BAGAN PINANG, 11 Okt - Hari ini 9,060 pengundi di Bagan Pinang akan menentukan wakil rakyat mereka yang baru. Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar. Suasana mendung dan hujan renyai sesekali, menjadikan suasana agak sejuk dan becak.
Di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan dalam UPU Bagan Pinang kelihatan bergerak lancar dengan bantuan anggota polis trafik. Seawal jam 7.30 pagi, para petugas kedua-dua parti bertanding telah mengambil tempat masing-masing untuk merayu undi.
Kehadiran petugas yang ramai memeriahkan lagi proses merayu undi. Pelbagai cara digunakan bagi memancing undi. Pelbagai gelagat para perayu undi kedua-dua belah parti menjadikan suasana hangat sekali sekala.
Kelihatan penyokong Umno menggunakan sorakan dan mengata untuk menaikkan semangat disamping menyanyikan lagu patriotik. Sementara penyokong PAS pula yang tidak mahu terikut-ikut dengan permainan BN mengalunkan selawat dan zikir.
UPU Bagan Pinang adalah UPU yang paling ramai pengundi iaitu seramai 2,412 pengundi di empat saluran. Ini menjadikan tempat mengundi ini adalah paling sibuk.
Sementara itu, tinjauan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson bagi pengundi UPU Taman Eastern agak tenang dan lalu-lintas berjalan lancar.
Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson bagi UPU Si Rusa. Tinjauan awal pagi sehingga jam 9.30 pagi menyaksikan suasana kempen dan mengundi berjalan dalam keadaan yang terkawal dan tenang. Suasana mendung dan hujan renyai nampaknya membantu meredakan sedikit kehangatan hari mengundi.
komen
Allah menentukan segala-galanya, berusaha, tawakal dan yakin Insyaallah kejayaan menanti, kerahmatan Rakyat menjelma kelak. ................................ AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan