MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Isnin, 11 Mei 2009

NIZAR KEMBALI KE KERUSI MB PERAK






Mahkamah telah memutuskan YB. Nizar adalah Menteri Besar yang sah bagi mengetuai kerajaan Negeri Perak. Kemenagan ini satu petanda sama ada Perak akan berkocak terus atau kembali tenang. Jika berlaku atau kehendak tuhan Perak akan berkocak, Peperangan akan terus berlaku.

1. 3 orang ADUN yang lompat parti telah diistiharkan kosong dengan ini mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan Negeri.

2. YB. Zamri dan beberapa orang lagi ADUN UMNO/Barisan Nasional telah digantung dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.

Apakah mereka ini akan mematuhi apa yang telah ditetapkan. Kekacauan akan terus berlaku. Kepada yang Berjaya diharap agar muhasabah diri, rendah diri dan bersandarlah kepada ketentuan Ilahi.

Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".

Rabaii Muawiz telah menceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda Sesiapa pemerintah yang memerintah rakyat muslimin lalu mati dalam keadaan menipu mereka itu balasannya tidak lain melainkan Allah mengharamkan bau Syurga .

Berfikirlah dengan waras kembalikanlah kuasa kepada rakyat, kerana kuasa terakhir adalah rakyat bagi sistem yang adalah dalam Malaysia masa kini.

Dalam keadaan bagini pentadbiran bersama atau meneruskan pemerintahan yang sedia ada tidak lagi sesuai. Kerana rakyat inginkan kuasa mereka. Setelah kuasa Rakyat menentukan nya kelak, jika ada lagi yang buat keranah itu baru kita panggil mereka Sistem Rimba.


Sebagai Sebuah kerajaan yang membentuk " RAKYAT YANG DIUTAMAKAN " kenapa perlu membuat rayuan diatas keputusan mahkamah. Ini akan membuat Rakyat tertanya-tanya dimana rakyat diutamakan. Lebih sesuai kembalikan kuasa pada rakyat.




Tiada ulasan:

Catat Komen