MULAKAN DENGAN

MULAKAN DENGAN

klik disini

Translate

Google Translate
Arabic Korean Japanese Chinese Simplified Russian Portuguese English French German Spain Italian Dutch

INGIN MEMANCING DI LAUT CINA SELATAN

Ahad, 29 Mac 2009

BUKIT SELAMBAU OH BUKIT SELAMBAU KAU DALAM SEJARAH






DUN Bukit Selambau melihatkan pertandingan 15 calun akan menjadi YB. Siapa akan Berjaya, siapa akan kecundang, masing-masing mempunyai hak memenangi kerusi tersebut. Jika calun bercita-cita nak menjadi exco kerajaan Negeri dan penduduk pula ingin melihat wakil rakyatnya menjadi exco sudah pasti dikalangan kaum India akan menang. Tak kira PKR atau bebas, era membeli wakil rakyat tetap semerbak dan mewangi di era ini.

Calun-calun yang akan bertanding sebanyak 15 0rang, mengikut kaum pula

1. India = 8 0rang

2. Melayu = 6 0rang

3. Cina = 1 orang

Nama calun

4. S MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)

5. ANUAR B HAMID (BEBAS)

6. RADZI B LAZIM (BEBAS)

7. KHAMIS B AWANG (BEBAS)

8. JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM (BEBAS)

9. GANESAN (BN)

10. G SARALA A/P LOGANATHAN (BEBAS)

11. VENASON A/L MICHELE (BEBAS)

12. TAN HOK HUAT (BEBAS)

13. LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN(BEBAS)

14. FADZIL B ABD WAHAB (BEBAS)

15. T CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN(BEBAS)

16. ABD RAHIM B ABU (BEBAS)

17. HUSAIN B ABU (BEBAS)

18. MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM(BEBAS)

BN ( UMNO )

Keahlian Parti di DUN Bukit Selambau jika dibandingkan dengan parti lagi kita harus akui BN akan menang dalam pilihanraya di DUN Bukit Selambau. Tetapi kita harus fikirkan sejauh mana ahli UMNO tulin terdapat dalam pendaftaran keahlian UMNO masa kini. Persoalan yang perlu kita fikirkan.

1. Adakah ahli UMNO yang berdaftar itu dengan rela hati menjadi ahli UMNO.

2. Adakah Putera UMNO dan Puteri UMNO masa kini mendaftar sebagai ahli UMNO dengan keikhlasan dirinya atau didaftar oleh keluarganya yang kuat berpegang atas perjuangan UMNO ( Tidak semestinya anak akan mengikut jejak ayah atau ibu ).

3. Sejauh mana ahli-ahli UMNO yang akan menjadi pak turut kepada pemimpin atasan jika calun yang diletakkan tidak disetujui.

4. Adakah UMNO dapat menghapuskan luka-luka dalam pemilihan UMNO yang baru selesai.

5. Adakah UMNO dapat menghapuskan kaki songlap wang ketika pilihanraya dan membiarkan pekerja pilihanraya dalam kemarahan.

PAS

1. Keahlian PAS di Bukit Selembau jika mengikut ahli berdaftar dah sah kalah.

Kepercayaan kepada pendirian ahli PAS diakui akan tetap tidak akan mengundi BN dan tidak akan berpindah dari PAS ke UMNO. Disini ahli PAS akan keluar mengundi semuanya atau ada yang enggan keluar mengundi kerana Calun.

2. Ahli Simpati kepada PAS adalah satu peluang PKR untuk menang. Tetapi sejauh mana kepercayaan mereka kepada PKR .

PKR

1. Keahlian PKR tidak sehebat PAS

2. Ahli PKR tidak jauh peranan dan pegangan Ahli UMNO.

3. Sejauh mana peranan PKR meresapi PAS dan PAS mengiktiraf PKR.

MIC, MCA, GERAKAN

1. Kemampuan mereka meraih undi. Mereka tahu sejauhi mana dan peranan ahli mereka, bila-bila saja mereka boleh berpaling tadah. Kawalan tidak dapat dibuat.

Apa yang kita tahu, apa yang kita rasa, apa yang rakyat mahu. Bagi BN amat sukar untuk menjinakan pengundi. Kita bukan nak memperlekehkan daya usaha mereka untuk memertabatkan kembali UMNO Khasnya dan BN Amnya. Bukan saja gulungan remaja yang harus dipujuk dan dibelai. Bagaiman Kakitangan Awam dan yang berpencen. Adakah mereka ini buta mata dan telinga apa yang berlaku di Pejabat yang berkerja dan yang pencen keluar dari Pejabat yang mereka bertugas dengan berbagai kerenah.

Dari pandangan saya kemenagan berpihak kepada PKR atau Bebas Melayu. PKR jika ingin menang hanya satu harapan dan caranya ialah mengajak semua ahli PAS keluar mengundi. Bebas Melayu pula akan mendapat kemenangan dari Ahli UMNO yang marah. Undi Kaum India akan berpecah dan Penentu kemenangan bergaya terletak kepada undi Kaum cina dan lain-lain. Undi POS berpihak kepada BN.

Bagi saya kemenangan tetap berpihak Bebas Melayu dan PKR. Apa-apa pun Allah menentu segala-galanya.

“ SELAMAT BERKEMPEN SEMUGA ALLAH MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DI DUN BUKIT SELAMBAU DARI BALA ALLAH…………….. AMIN.








1 ulasan:

  1. Walaupun saya penyokong UMNO, tetapi khas utk kes di bkt selambau, saya menyokong pencalonan mejar bersara Anuar Abdul Hamid kerana ketokohan beliau. lagi pula mej juga asalnya ahli umno. saya sokong melayu beliau.

    rekod lampau beliau amat menbanggakan rakyat malaysia. Sifat patriotik beliau dan jiwa pejuangbeliau mewajarkan rakyat bkt selambau utk memilih dia sebagai wakil mereka didewan negeri nanti.

    tuan mmg dah konpom settle down kat rompin ka? ramai org kedah kat sana!!! sedara sayapun ada disana.

    BalasPadam