MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Khamis, 8 Oktober 2009

PERTUGAS PAS DITETAK





Port Dickson 8okt (3.30ptg ) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) memberi jaminan tidak berlaku pertindihan nama dalam daftar pemilih pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bagan Pinang. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, berkata jika berlaku ia adalah kesilapan kecil dan bukan sesuatu yang disengajakan. Beliau berkata, SPR akan terus membersihkan nama pengundi di Negara ini yang mencecah lebih 11 juta iaitu 100,000 daripadanya adalah dikalangan anggota tentera. "Kami memberi jaminan dalam pilihan raya kecil ini tidak berlaku pertindihan nama di mana anggota tentera turut memiliki kad pengenalan awam. Kami menerima senarai nama anggota tentera daripada Mindef dan merujuk kepada senarai itu," katanya pada sidang media selepas melawat pengundian pos di Dewan Jeneral Tan Sri Sany di kem Pusasda di sini, hari ini. Sementara itu, dalam sidang media berlainan di Markas Induk PAS DUN Bagan Pinang, Pengarah Induk Pas Pilihan Raya Kecil itu, Salahuddin Ayub, sekali lagi mendakwa parti itu memiliki senarai 253 nama pengundi bertindih dalam DUN itu. Beliau berkata, susulan pertemuan dengan SPR itu, PAS sudah membuat kata putus untuk merujuk kepada panel peguam mereka bagi mengambil tindakan susulan dalam menyelesaikan masalah ini. PAS turut mengedarkan senarai nama bertindih yang didakwa membabitkan anggota tentera yang memiliki kad pengenalan awam dan pesara tentera yang nama mereka masih dalam


BAGAN PINANG, 8 Okt [11.30 am] - Petugas-petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) pilihanraya kecil Bagan Pinang cedera parah ditetak oleh sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong UMNO Barisan Nasional kira- kira jam 3.30 pagi tadi. Selain ditetak mereka juga ditumbuk dan dihalau keluar meninggalkan markas induk di Bagan Pinang itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah. Exco DPP, Suhaizan Kayat berkata penyokong UMNO Barisan Nasional terbabit dikatakan tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. "Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP. Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. Ekoran kejadian tersebut, DDP telah mengarahkan semua pemuda di seluruh negeri datang ke Bagan Pinang hari ini bagi membantu gerak kerja kempen di sini. "Kita arahkan semua pemuda seluruh negeri datang bantu kita di sini, kita bukan nak buat kacau, tapi kita nak berkawal untuk keselamatan," ujar Suhaizan lagi. Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebagai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka. "Kita yakin, ini satu provokasi dan perangkap mereka. Modus operandi sama sebelum ini diguna Abdul Azeez, tapi nampaknya tak berjaya. Jadi ini dia agenda mereka seterusnya," ujarnya lagi.

Petikan dari Pahang Daily

1 ulasan:

  1. Bukan, dalil menyatakan bentuk rupa pakaian, motor tidak boleh mengesahkan mereka adalah penyokong UMNO, semua itu boleh dibeli dimana-mana......

    Lagi pun penyokong-penyokong UMNO, sudah pasti budak tu maut punya, ini nampak baju saja yang koyak kena tetak, seddangkan badan tak jejas, ini menandakan ada perancangan yang teliti, sekali lagi dinyatakan, kalau UMNO yang buat dia orang pasti tak hidup punya..... sorry, pinjam dalil Nik Aziz...

    BalasPadam