MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Sabtu, 3 Oktober 2009

NGO DINENASI, PEKAN MENGANGGAP SIS, JAG DAN EMPOWER MENGHINA MAHKAMAH


Tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membantah hukuman sebat terhadap Kartika Dewi Sukarno dianggap sebagai menghina mahkamah dan perkara berkenaan perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa agama.

Berikutan bantahan yang dilakukan Sister in Islam (SiS), Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) yang akhabar tempatan 1 Oktober lalu, Pas Kawasan Pekan bersama Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Al-Insaniah Nenasi mengambil tindakan membuat laporan polis.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pekan, Abu Kasim Manaf berkata, bantahan yang dilakukan adalah secara jelas dan sengaja bertujuan mempertikaikan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang berhubung kes terbabit.

Menurutnya, perbuatan NGO yang terlibat mencabar kewibawaan institusi kehakiman Syariah telah ditegur berkali-kali, namun mereka masih berdegil dan mengeluarkan kenyataan yang menghina keputusan mahkamah.

“Keputusan yang telah dijatuhkan adalah adil dan tepat berdasarkan kepada undang-undang yang diluluskan badan perundangan serta tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan adalah tidak wajar untuk dipertikaikan.

“Kami ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak, sama ada individu, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan supaya tidak mencampuri urusan dan mempertikaikan keputusan yang dibuat Mahkamah Syariah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di IPD Pekan, di sini.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat NGO terlibat jelas melanggar keputusan Mesyuarat Amaran Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 2004 di Subang Jaya, Selangor.

“Mereka (NGO) yang terlibat telah melakukan kesalahan penghinaan di luar mahkamah yang menyebut bahawa sesiapa yang mengeluarkan apa-apa kenyataan bantahan sama ada secara lisan atau bertulis oleh mana-mana orang atau badan atau pertubuhan atau organisasi merupakan satu perbuatan menghina mahkamah,” katanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Komuniti Islam Al-Insaniah Nenasi, Ramli Mohamed berkata, tindakan tegas seharusnya diambil terhadap mana-mana NGO yang membantah hukuman yang telah dijatuhkan.

“Kami ingin meminta semua pihak bertindak demi keadilan agama Islam dan tampil membuat laporan polis bagi tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menghina mahkamah.

“Tindakan memperlekeh institusi kehakiman Syariah ini harus dipandang serius dan pertikaian yang disuarakan adalah satu bentuk penghinaan kepada pihak berkuasa agama,” katanya.

Menurutnya, semua pihak seharusnya berhenti daripada membuat sebarang kenyataan dan menerima keputusan mahkamah yang bertepatan dengan undang-undang Syariah yang telah ditetapkan.

KOMEN

Nenasi adalah satu pekan kecil di dalam Parlimen Pekan. Jarak dari Rompin hanya 38km lebih kurang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan