MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 21 September 2009

IBU TUNGGAL MELACURKAN DIRI KERANA ANAK UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA


Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri. Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain. Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan. Menurutnya, dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar. “Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.
“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun.

Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai.
“Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan. “Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya. Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara. “Walaupun mulanya, Ila (rakannya) memberitahu pekerjaannya sebagai GRO atau teman minum pengunjung kelab dangdut di Chow Kit, namun saya sebaliknya dibawa ke sebuah rumah tumpangan di Brickfields.

“Di situ, saya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang juga ‘bapa ayam’ sebelum ditawarkan ‘kerja’ pelacur dengan pendapatan RM20 bagi setiap pelanggan. Lelaki itu menerima komisen RM20 bagi sewa bilik yang saya gunakan,” katanya. Menurutnya, walaupun pada mulanya dia ‘segan’ untuk menawarkan khidmat seks ‘pakej’, namun dia berubah fikiran apabila mendapati kerjaya barunya itu amat mudah dan tidak memenatkan. “Sebelum bertolak ke ibu kota, tiga minggu lalu, saya menipu keluarga dan anak-anak kononnya ingin membantu rakan berniaga tudung sempena Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini. “Kerja saya bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 atau 11 malam. Dalam tempoh berkenaan saya memperoleh tidak kurang 10 pelanggan. Jika ditolak komisen, saya mengutip RM200 sehari,” katanya yang mendakwa turut ditemani lima rakan lain.

Katanya, dia diberikan kondom dan buku nota kecil oleh bapa ayam yang digunakan bagi menanda jumlah pelanggan diperoleh setiap hari sebelum pendapatannya itu dibayar serentak setiap hujung minggu. “Setakat semalam, saya mengutip lebih RM5,400 dan separuh sudah saya kirimkan ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

“Malah, saya menggunakan cuti Ahad lalu untuk membelikan baju Melayu, songkok dan baju kurung untuk tujuh anak saya,” katanya. Ditanya, sama ada dia sedar wang digunakan terbabit haram di sisi Islam, Mek memberi alasan dia tidak mempunyai pilihan lain apatah lagi dengan tahap pendidikannya yang rendah. “Biar dosa ini ditanggung saya. Lagipun saya melakukan kerja ini hanya untuk sebulan sebelum kembali semula ke kampung di Pahang untuk menyambut hari raya bersama anak-anak.
“Lebih penting, anak saya tidak berlapar dan mampu tersenyum dan memakai baju baru di pagi raya. Jika keadaan masih tidak berubah dan saya masih gagal mendapat kerja tetap selepas ini...ada kemungkinan saya akan kembali semula ke sini,” katanya tanpa rasa kesal pada riak wajahnya.

Petikan dari MyMetro

KOMEN

Satu ketika dahlu saya terlibat dengan program penagih dadah dan HIV, kejadian bagini telah lama diketahui dan pernah dilaporkan keada pihak yang bertanggung jawab, jawapan mereka mudah aja staff tak cukup. Malah pernah bertemu dengan keluarga yang bergilir-gilir antara emak dan anak siapa yang nak kepada anak boleh naik kerumah dan siapa nak emak pun bagitu. Perkara ini berterusan laporan demi laporan telah dibuat. Sekarang entah bagaimana, Allah saja yang tahu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan