MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 1 November 2009

YANG BENAR TETAP BENAR , MANTAN MUFTI PERLIS BEBAS



CERITA 1

KUALA LUMPUR: Dua orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan perbincangan dengan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, kira-kira pukul 11.40 pagi ini, setelah lebih dua jam bekas Mufti Perlis itu menunggu ketibaan mereka. Sesi perbincangan di antara dua pegawai tersebut dengan Mohd Asri termasuk enam peguamnya memakan masa kira-kira 45 minit. Menurut salah seorang peguamnya, Zulkifli Che Yong, kedua-dua belah pihak bersepakat untuk menukarkan bon jaminan terdahulu iaitu pertuduhan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, kepada satu perjanjian yang baru di mana Mohd Asri mungkin dipanggil oleh JAIS untuk siasatan lanjut.

"Bila saya periksa dengan dua pegawai JAIS itu, tiada pendakwaan dibuat atau difailkan di mahkamah. Oleh sebab itu pertuduhan terdahulu dibatalkan dan akan digantikan dengan satu perjanjian baru untuk menyiasat Dr.Asri. "Namun begitu, kami kesal dengan apa yang berlaku," kata Zulkifli yang ditemui di perkarangan mahkamah sejurus berakhirnya perbincangan tersebut.Dalam pada itu, ditanya bilakah beliau akan disoalsiasat oleh JAIS, Dr Asri berkata:"Bila-bila saja apabila dihubungi. Tetapi cara saya ditangkap seolah-olah penjenayah besar."

Bekas mufti itu dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah sekitar pukul 12.30 tengah hari untuk menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Baharom di Hotel Putra, hari ini. Sementara itu, dua orang pegawai JAIS tersebut enggan mengulas tentang perbincangan yang dibuat sebentar tadi. Mereka bagaimanapun berkata, satu sidang media akan diadakan oleh JAIS dalam masa terdekat ini. Dr Asri ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi, namun dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

CERITA 2

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan. Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi. "Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu. "Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja," katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut. Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri. Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap. Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib. Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal. "Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya. Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan anggota JAIS sewaktu menguruskan operasi berkenaan. "Tindakan JAIS tak serasi, bukan saya nak suruh mereka hormat saya, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tahu saya bekas Mufti kerana negeri Perlis," katanya.

Diminta mengulas mengenai tauliah yang dikeluarkan oleh JAIS kepada guru agama yang ingin mengajar di Selangor, Mohd Asri berkata: "Saya ingin beritahu, JAIS ni, ketika saya menjadi mufti Perlis, mereka mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor melainkan Mufti Perlis. "Bayangkan kalau mereka tanya saya mengapa tak pohon tauliah... ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam negeri Selangor."Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan