Negeri Sembilan.

Akhir kata perjuangan PAS perlu diteruskan, berusaha, berkerja dan berjihat kejayaan serah kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Komen