MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 13 November 2009

PENEROKA GUGUSAN FELDA SELANCAR YANG MENANAM SENDIRI LADANG MENDAKWA FELDA MENDESAK AGAR MENEBANG SEMULA SAWIT YANG DITANAM



KUALA ROMPIN – 20 peneroka Felda Selancar 2, 4 dan 6, yang mewakili 200 peneroka di sini, semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin mendakwa Felda mendesak peneroka menebang semula kelapa sawit yang ditanam secara persendirian.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan itu seolah-olah mengugut masyarakat peneroka yang tidak menandatangani perjanjian pengurusan tanam semula.

Beliau mendakwa, menerusi surat arahan itu juga menyatakan sekiranya peneroka masih melanggar peraturan Felda dengan menanam anak sawit, pihak Felda tidak teragak-agak membawa kes itu ke peringkat tatatertib.

“Sekiranya kami ingkar, mereka mahu menarik balik keistimewaan dalam Felda seperti, tidak mendapat bonus insentif raya tahun 2009, tidak mendapat kelayakan mendapat pinjaman perumahan dan akan melucutkan hak sebagai peneroka,” katanya

Mazlan berkata, persatuan itu telah menerima pelbagai rungutan peneroka di seluruh negara dengan dasar terbaru Felda yang memutuskan mulai tahun depan, Felda tidak lagi membenarkan kerja tanaman semula dilakukan.

“Saya menyifatkan tindakan untuk mencabut semula anak sawit yang ditanam peneroka secara sendirian sebagai tindakan zalim, kerana mereka (peneroka) tidak terikat dengan sebarang perjanjian baru termasuk Perjanjian Pengurusan Tanam Semula,” katanya.

Beliau meminta Felda menghormati keputusan kira-kira 25,000 peneroka yang enggan menyerahkan pengendalian kebun tanaman sawit mereka kepada Felda supaya nasib mereka diberi perhatian serius pihak berkenaan.

“Peneroka bimbang pokok sawit mereka akan dimusnahkan jika Felda meneruskan ugutan menceroboh kebun mereka jika masih ingar dengan arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Mazlan berkata, tindakan mengugut melalui surat pekeliling dan sesi penerangan bagi tujuan menakut-nakutkan peneroka disifatkan sebagai keterlaluan kerana peneroka adalah warganegara Malaysia yang dijamin hak dan kebebasan sepertimana Bab 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Wang tanam semula adalah hak milik peneroka dan Felda hanya bertindak sebagai pemegang amanah semata-mata.

“Tindakan Felda adalah satu pelucutan kehidupan dan dianggap sebagai satu penganiayaan dan membawa kesan amat buruk hubungan peneroka dengan Felda,” katanya.

1 ulasan:

  1. ADA SEDIKIT PERBEZAAN DENGAN KES DI CHINI ..
    mohon izin ambil artikal

    BalasPadam