Translate
INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN
Khamis, 8 Oktober 2009
UNDI UMNO/BN DAPAT BALA
YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah beliau sebentar tadi di sini menggesa pengundi Bagan Pinang menolak Umno-BN. Kerajaan BN yang ada sekarang bukanlah sebuah kerajaan yang berteraskan Islam yang sebenar. Mengimbau kembali 19 tahun dahulu apabila Pas memerintah Kelantan perkara pertama yang dilakukan beliau ialah memindahkan semua duit kerajaan negeri dari bank konvensional ke Bank Islam sebagai menuruti kehendak syariat Islam.
Pada majlis penerangan sempena PRK Bagan Pinang ini YAB MB Kelantan sudi melawat tapak Expo Kenali Kelantan yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan yang diadakan di perkarangan rumah Pak Din di Kg. Bagan Pinang. Tujuan pameran ini sebagai menunjukkan bukti pembangunan negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah pemerintah kepimpinan ulama.
Di akhir ceramah Tuan Guru Nik Aziz sempat berpantun "Undi Pas dapat pahala, undi Umno dapat Bala"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hakhakhak kelakar betullah PAS ni...hanya dengan pangkah kertas undi dah masuk syurga..best gak ni..hukum agama lain x payah dilakukan..tunggu musim ngundi aje pangkah PAS masuk syurga senang cerita..terlalu mudah rupanya jadi orang islam ekkk
BalasPadam