MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Jumaat, 2 Oktober 2009

JENAZAH NOORDIN M.TOP SELAMAT DIKEBUMIKAN DI PONTIAN JOHOR


PONTIAN, 2 Okt (Bernama) -- Keluarga Allahyarham Noordin Mat Top yang terbunuh di Indonesia 17 Sept lepas kecewa dengan tempoh terlalu lama sebelum mereka dibenarkan menuntut dan membawa balik jenazah militan itu ke Malaysia untuk dikebumikan. Abang ipar kepada militan itu yang dikenali sebagai Supriyo berkata tempoh yang terlalu lama itu adalah bertentangan dengan kehendak agama Islam yang mahukan jenazah umatnya dikebumikan sejurus selepas kematiannya. "Kami sekeluarga amat terkilan kerana tempoh yang diambil untuk kami menuntut jenazah Noordin dan mengebumikannya adalah terlalu lama. Sebagai umat Islam, jenazah harus disemadikan secepat mungkin." "Mengapa mereka (pihak berkuasa di Indonesia) harus berbuat begitu (menahan jenazah Noordin). Kami sekeluarga tidak memahami tujuan tindakan mereka itu," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya pengebumian militan itu di tanah perkuburan Kampung Kayu Ara Pasong , Jumaat. Supriyo, seorang pesara dan berumur di dalam lingkungan 50-an, merupakan suami kepada kakak Noordin yang dikenali sebagai Halimah. Selepas diburu selama sembilan tahun, Noordin yang mengetuai kumpulan serpihan radikal Jemaah Islamiyah (JI) terbunuh dalam operasi pasukan anti keganasan republik itu di sebuah rumah di Kepuhsari, Solo Jawa Tengah kira-kira dua minggu lepas. Keluarga Noordin diwakili oleh abangnya, Yahya dan isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi yang hanya dibenarkan menuntut jenazahnya Khamis dan membawanya pulang ke Malaysia untuk dikebumikan Jumaat. Ditanya mengenai dakwaan tentang kegiatan keganasan yang dipelopori oleh Noordin, Supriyo berkata mereka sekeluarga tidak menyokong aktiviti keganasan yang dikatakan dilakukan oleh Noordin. "Walaupun kita tidak bersetuju dengan tindakan Noordin, tetapi kami sekeluarga tidak menghinanya. Biarlah sejarah yang menghakimi perbuatan Noordin," katanya. Adakah mereka sekeluarga percaya tentang dakwaan kegiatan keganasan oleh Noordin, katanya beliau secara peribadi agak ragu-ragu kerana adik ipar yang dikenalinya merupakan seorang yang memiliki perwatakan lemah-lembut, baik dan peramah. Menurutnya Noordin merupakan anggota yang paling disayangi oleh keluarga mereka. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan