Translate
INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN
Rabu, 4 November 2009
MUFTI DAN JAIS DIMINTA BERI PENJELASAN
SHAH ALAM - Mufti Selangor Dat:uk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diminta tampil memberi penjelasan berhubungan tangkapan yang dibuat ke atas bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya semalam, berkata, kedua-duanya itu diminta memberi penjelasan berkenaan di hadapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang adakan diadakan pagi ini.
Penjelasan itu diminta bagi memberi gambaran sebenar mengenai tangkapan yang dibuat ke atas Dr Asri ketika beliau sedang memberi ceramah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, tengah malam Ahad lalu.
Asri yang ditahan oleh sepasukan pegawai dari Jais dengan diiringi polis kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.
Dia bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan dan diminta hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur keesokan harinya.
Bagaimanapun setelah hampir dua jam m:enunggu namun tiada sebarang pendakwaaan dikenakan ke atas Dr A:sri sebaliknya dia dibebaskan dengan bon jaminan selepas kedua-dua pihak (peguam Dr Asri dan Jais) bersetuju membatalkan jaminan terdahulu.
Dalam pada itu, Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu sidang media yang diadakan sehari selepas tangkapan itu dibuat berkata, tangkapan ke atas bekas Mufti itu sudah lama dirancang namun sering kali menemui kegagalan.
Katanya, tangkapan dibuat kerana Dr Asri didapati mengajar ajaran Islam tanpa tauliah dan juga Jais telah menerima banyak aduan dari pelbagai pihak mengenai tindakan bekas mufti itu.
Khusrin juga menafikan tangkapan itu dibuat atas dakwaan kononnya Dr Asri cuba menyebarkan fahaman Wahabi di Selangor.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali ketika diminta mengulas mengenai penangkapan tersebut berkata, dia menyerahkan kepada Jais untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Hal ini jangan tanya saya.. Tanya la Pengarah Jais,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pertemuan bersama NGO’s di Bangunan Sultan Salahuddin, di sini, semalam.
Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya samada terlibat dalam memberi arahan kepada Jais berhubung penangkapan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Katanya sudah lama dirancang tetapi kelihatannya seperti terburu2. Waktu ditangkap dikatakan kerana tiada kebenaran mengajar. Namun sampai dilepaskan dengan jaminan polis tiada pendakwaan dibuat. Mengelirukan.
BalasPadamKemudian ada pula selaran/tuduhan sampingan dari pihak pihak lain yang juga antaranya diluar peraturan.
Nampak seperti ada tekanan luar.
Disini hamba tidak mempersoalkan wajar tidaknya fahaman terlibat. Benar atau tidak ianya ada. Itu semua adalah persoalan ilmu yang mereka ada. Hujahkanlah pada salurannya yang benar.
Persoalan kini adalah kaedahnya terlalu mencurigakan.