MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Selasa, 10 November 2009

KITA BERHIBUR DENGAN CERITA PAKAR BEDAH MEMBENTUK ISTERINYA MENJADI WANITA IDAMANNYA



SEORANG doktor pakar plastik, Dr. Reza Vossough mencipta isteri impiannya dengan melakukan pembedahan sebanyak lapan kali ke atas Canny.

Isterinya, Canny, dulu seorang pelayan tetapi kini adalah bekerja sebagai model.

Doktor yang berusia 48 tahun itu berkata dia berjumpa Canny buat kali pertama ketika isterinya itu berkerja sebagai seorang pelayan.

Dr.Reza mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Canny pada masa itu juga setelah melihat potensi yang ada pada Canny untuk bergelar wanita impiannya.

Ketika itu, Canny mempunyai dada yang leper, bahagian peha tidak menarik, memiliki perut yang besar dan mempunyai bulu kening yang tidak serata.

Menurut sebuah akhbar luar negara, Dr.Reza pada mula tidak menyukai bentuk badan isterinya itu tetapi, tetap berkahwin dengannya kerana ingin menukar imej Canny.

Dr.Reza melakukan beberapa pembedahan pada bahagian dada, peha, mata dan muka Canny.

“Saya menghabiskan masa lima tahun untuk membesarkan saiz buah dada isteri saya dari saiz A kepada F,” ujar doktor itu lagi. Selain lapan pembedahan tersebut, pakar bedah plastik itu juga mencantikkan bahagian bibir, bulu kening dan mengurang saiz dahi isterinya.

“Saya juga disuntik dengan botoks untuk mencantikkan lagi bahagian belakang, perut dan peha saya,” jelas Canny lagi.

Selepas menghabiskan 18,000 paun terhadap isterinya, baru Reza jatuh cinta dengannya.

“Selain mengeluarkan wang untuk pembedahan Canny, saya juga terpaksa menghabiskan banyak wang untuk membeli pakaian setiap kali payudara isteri saya dibedah,” kata doktor itu lagi.

Apabila ditanya mengenai perasaanya ketika membedah isteri sendiri, Dr. Reza tidak berasa apa-apa.

“Dia juga manusia seperti orang lain juga. Tapi apa yang membezakannya ialah saya lebih bersemangat untuk membedahnya berbanding pesakit saya yang lain,” tambah Dr.Reza.

Semua pembedahan plastik yang dijalankan terhadap Canny membuahkan hasil kerana sekarang dia merupakan seorang model yang memiliki payudara yang besar.

Canny juga dikatakan sangat teruja dengan imej barunya itu.

Sementara itu, Dr. Reza membedah kira-kira 1,200 pesakit pada setiap tahun di kliniknya yang terletak di Berlin.

“Keupayaan saya untuk mengubah imej semulajadi seseorang ini bagaikan memiliki kuasa ajaib yang hanya ada pada tuhan.

“Apabila saya mula-mula berjumpa dengan Canny, saya sedar yang dia memiliki beberapa bahagian badannya yang boleh diperbaiki melalui pembedahan plastik.

“Ketika itu Canny memiliki bahagian pinggul dan peha yang besar kerana itu saya melakukan melakukan pembedahan plastik terhadapnya,” tambah Dr.Reza lagi.

Sejurus melihat Canny, Dr. Reza terus berminat untuk mengubah imejnya. Dia kemudiannya berkata dengan penuh megah yang dia telah mencantikkan isterinya itu dengan lebih baik dari keadaan semula jadinya.

Namun, Dr.Reza telah mengakui yang dia juga tidak dilahirkan secara sempurna dan pernah melakukan pembedahan plastik pada hidungnya.

“Hidung saya besar macam hidung ayah saya, rakan perniagaan saya membedah hidung saya,” ujar Dr.Reza yang juga menyuntik Botok ke atas dirinya.

KOMEN

Entahlah sama-sama kita fikir. rasanya dah buntu kepala otak ini. ini dunia punya dalam macam-macam ada.

1 ulasan:

  1. Salam Ziarah...

    Dunia akhir zaman macam-macam boleh jadi.......

    BalasPadam